Keputusan Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi 2009

TERKINI : Senarai penuh keputusan tahap universiti dan kolej universiti SETARA ’09 boleh dilihat di Senarai Tahap Universiti Berdasarkan SETARA 2009.

Keputusan pengiktirafan institut pengajian tinggi (IPT) Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi (SETARA) 2009 telah diumumkan oleh Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin semalam. Taraf yang diberikan dalam SETARA adalah Tahap Terbilang, Tahap Cemerlang, Taraf Amat Baik, Tahap Baik, Tahap Memuaskan dan Tahap Lemah. Hasil penarafan SETARA ini akan digunakan sebagai petunjuk oleh Kementerian Pengajian Tinggi dalam menetapkan dasar-dasar pendidikan tinggi yang bersesuaian.

SETARA yang dikendalikan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Penarafan ini dilakukan setiap dua tahun bermula 2007, bagi mengukur kedudukan IPT awam dan swasta dalam usaha kerajaan meningkatkan taraf institusi pendidikan tinggi negara ke peringkat antarabangsa. Hanya Universiti Malaya (UM) menerima Tahap Cemerlang pada SETARA 2007 dan UM mengekalkan kedudukan itu pada SETARA 2009.

SETARA 2009 melibatkan ke semua 58 universiti dan kolej universiti di seluruh negara, berbanding hanya 20 IPT pada SETARA 2007. Bagi SETARA 2009, 11 IPT tidak dapat diberi penarafan kerana pelbagai faktor termasuk baru ditubuhkan, tidak menawarkan program ijazah pertama, tiada pelajar tahun akhir atau belum menghasilkan graduan dan universiti bukan konvensional seperti universiti terbuka yang mungkin memerlukan instrumen tersendiri.

Penarafan SETARA 2009 memberi fokus terhadap pengajaran dan pembelajaran pada peringkat ijazah pertama yang dijalankan universiti dan kolej universiti terbabit. Pembangunan instrumen ini membabitkan pembandingan dengan amalan Higher Education Funding Council of England (HEFCE) dan kajian Teaching & Learning Quality Indicators in Australia Universities oleh Denise Chalmers (2008) serta rakan negara ASEAN lain, iaitu tiga universiti di Indonesia dan 31 universiti di Thailand.

SETARA 2009 juga membabitkan proses pengesahan oleh Jawatankuasa Verifikasi dipengerusikan seorang bekas hakim Mahkamah Tinggi dan dianggotai dua tokoh akademik serta perundangan yang meneliti instrumen kajian dan proses penarafan yang digunakan serta kesahihan data dikemukakan IPT.

IPT awam dan swasta yang mencapai tahap cemerlang boleh menerima tajaan kerajaan pelajar dalam dan luar negara. Mereka juga boleh memohon dan menerima jumlah geran penyelidikan yang disediakan oleh kerajaan dan layak untuk mendapatkan status universiti penyelidikan serta menambah bilangan program pelajar pra dan pasca siswazah.

Kelebihan lain bagi IPT swasta ialah diberi kelonggaran dan pengecualian dalam beberapa perkara antaranya daripada memohon permit mengajar dan dikecualikan daripada mendapat kelulusan daripada kementerian dalam menetapkan gaji pensyarah antarabangsa. Kadar yuran pengajian dikecualikan daripada mendapat kelulusan daripada kementerian dan diberi kelulusan mengambil pelajar antarabangsa secara automatik.

Manakala IPT Terbilang akan mendapat tambahan keistimewaan autonomi untuk melaksanakan program pengajian tanpa perlu melalui MQA.

SETARA Tahap Terbilang (Tier Enam)

Tiada universiti dan kolej universiti yang mencapai Tier Enam bagi 2009.

SETARA Tahap Cemerlang (Tier Lima)

7 institusi pengajian tinggi awam dan 11 institusi pengajian tinggi swasta berada di Tier Lima.

Senarai IPTA yang menerima pengiktirafan SETARA Tahap Cemerlang;

  • Universiti Islam Antarabangsa
  • Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Universiti Malaya
  • Universiti Putra Malaysia
  • Universiti Sains Malaysia
  • Universiti Teknologi Malaysia
  • Universiti Teknolog Mara.

Senarai IPTS yang menerima pengiktirafan SETARA Tahap Cemerlang;

  • Universiti Multimedia
  • Universiti Kuala Lumpur
  • Universiti Teknologi Petronas
  • Sunway Universiti Kolej
  • Curtin Universiti Teknologi Kampus Sarawak
  • Monash Universiti Kampus Sunway
  • Taylor’s Universiti Kolej
  • International Medical University
  • Swinburne Universiti Teknologi Kampus Sarawak
  • Universiti Nottingham Kampus Malaysia
  • Management and Science Universiti.

SETARA Tahap Sangat Baik (Tier Empat)

25 universiti dan kolej universiti iaitu 14 swasta dan 11 awam menduduki Tier Empat.

SETARA Tahap Baik (Tier Tiga)

4 kolej universiti swasta menduduki Tier Tiga.

SETARA Tahap Memuaskan (Tier Dua)

Tiada universiti atau kolej universiti yang berada pada Tier Dua bagi 2009.

SETARA Tahap Lemah (Tier Satu)

Tiada universiti atau kolej universiti yang berada pada Tier Satu bagi 2009.

Senarai Penuh

Senarai penuh keputusan tahap universiti dan kolej universiti SETARA ’09 boleh dilihat di Senarai Tahap Universiti Berdasarkan SETARA 2009.

6 thoughts on “Keputusan Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi 2009

  1. [...] This post was mentioned on Twitter by Shaz Nilam. Shaz Nilam said: ePutra – Keputusan Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi 2009: Keputusan pengiktirafan institut peng… http://bit.ly/9J9JVx [...]

  2. kat mana boleh dapat senarai penuh SETARA 2009 ni? nk tahu jugak IPT yang dapat empat n tiga.

  3. So, UTem, UUM, UMS, Unimas..kedudukannya di mana?

  4. tgk kat awani.. ade versi numbering, so.. leh tau tangga kedudukan… yang sure.. 6 teratas adalah dr IPTS, nape kat akhbar.. or kat internet.. xde versi numbering yer..???? tuan blog leh dptkan x?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>