Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 9 September 2009 telah bersetuju supaya Kementerian Pelajaran Malaysia melaksanakan sistem penggredan baru Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun peperiksaan 2009. Perubahan sistem penggredan ini bertujuan memperincikan pencapaian Gred A calon yang mencapai tahap sangat cemerlang di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Sistem gred baru SPM ini akan lebih mudah untuk mengkategorikan pelajar cemerlang bagi kelayakan biasiswa dan mengikuti pengajian di universiti.
Penilaian baru itu, pelajar akan diberikan gred berdasarkan kecemerlangan peperiksaan dengan kategori cemerlang diberikan gred A+, A, A-, B+, B, C+, C, D, E dan G. Gred baru SPM yang akan menggantikan gred lama iaitu 1A, 2A, 3B, 4B, 5C, 6C, 7D, 8E dan 9G adalah seperti berikut:
Gred Sedia Ada |
Gred Baru |
|
A+ |
1A |
A |
2A |
A- |
3B |
B+ |
4B |
B |
5C |
C+ |
6C |
C |
7D |
D |
8E |
E |
9G |
G |
Penilaian baru itu akan membabitkan semua calon SPM yang akan menduduki peperiksaan itu tahun ini. Walaupun dilaksanakan tahun ini, ia tidak membabitkan perubahan dasar sedia ada dan calon tidak perlu khuatir kerana sistem gred ini hanya memberi perincian kepada pecahan tahap pencapaian mereka yang menduduki peperiksaan.
Kaedah ini menggantikan sistem sekarang yang tidak mempunyai pecahan gred untuk calon cemerlang. Sebelum ini jumlah pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dengan jumlah keseluruhan A begitu ramai dan ia meningkat setiap tahun.
Berdasarkan sistem itu, sukar bagi Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi memilih mereka yang benar-benar cemerlang dan layak menerima pembiayaan pengajian. Penilaian semula gred SPM itu juga sejajar dengan langkah kerajaan menyediakan Biasiswa Perdana yang dikhususkan kepada pelajar cemerlang dalam akademik.
Perincian gred juga memudahkan kementerian menyediakan program terbaik kepada pelajar selain memberikan khidmat rundingan sesuai dengan program yang bakal diikuti di universiti dalam atau luar negara.
Bagi memastikan perubahan berjalan lancar, Kementerian Pelajaran sudah memaklumkan kepada semua pengetua supaya memberi penerangan mengenai sistem baru itu kepada calon yang akan menduduki peperiksaan SPM tahun ini. Ibu bapa juga boleh merujuk kepada sekolah untuk maklumat lanjut.
Perubahan ini diharap dapat menghasilkan pelajar yang lebih berdaya saing dalam peperiksaan dan menyuntik semangat mereka untuk memberikan yang terbaik untuk dipilih mengikuti program latihan dan layak menerima pembiayaan seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Baru-baru ini, Najib mengumumkan satu kategori baru akan diwujudkan dalam pemberian biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang memberi keistimewaan kepada pelajar berdasarkan merit semata-mata dan bukan bangsa.
[…] ini selaras dengan sistem penggredan baru Kementerian Pelajaran yang memperkenalkan peringkat kelulusan A+ untuk pelajar SPM 2009 berbanding […]
[…] 2010 bagi calon Lepasan SPM 2009, KPM akan melaksanakan sistem penggredan baru bagi Sijil Peperiksaan Malaysia. Penggredan baru tersebut mewujudkan peringkat kelulusan […]
Salam.
Nak tanya, validity sijil STPM ni berapa lama ek? STPM 2006 bleh apply IPTA lg tak guna UPU?
law yg nak wat asasi camne??
Arjuna Lara,
Boleh, anda sepatutnya memohon di bawah kategori Diploma. Sila rujuk Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi 2010/2011 Lepasan Diploma Dan Setaraf.
Sempat lg ke apply. Tarikh sampai 5/2 jek…hmmmmm
assalamualaikum dan salam sejahtera..
saya nak tanya,betulkah sistem penggredan ni?
ada kawan2 PLKN cakap, cuma A+ dgn A- je..
A shj xde..betul ke??
terima kasih.
Rasyidi,
Salam… Sepatutnya betul kerana ia diambil dari laman web Kementerian.
aku x setuju bahasa inggeris jdi mt plajaran wajib untuk mndapatkan sijil sbab ia akan menghancurkan mase dpan budak2 melayu zman skrang tambhan pula kerajaan skang dah banyak wat silap dengan melaksanakan PPSMI pas 2nk mansuhkan pulak ape cite lak ni dan kerajaan x mau mengaku kesilapan yg diorang wat PK LAH CKIT TNTANG MASE DPAN BUDAK MELAYU ZAMAN SKANG BUKAN SEMUA PANDAI BAHASA INGGREIS SPATATUTNYE kite KENA LEBIH MEN GUTAMAKAN BAHASA IBUNDA KITA IAITU BAHASA MELAYU SPE STUJU NGAN AKU SILE KOMEN
Saya nak tau markah & gred spm.
Gred Markah
A+ ?
A ?
A- ?
B+ ?
B ?
C+ ?
C ?
D ?
E ?
G ?
GRED MARKAH SPM 2010.
Gred LamaGred BaruMarkahWajaran
1AA+90 – 10018
A80 – 8916
2AA-75 – 7914
3BB+70 – 7412
4BB65 – 6910
5CC+60 – 648
6CC50 – 59 6
7DD40 – 494
8EE30 – 392
9GG0 – 290
Saya nak tau markah & gred spm.
nak sistem gred baru?
how to get the latest spm gred
saya nak tahu pasal gred dengan pecahan markah untuk perkiraan mengikut pangkat seperti spm tahun sebelum 2000..
salam.. betulkah ada cikgu sya ckp.. gred spm thun 2012 nie, 30-39 dah lulus (E)
salam saya nak tahu persamaan gred sekarang dengan tahun spm yg guna pangkat 1 @ 2.._sebabnya saya nak isi borang kerja secara online tp result spm yg saya nak isi tu mengunakan gred/pangkat 1 hingga 9…_harap boleh tolong… terima kasih…
sya nak tanya.. validity sijil asasi sains valid sampai bila? kalau sijil tu 2010/2011, boleh ke apply degree sesi 2013/2014?