SPM Sah Dihadkan 10 Mata Pelajaran

Mulai tahun depan, calon-calon bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dihadkan boleh mengambil 10 mata pelajaran sahaja.

Bagaimanapun, pengecualian diberikan kepada calon SPM aliran Sains Agama untuk mengambil 11 mata pelajaran maksimum dalam peperiksaan tersebut untuk tahun depan sahaja.

Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kementerian pelajaran bersetuju dengan rayuan pihak pentadbir Sekolah Menengah Agama supaya pelajar diizinkan mengambil 11 mata pelajaran.

Katanya, ia merupakan pengecualian terhadap pelajar yang perlu mengambil aliran Sains dan Agama sekaligus, lapor Bernama.

Muhyiddin berkata pengecualian itu hanya untuk peperiksaan pada 2010 dan akan kembali kepada 10 mata pelajaran maksimum bagi calon aliran Sains Agama pada tahun 2011.

“Ini kerana mereka tidak boleh tukar (mata pelajaran) dengan segera, tetapi mulai 2011 semua calon akan ambil 10 mata pelajaran sahaja, maknanya kita beri tempoh kepada sekolah agama untuk membuat pengubahsuaian dan calon memilih mata pelajaran yang benar-benar dikuasai mereka,” katanya.

Muhyiddin berkata, selain empat mata pelajaran teras yang diambil oleh calon aliran berkenaan, tujuh mata pelajaran elektif yang diambil ialah Al-Quran, Sunnah, Bahasa Arab Tinggi, Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik Tambahan.

Muhyiddin berkata keputusan itu diharapkan dapat menyumbangkan kepada pembinaan modal insan yang bukan sahaja mempunyai kekuatan “pendidikan pengetahuan” tetapi juga “pendidikan insaniah”.

Beliau berkata di samping itu, ia akan menolak sesetengah persepsi yang mengatakan Malaysia mengamalkan sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan.

“Jika ambil sejumlah (mata pelajaran) yang banyak itu, sudah pastinya ia menjurus kepada keputusan yang baik dan ia menjadi terlalu berorientasikan peperiksaan, maka kita akan bangunkan potensi murid dalam jurusan yang dipilih secara lebih intensif dan komprehensif,” katanya.

Beliau berkata dengan itu guru dan pelajar juga akan mempunyai lebih masa untuk menjalankan aktiviti kokurikulum yang pastinya mampu membangunkan potensi akal, jasmani dan emosi pelajar secara seimbang dan selari dengan falsafah pendidikan negara.

Kementerian baru-baru ini cadangan mengehadkan sejumlah 10 mata pelajaran dalam peperiksaan SPM bagi memastikan keadilan dalam pemberian biasiswa kepada pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM.

Bagaimanapun, 21 kesatuan dan persatuan guru seluruh negara baru-baru ini membantah dan mahukan had mata pelajaran yang boleh diambil calon SPM ditingkatkan kepada 12 subjek.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Subscribe / Share

Article by Azhad Nilam

ePutra cuba membantu menyampaikan maklumat yang berkaitan dengan pendidikan di Malaysia. Semua maklumat di sini boleh digunakan semula tetapi sila buat pautan atau rujukan kepada ePutra.com. Terima kasih. Azhad Nilam tagged this post with: , , , , Read 321 articles by Azhad Nilam
2 Comments Post a Comment
  1. mastura says:

    aku tak setuju..!!
    kalo bhsa inggeris nk lulus tuh aku setuju..!!
    sal nih..
    aku xberapa setuju..
    asl kerajaan nk hadkan mik 10 ja??
    cian kt calon-calon spm nih..
    na tawu diowg da msa depan diowg sendiri…
    snggup nk amik 20 mta pljrn..
    tgk2 kerajaan hadkn lak..
    cian r sma..
    da depa pndai nk wt cmna??
    nih mst da owg xpuas ati nih…
    taw pn ank melayu ja dpt setiap thn result bgus..
    jgn la dgki cgt kt depa…
    bia r diowg da leyh nk mik 20 mta pljrn pn…
    aku nk kerajaan pertimbangkn lagi la.. k??
    wlpn aku nih amik 9 mta pljrn ja..
    aku cian kt budak2 yg sggup nk mik 20 lbey tuh…

  2. Ezam says:

    Bg pihak kerajaan,tlg fkirkn tindkn..jgn brtindak trburu buru..apakah dengki dgn pljr sk0lh agama yg slalu memecahkn rek0d spm malaysia?yg mana pelajar kmentrian yg slaluny mnjdi punca utama mslh negara?vandalisme?pusat serenti?fkIrknlh whai kerajaan..jgn brtindk mgikut fhmn liberisme..brtindklh mgikut acuan islam..wujudknlh sk0lh2 agama..pimpinlah rakyatmu dgn smpurna mgikut islam yg syumul..fkirlah..

Leave a Reply




Pengumuman

Find us on Facebook

Recommendations

Follow ePutra on Twitter

Archives



Copy Protected by Tech Tips's CopyProtect Wordpress Blogs.