STPM 2007

Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) bagi tahun 2007 telah diumumkan semalam. Peperiksaan STPM kali ini telah dijalankan dari 13 November sehingga 5 Disember 2007 lalu dengan seramai 66,047 orang calon.

Seramai 56,896 atau 91.62 peratus daripada 66,047 calon STPM 2007, lulus penuh atau peringkat prinsipal bagi sekurang-kurang satu subjek, meningkat 0.75 peratus berbanding 90.87 peratus pada tahun sebelumnya. Daripada jumlah itu, 3,687 atau 5.94 peratus calon lulus penuh lima subjek, 23,101 atau 37.2 peratus empat subjek, 12,418 atau 20 peratus tiga subjek, 9,234 atau 14.87 peratus dua subjek serta 8,456 atau 13.62 peratus satu subjek.

Berdasarkan keputusan STPM 2007, hanya 1.15 peratus calon mendapat PNGK 4.00 berbanding 1.19 peratus tahun sebelumnya. 10.66 peratus memperoleh PNGK 3.50 berbanding 11.14 peratus pada 2006 dan 32.11 peratus meraih PNGK 3.00 berbanding 32.47 peratus sebelum ini.

Peratusan penggunaan Bahasa Inggeris ketika menjawab soalan bertambah 6.2 peratus. Peratusan calon yang menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya pada tahun lalu ialah 91.9 peratus berbanding 85.6 peratus pada 2006.

Daripada keseluruhan 66,047 calon STPM tahun lalu, 57,395 atau 86.90 peratus adalah calon sekolah kerajaan, 3,122 atau 4.73 peratus calon sekolah swasta dan 5,530 atau 8.37 peratus calon persendirian. Ini merangkumi 37,837 atau 60.93 peratus calon peperiksaan STPM adalah Bumiputera, 18,741 atau 30.18 peratus Cina, 4,750 atau 7.65 peratus India dan 772 atau 1.24 peratus kaum lain.

Semua calon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing kecuali calon persendirian yang akan menerima melalui pos, selain melayari laman web www.mpm.edu.my dan SMS ke 39003.

Enam belas pelajar STPM 2007 dari seluruh negara telah diumumkan penerima Anugerah Pelajar Cemerlang. Mereka adalah seperti berikut;

    Aliran Sains

  1. Tan Pei Sun SMK St John, Kuala Lumpur
  2. Chang Lin Hui SMJK Yoke Kuan, Sekinchan
  3. Pu Chan Yeu SMK Katholik, Petaling Jaya
  4. Kong Wan Yee SMK Katholik, Petaling Jaya
  5. Ooi Shu Tat SMJK Keat Hwa, Alor Setar
  6. Lai Choon Keat SMK (L) Methodist, Kuala Lumpur
  7. Aliran Sastera

  8. Mon Chee Cheong SMK (L) Methodist, Kuala Lumpur
  9. Nimisha a/p Jaya Gobi SMK (P) Sultan Ibrahim, Johor Bahru
  10. Asnarita Tarmizi SMK Paya Besar, Kuantan
  11. Kerk Sin Yee SMK Tinggi Melaka (B), Melaka
  12. Khairul Azhar Meerangani SMK Agama (SMKA) Sheikh Hj Mohd Said, Seremban
  13. Kategori Luar Bandar

  14. Leong Kok Hou SMK Seri Kampar, Kampar
  15. Teoh Shing Fong SMK Seri Kampar, Kampar
  16. Kategori OKU

  17. Noor Izati Meor Samsudin SMK St John, Kuala Lumpur (OKU Buta)
  18. Muhammad Marwan Mohd Tanos Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru (OKU Rabun)
  19. Saravanan a/l Sagadevan, SMK Chio Min, Kulim (OKU Spastik)

Dua pelajar juga diumumkan sebagai calon cemerlang ujian Malaysian University English Test (MUET) 2007, mereka ialah;

  1. Arvinder Singh a/l Jarnail Singh SMK Maxwell, Kuala Lumpur, MUET Pertengahan Tahun 2007
  2. Mark Wong Siang Kai SMK Bintulu, Sarawak, MUET Akhir Tahun 2007

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.