SPM 2007

Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2007 telah diumumkan semalam. Tahun lalu, 439,255 pelajar menduduki peperiksaan SPM membabitkan 386,265 (87.9 peratus) calon Kementerian Pelajaran, 14,672 atau 3.4 peratus calon sekolah kerajaan negeri dan badan tajaan tertentu, 10,687 atau 2.4 peratus calon swasta dan 27,631 atau 6.3 peratus calon persendirian perseorangan. Daripada jumlah ini seramai 382,288 pelajar mendapat sijil berbanding 358,060 orang pelajar pada 2006

Pada peperiksaan kali ini seramai 6,247 atau 1.42 peratus daripada 439,255 calon SPM 2007 memperoleh gred A bagi semua mata pelajaran yang diambil, berbanding 5,685, tahun sebelumnya. Ini merangkumi 5,060 atau 81.0 peratus adalah calon sekolah Kementerian Pelajaran, meningkat 5.2 peratus berbanding 4,311 pada 2006.

Seramai 1,072 calon mendapat 1A dalam semua mata pelajaran berbanding 1,280 pada 2006. Ia termasuk 892 orang atau 83.2 peratus calon sekolah kementerian berbanding 917 orang atau 71.6 peratus tahun sebelumnya. Ini meliputi seorang calon mendapat keputusan 1A dalam semua 16 subjek diambil, diikuti masing-masing tiga calon bagi 15 dan 14 subjek, 13 subjek 33 orang, 12 subjek 160 orang, 11 subjek 270 orang, 10 subjek 394 orang, sembilan subjek 27 orang dan lapan subjek seorang.

Seramai 58,519 calon sekolah Kementerian Pelajaran mendapat sekurang-kurangnya gred 6C bagi semua mata pelajaran diduduki berbanding 57,015 pada tahun sebelumnya. Di samping itu, 2,911 atau 0.75 peratus calon gagal atau mendapat gred 9G dalam semua mata pelajaran berbanding 2,823 atau 0.79 peratus pada 2006.

Sementara itu seramai 189 orang calon atau 53.2 peratus daripada 355 calon istimewa juga berjaya mendapat sijil SPM kali ini berbanding 170 orang atau 60.5 peratus daripada 291 calon pada 2006. Seorang calon buta dari SMK Batu Lintang, Sarawak, Loh Wei Siong, mencatat keputusan cemerlang enam 1A dua 2A bagi semua lapan mata pelajaran diambil.

Calon SPM 2007 ini adalah kumpulan pertama mengikuti pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) pada Tingkatan Satu pada 2003. Pelaksanaan program PPSMI dilihat tidak menjejaskan pencapaian pelajar berkenaan, malah prestasi kedua-dua calon di bandar dan luar bandar serta pada peringkat nasional meningkat bagi mata pelajaran Matematik Tambahan, Fizik dan Biologi.

Bagi mata pelajaran Matematik Tambahan SPM 2007, 76.6 peratus calon lulus 1A-8E pada peringkat nasional berbanding 74.1 peratus pada 2006, bandar 80.1 peratus berbanding 77.4 peratus dan luar bandar 67.2 peratus berbanding 65.1 peratus.

Fizik (nasional 97.8 peratus berbanding 96.1 peratus), bandar (97.9 peratus berbanding 96.5 peratus) dan luar bandar (97.4 peratus berbanding 95.2 peratus), manakala biologi (nasional 97.1 peratus berbanding 93.7 peratus), bandar (97.6 peratus berbanding 94.5 peratus) dan luar bandar (95.8 peratus berbanding 91.3 peratus).

Prestasi calon bagi mata pelajaran Matematik, Sains dan Kimia juga stabil berdasarkan pencapaian nasional, bandar mahupun luar bandar. Selain tidak menjejaskan prestasi calon dalam semua mata pelajaran Sains dan Matematik, PPSMI juga kelihatan dapat merapatkan jurang perbezaan pencapaian antara calon di bandar dan luar bandar.

Malah, 252,513 calon menjawab kertas soalan Matematik dalam bahasa Inggeris (BI) sepenuhnya berbanding 47,142 menjawab dalam dwibahasa, Matematik Tambahan 1 (125,693 – BI, 26,729 – dwibahasa), Matematik Tambahan 2 (161,972 – BI, 26,333 – dwibahasa).

Sains (49,367 – BI, 97,303 – dwibahasa), Fizik 2 (89,753 – BI, 28,452 – dwibahasa), Fizik 3 (117,303 – BI, 19,827 – dwibahasa), Kimia 2 (76,994 – BI, 25,856 – dwibahasa), Kimia 3 (92,135 – BI, 15,220 – dwibahasa), Biologi 2 (55,608 – BI, 20,913 – dwibahasa), Biologi 3 (73,464 – BI, 5,834 – dwibahasa), Sains Tambahan 2 (849 – BI, 856 – dwibahasa) dan Sains Tambahan 3 (1,522 – BI, 423 – dwibahasa).

Pencapaian calon dalam subjek Bahasa Inggeris juga meningkat dengan 286,601 (75.3 peratus) calon sekolah kementerian lulus 1A-8E berbanding 265,611 (74.9 peratus) pada 2006. Daripada jumlah itu, 52,931 (13.9 peratus) calon memperoleh keputusan 1A-2A berbanding 47,547 (13.4 peratus) tahun sebelumnya, 107,120 (28.1 peratus) calon meraih 3B-6C berbanding 93,640 (26.4 peratus) dan 126,550 (33.2 peratus) calon mendapat 7D-8E berbanding 124,424 (35.1 peratus).

Prestasi calon sekolah kementerian bagi Bahasa Inggeris GCE O-Level juga meningkat dengan 179,495 (47.1 peratus) calon lulus 1A-8E berbanding 153,654 (43.3 peratus) pada 2006. Daripada jumlah itu, 12,171 (3.2 peratus) calon memperoleh keputusan 1A-2A berbanding 11,937 (3.4 peratus), 77,948 (20.5 peratus) calon meraih 3B-6C berbanding 65,538 (18.5 peratus), dan 89,376 (23.5 peratus) calon mendapat 7D-8E berbanding 76,179 (21.5 peratus).

Mulai tahun lalu juga, calon yang mengambil mata pelajaran Prinsip Perakaunan dan lulus dengan baik akan mendapat pengiktirafan antarabangsa, iaitu Level Two sijil London Chambers of Commerce and Industry (LCCI) serta pengecualian menduduki Certified Accounting Technician One (CAT 1) The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) England.

Tahun lalu, 778 calon mengambil mata pelajaran Prinsip Perakaunan dipilih menyertai kajian rintis untuk sijil LCCI. Seramai 692 atau 89 peratus daripadanya berjaya mendapat sijil itu dengan 39.5 peratus memperoleh gred cemerlang, 36.4 peratus kredit dan 13.1 peratus lulus.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.