Archives for

Sekolah

Syarat Pemilihan Sekolah Kluster

Sekolah kluster ialah satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti cemerlang dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid. Pewujudan sekolah kluster bertujuan melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia dan membangun sekolah yang boleh dicontohi oleh sekolah dalam kluster yang sama dan sekolah lain di luar klusternya. Pemilihan sekolah kluster akan […]
Baca sepenuhnya →

Kolej Matrikulasi Perlu Dimantapkan

Ibu bapa dan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tentu berasa lega apabila kerajaan mengumumkan tambahan 17.2 peratus tempat belajar untuk mengikuti program diploma dan kursus persediaan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi sesi akademik 2008/09. Bagi kemasukan kali ini, sejumlah 30,757 pelajar terpilih daripada seramai 156,024 calon yang memohon berbanding 25,476 tahun lalu. […]
Baca sepenuhnya →

Tingkatan 6 Sesi 2008

Seramai 180,630 lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2007 layak memasuki Tingkatan Enam Bawah di 765 sekolah menengah harian dan teknik seluruh negara, tahun ini. Daripada jumlah itu, 127,879 layak memasuki aliran kemanusiaan, manakala 52,751 lagi sains. Jumlah berkenaan tidak termasuk 32,685 lulusan yang mendapat tawaran memasuki program matrikulasi. Keputusan kemasukan boleh disemak melalui laman web […]
Baca sepenuhnya →

Pendaftaran Peperiksaan STAM

Syarat Pendaftaran Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Telah mengikuti kurikulum Maahad Al-Bu’uth Al-Islamiah Al-Azhar yang dipersetujui antara Kementerian Pendidikan Malaysia dengan Al-Azhar Al-Syarif, Kaherah, Mesir pada tahun 1999 Telah menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau, Telah mencapai umur 18 tahun pada 1 Januari tahun peperiksaan STAM semasa Mata Pelajaran yang Ditawarkan S101 – Hifz […]
Baca sepenuhnya →

SPM 2007

Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2007 telah diumumkan semalam. Tahun lalu, 439,255 pelajar menduduki peperiksaan SPM membabitkan 386,265 (87.9 peratus) calon Kementerian Pelajaran, 14,672 atau 3.4 peratus calon sekolah kerajaan negeri dan badan tajaan tertentu, 10,687 atau 2.4 peratus calon swasta dan 27,631 atau 6.3 peratus calon persendirian perseorangan. Daripada jumlah ini seramai 382,288 […]
Baca sepenuhnya →

Kalendar Sekolah 2008

Kumpulan A Penggal Cuti dan Hari Persekolahan Mula Akhir Hari I Hari Persekolahan 02.01.2008 06.03.2008 47 Cuti Pertengahan Penggal 07.03.2008 15.03.2008 9 Hari Persekolahan 16.03.2008 22.05.2008 50 Cuti Pertengahan Tahun 23.05.2008 07.06.2008 16 II Hari Persekolahan 08.06.2008 14.08.2008 50 Cuti Pertengahan Penggal 15.08.2008 23.08.2008 9 Hari Persekolahan 24.08.2008 13.11.2008 60 Cuti Akhir Tahun 14.11.2008 03.01.2009 […]
Baca sepenuhnya →
Page 4 of 4«1234