29 Comments

suNo Gravatar Said,
May 6th, 2008 @1:55 pm  

sy nak tau,dalam kursus kemanusiaan ada subjek apa..
dan kursus sains ada subjek apa..

nilamNo Gravatar Said,
May 6th, 2008 @6:18 pm  

Su,

Ketentuan samada masuk aliran sains atau kemanusian adalah berdasarkan keputusan SPM anda. Secara amnya untuk peperiksaan STPM perlu ambil minimum 4 @ maksimum 5 matapelajaran daripada senarai matapelajaran yang ditawarkan.

Matapelajaran itu adalah Pengajian Am (wajib), Bahasa Melayu, Bahasa China, Bahasa Tamil, Bahasa Arab, Literature in English, Kesusasteraan Melayu, Syariah, Usuluddin, Sejarah, Geografi, Ekonomi, Pengajian Perniagaan, Perakaunan, Mathematics S, Mathematics T, Further Mathematics T, Computing, Physics, Chemistry, Biology, Sains Sukan dan Seni Visual.

Matapelajaran Fizik, Kimia, Biologi dan Sains Sukan khusus untuk aliran sains sahaja. Di samping itu semua pelajar perlu mengambil Malaysian University English Test (MUET).

nurul hudaNo Gravatar Said,
May 6th, 2008 @9:14 pm  

ape mate plajaran yang d tawarkn dalm jurusan kemanusian

syeeedaNo Gravatar Said,
May 6th, 2008 @9:19 pm  

sy nak tahu,apa yang kita perlu buat kalau kita nak tukar aliran[ting 6]

syeeedaNo Gravatar Said,
May 6th, 2008 @9:21 pm  

macam mana ye………

nurul hudaNo Gravatar Said,
May 6th, 2008 @9:24 pm  

tawaran ting 6..
rumit… pening…
x pham…
tolong terangkan sy tentang jurusan kemanusian…
email kn kt sy ea….please..sesape yg bley tolong..
peanart_2810angle@yahoo.com

nilamNo Gravatar Said,
May 7th, 2008 @9:02 am  

nurul huda,

Matapelajaran yang boleh dipilih adalah Bahasa Melayu, Bahasa China, Bahasa Tamil, Bahasa Arab, Literature in English, Kesusasteraan Melayu, Syariah, Usuluddin, Sejarah, Geografi, Ekonomi, Pengajian Perniagaan, Perakaunan, Mathematics S dan Seni Visual.

Sila semak dengan sekolah anda matapelajaran yang ditawarkan. Jika matapelajaran yang anda ingin ambil tidak diajar di sekolah anda, anda perlu belajar sendiri atau mencari sekolah lain.

Pilihan matapelajaran ini bergantung kepada pengajian yang anda ingin ikuti di universiti nanti. Sila semak laman web universiti berkenaan atau rujuk dengan guru.

nilamNo Gravatar Said,
May 7th, 2008 @9:04 am  

syeeeda,
Pertukaran aliran boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan yang disediakan di sekolah.

MailNo Gravatar Said,
May 7th, 2008 @11:04 am  

macam mana nk check sekolah mana yang ditawarkan tu..?
tak faham..?

ammarNo Gravatar Said,
May 7th, 2008 @4:02 pm  

susah sgt ke form 6 ni? tgk silibus lbh kurang cam form 5 je..klu dpt cmerlang confirm power yerk?

nilamNo Gravatar Said,
May 8th, 2008 @10:44 am  

Mail,
Nama sekolah akan dinyatakan dalam surat tawaran ke tingkatan 6.

Ammar,
Tingkatan 6 ini tidak sama seperti semasa di tingkatan 5 kerana walaupun hanya perlu mengambil 5 pilihan matapelajaran (Pengajian Am dan MUET wajib) tetapi cara pembelajarannya berbeza.

IzrindaNo Gravatar Said,
May 8th, 2008 @12:21 pm  

camane ye kalau dah dapat tawaran tapi kite nak tukar sekolah sebab xde transport?boleh ke?boleh bagitau secepat mungkin tak…thank you

nilamNo Gravatar Said,
May 8th, 2008 @10:01 pm  

izrinda,
Memang boleh tukar jika ada kekosongan, permohonan boleh dirujuk dengan guru di sekolah yang ditawarkan atau Jabatan Pelajaran Negeri.

meiyingNo Gravatar Said,
May 8th, 2008 @10:52 pm  

maksudnya kami kena masuk sekolah pada hari bulan 12 mei ke?atau hanya melaporkan diri pada hari tersebut dan masuk sekolah pada bulan enam?

su7No Gravatar Said,
May 8th, 2008 @11:09 pm  

ape bezanye f5 n f6..tlg terangkn in details…saya dlm dilemma..huhuhu

nilamNo Gravatar Said,
May 9th, 2008 @7:46 am  

meiying,

Ya memang kena masuk sekolah pada 12 Mei. Biasanya pada 2 minggu pertama ini diadakan pelbagai aktiviti suai kenal dan taklimat. Pembelajaran hanya bermula pada bulan Jun selepas cuti sekolah.

su7,
Saya secara peribadi tidak pernah memasuki tingkatan 6. Walau bagaimanapun saya akan cuba mendapatkan maklumat lanjut daripada mereka yang pernah melaluinya.

Saya juga mengalu-alukan sesiapa yang ingin berkongsi pengalaman mereka di blog ini. Silalah hubungi saya.

shayNo Gravatar Said,
May 9th, 2008 @8:35 am  

sy nak tau ape subjek yang diambil dalam jurusan kemanusiaan…pa yg wajib diambil?..berapa subjek yg dpt diambil dalam stpm if jurusan kemanusiaan…thanks..reply kat my email..sharon_counstance_ara@yahoo.com.my

gulhalimNo Gravatar Said,
May 10th, 2008 @12:44 pm  

saya nak tanya sikit,tahun 2007 saya dapat tawaran utk masuk ke tingkatan 6,tapi saya x dapat pergi so saya apply balik thn ni,then saya dapat tapi sekolah lama,kat sekolah lama hanya ada aliran kemanusiaan je(saya pun aliran kemanusiaan juga) tapi saya nak tukar sekolah,so apa yang saya boleh buat.

satu lagi saya ni aliran kemanusiaan so kalau saya nak ambil subjek fizik boleh ke masa exam nanti?

ANISNo Gravatar Said,
May 11th, 2008 @1:45 pm  

Kpd yg berkenaan:
Sy bru je hbs spm 07 & skrg sy dpt form 6 aliran sains. Leh sy tau ape subjek tgktan 6 aliran sains? Sy plak skrg tgah confius smada nk msuk f6 atau poli. Sy trpengaruh dgn kata2 phk yg lain bhwa msuk f6 adlh untuk jerat diri sy sndiri. Dorg ckp F6 aliran sains ssh sgt2. camne ni… sy bingung….tlg la bantu sy….

aidaNo Gravatar Said,
May 12th, 2008 @4:30 pm  

saya nak tanya,,
saya dulu bersekolah di teknik
so,saya memang x amik biologi
ehm..kalau pegi form6 kan kena amik biologi
saya x de asas
adakah saya akan blaja asas balik,,bila saya msk form6 nanti??

nilamNo Gravatar Said,
May 13th, 2008 @8:33 am  

shay,

Semua pelajar tingkatan 6 tanpa mengira aliran wajib mengambil matapelajaran Pengajian Am dan ujian MUET. Di samping itu perlu mengambil 3/4 lagi matapelajaran pilihan sendiri.

gulhalim,

Sepatutnya tiada masalah untuk bertukar sekolah. Apa yang penting adalah memastikan sekolah yang anda hendak pergi ada menawarkan matapelajaran yang anda ingin ambil.

Jika anda berminat untuk mengambil matapelajaran Fizik adalah lebih baik anda bertukar ke aliran sains. Cuba berbincang dengan guru mengenai kombinasi matapelajaran yang anda ingin ambil dan keperluan kemasukan ke universiti nanti.

anis,

Untuk aliran sains ada matapelajaran Matematik, Biologi, Fizik dan Kimia tetapi anda tidak perlu mengambil kesemuanya. Ini kerana ada 20 matapelajaran pilihan lain jadi terpulanglah kepada anda kombinasi matapelajaran yang hendak diambil.

Tingkatan 6 @ Politeknik? Ini bergantung kepada perancangan masa depan anda yang akan menentukan laluan yang patut anda ambil. Samada di tingkatan 6 maupun di politeknik cara pembelajaran ini memang tidak sama semasa tingkatan 5. Manakala tahap kesukaran itu pula bergantung kepada kombinasi matapelaran yang diambil dan kesungguhan anda.

aida,

Memang ada diajar asasnya pada peringkat awal tetapi anda perlu lebih berusaha daripada pelajar yang telah ada asas.

Biologi adalah salah satu matapelaran pilihan dalam aliran sains dan tidaklah wajib mengambilnya. Cuba kaji semula kombinasi matapelajaran yang anda akan ambil dengan syarat kemasukan kursus ke universiti yang anda inginkan.

zaNo Gravatar Said,
May 13th, 2008 @10:09 pm  

saya nak tau,dalam daerah gombak ni sekolah mana yg menawarkan subjek perakaunan untuk tingkatan 6.

cheedaNo Gravatar Said,
May 14th, 2008 @7:48 am  

saya dapat poli kos sijil penyimpanan kira…form 6 pun saya dapat…so skrg nie yg mana yg byk kelebihan…??form 6 susah sgt ka..sbb saya dpt jurusan kmanusiaan..tlg bg tunjuk ajr..

nilamNo Gravatar Said,
May 14th, 2008 @9:42 am  

za,

Maaf saya tidak tahu. Cuba hubungi Pejabat Pelajaran Daerah Gombak di talian telefon 03-6120 3200 atau email ppdg@ppdg.gov.my untuk maklumat lanjut.

cheeda,

Mula-mula perlu tanya diri anda sendiri, apakah yang anda ingin lakukan dengan masa depan anda? Jika dengan mengikuti sijil penyimpanan kira-kira di politeknik akan membawa mencapai cita-cita anda, teruskan. Manakala jika cita-cita anda itu hanya boleh dicapai jika memasuki tingkatan 6, perlulah pilih tingkatan 6.

Susah @ senang itu bergantung kepada kemampuan dan kesungguhan kita.

mafiaNo Gravatar Said,
May 20th, 2008 @3:01 pm  

nak tanya..
sek mane yg de form 6 n ade asrama???
area selangor n mlaka..
n.sembilan pon boleh gak..

mafiaNo Gravatar Said,
May 20th, 2008 @3:03 pm  

jurusan kmanusiaan, nnti kalo dah hbes form 6, ape je kos boleh amek??

nilamNo Gravatar Said,
May 21st, 2008 @10:56 am  

mafia,

Maklumat mengenai tingkatan 6 bersama asrama ini boleh diperolehi dengan menghubungi Pejabat Jabatan Pelajaran Negeri yang berkenaan; Selangor 03-5518 6500, Melaka 06-232 3776/777/778/77 atau Negeri Sembilan 06-7653100.

Lepasan aliran kemanusian boleh melanjutkan pelajaran berdasarkan 3 matapelajaran yang diambil. Oleh itu anda patut mengenal pasti bidang yang anda ingin ambil di universiti dan syarat kemasukan mata pelajaran yang diperlukan.

sitiNo Gravatar Said,
July 2nd, 2008 @9:10 pm  

assalamualaikum,sy nak tny nie..bolehkah jika saya hanya mengambil sujek pengajian am,MUET,pengajian perniagaan,ekonomi…saya nk tau secepat mungkin sy kompius la

nilamNo Gravatar Said,
July 3rd, 2008 @11:50 am  

siti,
Semua pelajar tingkatan 6 wajib mengambil matapelajaran Pengajian Am, MUET dan 3 @ 4 lagi matapelajaran pilihan.
Anda sekarang mengambil 2 sahaja matapelajaran pilihan, ini bermakna anda perlu menambah satu lagi matapelajaran.

Random Post

Leave Your Comments Below

Please Note: All comments will be hand modified by our authors so any unsuitable comments will be removed and you comments will be appreared after approved