UPSR 2014 Soalan Bahasa Inggeris Bocor

Kertas peperiksaan mata pelajaran Bahasa Inggeris dengan kod Bahasa Inggeris Kertas 1 014/1 serta Bahasa Inggeris Kertas 2 014/2 bagi UPSR tahun 2014 didapati bocor. Difahamkan hanya kertas soalan Sekolah Rendah Kebangsaan sahaja terjejas, kertas soalan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan tidak terlibat.

Sebelum ini peperiksaan mata pelajaran Sains juga telah ditangguhkan kerana kertas soalan bocor melibatkan semua calon UPSR.

UPSR 2014 Bahasa Inggeris Bocor

Pihak Kementerian hanya dapat mengesahkan kebocoran kertas soalan berkenaan pada pukul 11:00 pagi tadi. Sementara itu tiada maklumat berkenaan dakwaan kebocoran soalan kertas peperiksaan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik. Setakat ini tiada pembatalan mana-mana kertas peperiksaan UPSR yang lain.

Laporan polis telah dibuat oleh pihak Kementerian dan satu jawatankuasa khas telah ditubuhkan.

Peperiksaan Bahasa Inggeris UPSR

Peperiksaan mata pelajaran Bahasa Inggeris ini telah dijalankan hari ini 11 September 2014 pada pukul 10:30 pagi bagi Kertas 1 dan pukul 12:20 tengah hari bagi Kertas 2. Semua calon UPSR 2014 yang berkenaan perlu menduduki semula peperiksaan ini.

Tarikh Baharu Bahasa Inggeris UPSR

Peperiksaan mata pelajaran Bahasa Inggeris ini akan diadakan semula pada 30 September 2014.

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan berkenaan ulangan peperiksaan UPSR mata pelajaran Bahasa Inggeris ini boleh menghubungi HOTLINE UPSR 2014 Lembaga Peperiksaan di talian 03-88893601/ 88893551/ 88893809/ 88893520/ 88893030.

Untuk mengelakkan sebarang kekeliruan dan maklumat palsu sila layari laman web Lembaga Peperiksaan atau FB Kementerian Pendidikan Malaysia.

 

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

One thought on “UPSR 2014 Soalan Bahasa Inggeris Bocor

  1. Ahmad Daniel Haikal says:

    saya sanggat menyesal kerana semua kertas soalan UPSR yang saya telah buat dengan bersungguh-sungguh tiada faedah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>