UPSR 2014 Soalan Sains Bocor

Kertas peperiksaan mata pelajaran Sains dengan kod Science 018, Science 028 dan Science 038 bagi UPSR tahun 2014 didapati bocor. Menurut Lembaga Peperiksaan berdasarkan siasatan awal mendapati kandungan soalan bagi kertas peperiksaan tersebut telah tersebar menerusi media sosial.

Lembaga Peperiksaan telah membuat laporan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang.

Soalan Sains UPSR Bocor

Peperiksaan Sains UPSR Ditangguh

Peperiksaan mata pelajaran Sains ini yang dijadualkan pada 8.15 pagi 11 September 2014 adalah ditangguhkan.

Tarikh Baharu Sains UPSR

Peperiksaan mata pelajaran Sains ini akan diadakan pada 30 September 2014.

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan berkenaan penangguhan peperiksaan UPSR mata pelajaran Sains ini boleh menghubungi HOTLINE UPSR 2014 Lembaga Peperiksaan di talian 03-88893601/ 88893551/ 88893809/ 88893520/ 88893030.

Untuk mengelakkan sebarang kekeliruan dan maklumat palsu sila layari laman web Lembaga Peperiksaan.

 

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

3 thoughts on “UPSR 2014 Soalan Sains Bocor

  1. […] 024/2 dan 034/2 bagi UPSR tahun 2014 didapati bocor.  Sebelum ini peperiksaan mata pelajaran Sains juga telah ditangguhkan kerana kertas soalan […]

  2. […] ini kertas ujian mata pelajaran Sains dan Bahasa Inggeris telah disahkan […]

  3. lain kali kalau dh thu jwp tu jangan lh bocor kn kitaorang dh penat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.