UPSR 2014

Pada tahun ini seramai 473,175 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 akan menduduki peperiksaan bertulis UPSR mulai 9 hingga 11 September 2014 di 8,299 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Menurut Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia calon UPSR tersebut terdiri daripada 463,937 pelajar sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan manakala 9,238 lagi dari sekolah swasta yang bahasa pengantarnya adalah Bahasa Melayu.

UPSR 2014

Seramai 51,438 petugas peperiksaan telah dilantik dan calon diingatkan untuk merujuk kepada jadual waktu peperiksaan untuk maklumat mengenai masa peperiksaan serta arahan dan amaran yang perlu dipatuhi.

Calon diingatkan untuk membawa kad pengenalan ke pusat peperiksaan bagi memastikan urusan pengendalian peperiksaan berjalan lancar

Jadual waktu peperiksaan UPSR 2014 telah diedar ke semua sekolah dan boleh juga dimuat turun daripada laman sesawang Lembaga Peperiksaan di Jadual Waktu UPSR 2014.

Selamat berjaya kepada semua calon!

One thought on “UPSR 2014

  1. […] Inggeris Kertas 1 014/1, 024/1 dan 034/1 serta Bahasa Inggeris Kertas 2 014/2, 024/2 dan 034/2 bagi UPSR tahun 2014 didapati bocor.  Sebelum ini peperiksaan mata pelajaran Sains juga telah […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.