Seramai 5,320 pelajar tingkatan satu dan empat akan memasuki 40 Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di seluruh negara penghujung bulan depan, meningkat sebanyak 300 pelajar berbanding tahun sebelumnya.
Ketua Pengarah Mara, Datuk Nam Marthinin, berkata jumlah tempat yang terhad itu, berbanding jumlah permohonan yang diterima berjumlah kira-kira 23,000 menyaksikan persaingan sengit bagi merebut tempat ke MRSM.
“Pertambahan 300 orang pelajar itu kerana terdapat dua kolej baru sudah dibuka iaitu masing-masing di Bentong, Pahang dan Betong, Sarawak. Kolej itu masing-masing akan menerima 150 orang pelajar baru.
“Mara menerima banyak permohonan, tetapi kerana faktor tempat yang terhad menyebabkan hanya pelajar yang benar-benar berkualiti saja layak memasuki MRSM bagi memastikannya kekal sebuah institusi yang unggul,” katanya.
Keputusan UPSR 2008 yang diumumkan baru-baru, menunjukkan keputusan dicatatkan adalah lebih baik daripada purata lima tahun sebelumnya dengan 46,641 pelajar atau 9.2 peratus mendapat gred A dalam semua mata pelajaran.
Selain MRSM, sebanyak 6,100 lulusan UPSR turut berpeluang memasuki SBP Kementerian Pelajaran bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat sekolah menengah.
Nam berkata, MRSM adalah antara institusi pendidikan dikenal pasti menjadi pilihan utama lulusan cemerlang UPSR dan PMR untuk melanjutkan pelajaran, selain sekolah berasrama penuh.
Mengulas lanjut, beliau berkata, surat tawaran melanjutkan pelajaran ke MRSM akan diedarkan pada pertengahan bulan depan dan pemohon yang berjaya perlu melaporkan diri di MRSM seperti ditawarkan pada penghujung bulan yang sama.
“Bagaimanapun, kami akan memberi keutamaan kepada murid luar bandar untuk memberi peluang kepada mereka yang kekurangan kemudahan pendidikan berbanding dinikmati penduduk di bandar,” katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, permohonan kali kedua hanya boleh dibuat jika adanya kekosongan selepas proses pendaftaran kemasukan pelajar baru selesai dilakukan.
“Pemohon boleh membuat rayuan kerana kalau ada kekosongan kita akan menawarkan tempat di MRSM. Kebiasaannya akan berlaku banyak kes pelajar menolak tawaran yang kita berikan,” katanya.
Sumber: Berita Harian
TERKINI
Keputusan Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 1 2009 sudah boleh disemak mulai 30 Januari 2009.
![Reblog this post [with Zemanta]](http://img.zemanta.com/reblog_e.png?x-id=54ebaac6-846c-4c7f-b979-f616d9c06deb)




ha asmeykum..
tumpang bertanyer..
sy sdah chek name sy secra on9..
dan sy berjaya ke mrsm pekan..
soalan saya..
bile kah agaknyer surat tawaran akan smpai ke rumah sy?
trima kasih…
ble tarikh daftar ke mrsm pekan?mcamana nak hubungi mrsm tersebut.
wassalam budak _menunggu_surat!
saya juga diterima di mrsm pekan..kemungkinan pihak mara hanya menghubungi kita dan tidak menghantar surat tawaran…maaf jika tersilap…
ayumiesan,
daftar di mrsm pekan mungkin pada awal bulan 3…mrsm tersebut masih tidak boleh dihubungi kerana masih dalam pembinaan dan kemungkinan akan dibuka pada bulan 6 tetapi mengikut maklumat, pelajar yang mendapat ke MRSM pekan akan menumpang di MRSM bentong dahulu sehingga MRSM pekan Siap sepenuhnya…tq..maaf jika tersilap maklumat…saya juga merupakan pelajar yang akan memasuki MRSM pekan…
MRSM pekan masih tidak boleh dihubungi tetapi anda boleh menghubungi pengetua MRSM bentong di e-mel: myusoff@mara.gov.my / myusoff@mail.mara.gov.my…
Amirul Azrai,
Terima kasih sekali lagi, anda banyak membantu.
BILA KEPUTUSAN PEGABILAN KEDUA MRSM KELUAR
salam..
sy bleh twrn mrsm bentong..
urm..confirm kew pndaftaran awl bln 3 nie???
hrp sesape dpt membantu..=)
Haziqah dan Liyana,
Harap ada pembaca yang boleh membantu.
saya salah seorang yang terpilih ke mrsm bentong,pahang.Pada 20 feb saya telah menghubungi pejabat mara dan saya diberitahu tarikh lapor diri ialah pada 2 mac.Untuk makluman lanjut,sila hubungi :
Tel: (03) 2691 5111 samb.
Kurikulum: 3392
Perkhidmatan: 3399
Hal Ehwal Pelajar: 3323/3765
harap maklumat ini dapat membantu
Farah21,
Terima kasih kerana berkongsi maklumat.
salam…cm ne nk tau yg sye dpt msk mrsm ke x?n smpi biler kmasukan nh?plz reply…tq
Hazirah,
Anda boleh semak di laman web MARA bila diumumkan atau terus telefon pihak MARA di talian 03-26915111 sambungan 3331/ 3392/ 3394/ 3764/ 3765/ 3766. Jika anda tidak menerima sebarang panggilan sehingga penghujung April, ini bermakna anda telah gagal.
Salam..
Nilam, sy mengambil kesempatan sementara sy ada dlm lab ni.. Hehe.. Mmg best la skolah kt sini.. W’laupun agk padat jadualnya,tp sy brjya menyesuaikan diri.. Alhamdulillah.. Dan sy juga telah menghafaz 1 Juz Al-Quran! Sekali lg alhamdulillah!
Aiysha,
Salam…
Terima kasih kerana menghantar khabar dari sana. Gembira mendengar Aisyah gembira dan boleh menyesuaikan diri belajar di asrama. Belajar rajin2 dan dengan bijak ye!!
bilakah keputusan ke mrsm panggilan kedua secara online akan dikeluarkan?
Rajaamir,
Pihak MARA akan mengumumkannya di masa terdekat ini.
Salam semua saya baru aje mendapt tawaran ke mrsm bentong pada 23 mac ni ade sape sape yang dapat dan boleh membantu saya bagaimana mrsm bentong tu. Tolonglah…
salam saya nak tau pengambilan mrsm bentong untuk tingkatn 1 jer atau tkat 4 juga. sila beri penjelasan.
sy nk tanya sikit kat nilam ..anak sy dpt tawaran ke mrsm..tapi slh satu syarat kemasukan ialah ibu bapa tidak di blacklist atau di kenakn tindakan undang2 oleh pihak mara..sy pula telah diblacklist. adakah ini bermakna tawaran ini terbatal?
fiq,
mrsm bentong ialah mrsm yang terletak di km 63, lebuhraya karak-kuala lumpur…ia dilengkapi dengan pelbagai prasarana yang lengkap..di mrsm ini, pengambilannya majoritinya berdasarkan pencapaian anda di dalam ko-kurikulum dan kurikulum…anda tidak akan menyesal untuk belajar di dalam mrsm ini…terima kasih…pengambilan pelajar di sini ialah bagi pelajar tingkatan 1 dan 4 sekali..di dalam 1 bilik terbahagi kepada 4 orang..
Fiq,
Sila rujuk komen Amirul Azrai.
Mamat,
Biasanya pihak MARA akan memeriksa maklumat yang diperlukan sebelum tawaran dikeluarkan. Mungkin anda tidak dikategori sebagai blacklist untuk tujuan pemilihan anak ke MRSM.
Amirul Azrai,
Terima kasih kerana berkongsi maklumat tersebut.
tq nilam
Mamat,
Sama2.
terima kasih amirul azrai. satu lagi saya nak tau didalam 1 bilik itu hanya utk pelajar tkt 1 atau bercampur tkt 4. saya menanti jawapan.
salam nilam..saya terbaca post dari aiysha kat atas tu..dia telah hafaz 1 juz al quran. kat mrsm ada kelas tahfiz ke?
Mamat,
Mulai tahun 2009, MARA telah mewujudkan MRSM (Agama) di Kota Putra, Besut. Sistem pendidikan MRSM Agama ini merangkumi Pengajian Al-Quran (Hafazan), Bahasa Arab dan bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Mandarin dan Bahasa Jepun selain subjek teras seperti yang sedia ada di MRSM.
nilam..MRSM BENTONG MRSM agama ker?
Fiq,
Buat masa ini hanya ada satu sahaja MRSM (Agama) iaitu di Kota Putra, Besut.
siape yg daftar ke mrsm bentong pd 23 haribulan.ni?
salam nilam.. nilam ni tenaga kerja mrsm ke?
Fiq,
Selamat mendaftar ke MRSM Bentong. Jika ada kelapangan bolehlah anda hantar cerita pengalaman anda belajar di sana nanti untuk disiarkan di sini.
Mamat,
Salam… tidak.
weyh..mrsm ak..hahaha..mrsm menok..1st batch spm da dpt no 9..
thun dpn no..1
spe yg dpt mrsm yg br2..jgan kecewa..bt elok2 k..all th best..huhu..bange gle logo mrsm ak..
saya mendapat 4a 1b dlm percubaan upsr… sy tlah mendapat b dlm sns.. adakah sy layak??
Lidya,
Permohonan untuk ke tingkatan 1 MRSM 2010 belum dibuka lagi. Permohonan adalah berdasarkan keputusan sebenar UPSR, jika mendapat 4A 1B ada peluang tetapi bergantung kepada beberapa faktor lain.
Bagaimana kemasukan ke MRSM bertaraf tahfiz yang khabarnya baru dibuka di Terengganu?Apakah pelajar SBP boleh memohon selepas peperiksaan PMR ?
Faris,
Setahu saya MRSM tersebut hanya membuat pengambilan baru pelajar tingkatan satu sahaja.
Apakah syaratnya sama dengan MRSM biasa dan bagaimana cara memohon MRSM tersebut bagi pelajar lepasan UPSR?
Apakah nama MRSM tersebut?
Faris,
MRSM Agama tersebut terletak di Kota Putra, Besut. Sila rujuk Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan Satu 2010 Semenanjung Malaysia untuk maklumat lanjut.
betul ke kalau dpat 5A peluang untuk masuk MRSM lebih cerah????
Ioren,
Memang benar… aktif dalam ko-kurikulum juga membantu.
andainya sya tlah di tawar kn oleh KEMENTERIAN PELAJARAN untuk memasuki ke skolah berasrama penuh adakh sya msih boleh msuk ke MRSM??
sya perlu tau jwapan nya…
a”kum smua tlong sye eh
macam mne nak tahu kte dapt ke x mrsm…?
macamana nak tengok keputusan kemasukan pelajar tingkatan 1 ke mrsm ek?
saya nak tau macam mana nak semak keputusan permohonan p[ertukaran MRSM bg ting1??parents saya sudah membuat permohonan untuk pertukaran MRSM untuk adik saya yang kiniditempatkan di MRSM Bentong,Pahang.
Nis_rif_jwa_ira,
Mereka yang telah mendapat tawaran ke SBP tidak akan mendapat dipertimbangkan untuk ke MRSM.
Mubin Mattar dan Fatin,
Salam… Anda boleh semak secara online atau hubungi terus pejabat MARA.
Aisya,
Anda boleh berhubung dengan MRSM yang berkenaan atau hubungi Bahagian Pendidikan & Latihan (Pendidikan Menengah) MARA di talian 03 2691 5111 sambungan 3392/3765.
mcm mana nak check keputusan p`tukaran mrsm??