Permohonan Kemasukan Ke MRSM Tingkatan 1 2009

Majlis Amanah Rakyat (MARA) mempelawa pelajar Tahun Enam 2008 untuk kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) tingkatan satu pada tahun 2009.

MRSM LangkawiMulai tahun 2009 juga, MARA akan mewujudkan MRSM (AGAMA) di Kota Putra, Besut. Sistem pendidikan MRSM Agama ini merangkumi Pengajian Al-Quran (Hafazan), Bahasa Arab dan bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Mandarin dan Bahasa Jepun selain subjek teras seperti yang sedia ada di MRSM.

Syarat-syarat kelayakan masuk ke MRSM:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Permohonan ini terbuka kepada pelajar sekolah Bumiputera tahun enam dan bukan Bumiputera tahun enam yang sedang menuntut di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah Kebangsaan.
  3. Pemohon hendaklah memperoleh keputusan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2008.

Syarat-syarat kelayakan masuk ke MRSM Agama:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Permohonan ini terbuka kepada pelajar sekolah Bumiputera tahun enam yang sedang menuntut di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah Agama Negeri atau Sekolah Rendah Agama Rakyat.
  3. Pemohon hendaklah memperoleh keputusan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2008 atau sekurang-kurangnya 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (Agama), berkebolehan membaca Al-Quran dengan baik dan mempunyai minat dalam bidang agama.
  4. Pemohon ke MRSM Agama akan ditemuduga.

Cara memohon borang

  1. Pemohon hendaklah datang sendiri ke Pejabat Mara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur / Negeri atau Daerah yang berdekatan untuk mendapatkan borang permohonan bermula pada hari keputusan UPSR 2008 diumumkan secara rasmi iaitu 13 November 2008.
  2. Pemohon hendaklah membawa Salinan Surat Beranak serta Salinan Keputusan UPSR 2008 yang telah disahkan semasa membeli borang.

Jualan borang permohonan akan ditutup 10 hari bekerja selepas keputusan UPSR diumumkan secara rasmi.

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan tidak lewat dari 3 hari bekerja selepas tarikh tutup jualan borang permohonan ke alamat seperti yang berikut :
Pengarah, Bahagian Pendidikan dan Latihan (Menengah), Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA, 21, Jalan Raja Laut, 50609 KUALA LUMPUR.

Selain syarat kelayakan, keutamaan akan diberikan kepada calon seperti yang berikut :

  1. Bergiat aktif dalam bidang kepimpinan, sukan dan permainan, kelab dan persatuan serta pasukan pakaian seragam.
  2. Berasal daripada keluarga berpendapatan rendah dari sekolah pedalaman, luar bandar atau kawasan bandar yang meliputi kawasan setinggan atau kawasan daif.

Pemohon yang ditawarkan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP, SBPI) Kementerian Pelajaran tidak akan ditawarkan ke MRSM.

Pemohon yang berjaya sahaja akan dihubungi. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga 30 April, 2009 permohonan anda dianggap tidak berjaya.

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web MARA atau Peraturan Kemasukan ke MRSM atau Soal Jawab Berkenaan MRSM atau hubungi 03 2691 5111.

TERKINI
Keputusan Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 1 2009 sudah boleh disemak mulai 30 Januari 2009.

Reblog this post [with Zemanta]

208 thoughts on “Permohonan Kemasukan Ke MRSM Tingkatan 1 2009

  1. saya rasa terkejut dan gembira(happy) kerana kini terdapat MRSM agama . keinginan saya untuk masuk ke MRSM agama ini semakin melonjak.saya, murid tahun enam 2008,akan bersyukur sekiranya pihak MRSM agama menawarkan saya ke maktab tersebut.

  2. Maryam,
    InsyaAllah akan berjaya masuk MRSM Agama di Kota Putra, Besut.

  3. wow!rasa x sabar sekali ingin membuat permohonan nnti…wish me luck

  4. […] yang layak bolehlah memohon untuk ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM). addthis_url = ‘http%3A%2F%2Feputra.com%2Fkeputusan-upsr-2008%2F'; addthis_title = […]

  5. kalau 3A tak boleh ke?????????

  6. saya dpt 3A2b… bole mohon ke

  7. 3a2b bole mohon tak? saya juga sedan belajar dlm darjah 6 sek agama di johor bahru. tq

  8. salam..
    adek saya dpt 5A untuk upsr dan mumtaz iaitu 6A untuk PSRA..jadi boleh tolong berikan sedikit kelebihan MRSM agama ini jika nk dibandingkan dengan SAM d selangor??

  9. Norasiah Mohd. Sulaiman says:

    Anak saya dapat 3A 2B juga. Math & BM yang A. Boleh consider ke?
    (Mama yang mengharap)

  10. boleh kah saya memohn jika saya mendapat 4a1b ke mrsm

  11. saya berminat sungguh untuk masuk mrsm agama ni. terutama hafazan al-quran & bahasa arab.keputusan upsr yg lepas saya dpt 5a & UPKK(ujian penilaian kelas kafa) dapat 6a2b. ada harapan ke untuk masuk. Ada ke mrsm agama ditempat lain spt d perak ,kl atau selangor.

  12. Budak UPSR,Leez,Zikri,Norasiah,Bolehlah,
    Perlu dapat 5A tapi jangan putus asa berusaha untuk dapat 8A semasa PMR nanti dan boleh cuba memohon masuk tingkatan 4 di SBP atau MRSM.

    Shynee,
    MRSM Agama masih baru dan saya tidak dapat memberi perbezaannya. Cuba hubungi terus MRSM dan SAM untuk penjelasan.

    Nuratiqah,
    Anda layak untuk memohon. Buat masa ini hanya ada satu sahaja MRSM Agama iaitu di Kota Putra, Besut.

  13. Kamal Fiqre says:

    Saya telah mendapat 5A dlm UPSR/2008 dan telah pun menghantar borang permohonan ke MRSM.Saya ingin tahu bilakah keputusan permohonan saya itu akan saya terima? Pelukan saya membayar yuran dan membeli buku (buku latihan berlogo sekolah)di sekolah penempatan saya?Soalan terakhir saya,apakah keteria lain yang perlu selain kecemerlangan akademik?

  14. Persaingan utk masuk MRSM begitu sengit dengan keutamaan diberi kpd pelajar daripada kawasan luar bandar dan keluarga berpendapatan rendah.

    Pelajar daripada bandar juga sepatutnya diberi kuota. Walau pun mereka terdiri daripada keluarga berkemampuan, kos sara hidup yang tinggi dan bilangan tanggungan juga perlu dipertimbangkan.

  15. Kamal Fiqre,
    Biasanya ada 3 kali panggilan tarikh mendaftar ke MRSM iaitu dalam bulan Februari, Mac dan April. Jika tidak menerima sebarang surat tawaran selepas 30 April 2009 bermakna permohonan anda tidak berjaya.

    Pihak sekolah biasanya memerlukan anda membayar yuran dan membeli buku tetapi cuba berbincang dengan guru yang bertanggungjawab untuk menangguhkan bayaran yuran dan membeli buku setakat yang diperlukan sahaja sehingga akhir April.

    Pengambilan pelajar tingkatan 1 MRSM adalah berdasarkan beberapa kriteria yang telah ditetapkan oleh MARA dan jumlah markah berikut;
    Akademik 25%, Status Socio Ekonomi 45%, Ko-Kurikulum 30%, JUMLAH 100%

    Nurin,
    Jumlah pendapatan keluarga dan tanggungan memang diambil kira semasa proses pemilihan pelajar.

  16. […] yang layak bolehlah memohon untuk ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM). Hello world! […]

  17. saya nak tanya sikit. permohonan ke mrsm tkt 1 yang telah dihantar, bolehkah disemak dlm web ini samada permohonan tersebut telah diterima. jika boleh, bagaimanakah caranya?
    terima kasih.

  18. maisarah m.pauzi says:

    saya berminat nk masuk MRSM Agama nie, tapi, saya xder sijil PSRA,UPKK saya ader la…camner ek?Diterima x kalo xder sijil PSRA?

  19. […] Mereka yang layak bolehlah memohon untuk ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM). […]

  20. shafiezul iqma says:

    Saya telah mendapat 4A, 1B ( Mate B ), tak boleh kah dipertimbangkan disebabkan Mate saya B,bukannya C,D atau E. Ini bukan bermakna saya lemah Matematik. Keputusan semasa Pra UPSR dan ujian2 sebelumnya saya sentiasa mendapat A.

    Terima kasih.
    Pelajar sedih Sarawak

  21. who got 5 a like me i wan to congratzzzz…!!!!!!!!

  22. salam sejahtera, nama saya jennifer michel. Saya sungguh berminat untuk masuk ke mrsm. Saya adalah seorang anak yatim dan saya juga adalah seorang penolong ketua pengawas di sekolah saya iaitu sk st mary. Saya juga telah mewakili sekolah saya untuk pertanding bola jaring peringkat zon sentul dan mendapat tempat ke-empat. Adakah saya mempunyai peluang untuk mendapat tempat di maktab rendah sains mara? Saya berharap agar saya dapat pergi ke mrsm . Saya memunyai sebuah soalan iaitu anda akan menghubugi kami atau mengutus surat? SEKIAN TERIMA KASIH. jennifer michel ( 5 A student )

  23. SAYA TELAH MENDAPAT 5A DAN TELAH PUN MEMOHON UNTUK MEMASUKI MRSM.SAYA INGIN SEKALI MENGETAHUI BAHAWA SAYA BERJAYA ATAU PUN TIDAK??.

  24. Saya nak tanya , ada tak khusus komputer ka mrsm… 1 lagi saye nak tanye ade tak kokurikulum seperti silat…saye memang nak masok MRSM Agama di Kota Putra, Besut. Harap saya dapat yer….saya hanya mengharapkan dari mrsm ini..

    Insyaallah…

    (5A)

  25. Saya dah pun dapat 5A dalam UPSR baru-baru ini………Tapi saya terlupa nak ambil borang untuk permohonan. Adakah mengisi borang yang diberi oleh guru di sekolah mencukupi atau masih perlu mengisi borang yang diambil di Pejabat mara negeri?

  26. Mustika,
    Permohonan ke MRSM tingkatan satu diproses secara manual, oleh itu anda tidak boleh semak melalui internet.
    Walaupun begitu anda boleh cuba menghubungi Bahagian Pendidikan & Latihan (Menengah) di talian 03-2691 5111 sambungan 3392/3765.

    Maisarah,
    Sijil PSRA tidak wajib tetapi ianya membantu.

    Shaifiezul,
    Memandangkan terlalu ramai yang mendapat 5A jadi persaingan amat tinggi untuk mendapat tempat yang terhad itu. Cuba berusaha dapat 8A masa PMR untuk masuk pengambilan tingkatan 4.

    Jennifer,
    Mereka yang mendapat 5A dan aktif dalam sukan dan ko-kurikulum mempunyai peluang yang lebih baik untuk mendapat tempat. Jawapan permohonan ke MRSM akan dimaklumkan melalui surat oleh pihak MARA.

    Sktd Boy,
    Pembelajaran komputer memang ada. Berkenaan ko-kurikulum silat pula bergantung kepada MRSM berkenaan. Semoga anda berjaya memasuki MRSM Agama, insyaAllah.

    Raihana,
    Biasanya ada 3 kali panggilan tarikh mendaftar ke MRSM iaitu dalam bulan Februari, Mac dan April. Jika tidak menerima sebarang surat tawaran selepas 30 April 2009 bermakna permohonan anda tidak berjaya.

    Aneem,
    Jika borang yang diberi oleh guru tersebut adalah borang asal permohonan MRSM, itu sudah mencukupi.

  27. Anak saya: Ahmad Badrul Huzaidi No k/p 960227-12-5309 telah lewat menghantar permohonan ke mrsm 2009. Ini disebabkan pada masa tersebut kami telah bercuti ke Langkawi. Adakah permohonan anak saya akan dilayan? Terima kasih.

  28. Kartina,
    Ini bergantung kepada budi bicara jawatankuasa pemilihan.

  29. saya mendapat 5a,saya mewakili sajak peringkat negeri, mewakili pidato peringkat daerah, sajak peringkat daerah dan banyak lagi. Kemudian saya mempunyai jawatan pengawassekolah (bendahari) naib pengerusi persatuan agama islam, pengakap bendahari, persatuan bola jaring (ajk)dan tokoh murid akedemik. Adakah saya akan terpilih di mrsm?Saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Permatang Pauh. Saya harap agar saya dapat memasuki ke mrsm.

  30. yg mengharap says:

    Saya ingin bertanya…MRSM Agama nie, kalo dia tak hubungi kita sebelom tarikh temuduga untuk ditemuduga,adakah kita tak layak untuk menduduki MRSM Agama?

  31. budak lepas upsr says:

    saya budak lepas upsr , tp saya dpt 3a2b . boleh masuk ke MRSM agama ?????? klu boleh saya nk sgt

  32. alia syahirah says:

    kalau bley, alia nak tahu….. nama pelajar yang akan memasuki mrsm pada tahun 2009… x sabar rasenya nak masuk mrsm nie…. mesti seronok kan…. harap2 dapat kengkawan yang baik…. he6..

  33. Shuhada,
    Selain pencapaian akademik, sememangnya aktiviti ko-kurikulum akan diambil kira dalam pemilihan pelajar ke MRSM. Saya rasa peluang anda cerah untuk berjaya mendapat tempat ke MRSM. Walaupun begitu keputusan muktamad terletak ditangan jawatankuasa pemilihan.

    Yg Mengharap,
    Tidak semestinya kerana mungkin ada pengambilan kedua.

    Budak Lepas UPSR,
    Peluang adalah lebih baik untuk mereka yang mendapat 5A.

    Alia Syahirah,
    Harap bersabar… pihak MARA akan menghubungi mereka yang berjaya.

  34. waris pelajar says:

    1. Ingin tahu tarikh pelajar yang layak ke MRSM di maklumkan.
    2. Jika boleh, pelajar/waris dapat semak sebelum sesi sekolah bermula.
    Sekian, terima kasih.

  35. arap dpt masuk mrsm tahun depan

  36. waris pelajar,
    Tarikh tepat saya tidak pasti tetapi selepas surat tawaran ke SBP dikeluarkan kerana mereka yang ditawarkan ke SBP tidak akan ditawarkan ke MRSM. Surat tawaran ke tingkatan 1 MRSM biasanya akan dikeluarkan dalam minggu terakhir Disember atau awal Januari.

    Di samping itu ada ketikanya ada pengambilan kedua dan ketiga. Apa-apapun jika sehingga 30 April tidak mendapat sebarang jawapan ini bermakna permohonan gagal.

    Setakat ini setahu saya pihak MARA tidak menyediakan perkhidmatan menyemak keputusan permohonan secara online tetapi cuba hubungi Bahagian Pendidikan & Latihan (Menengah) di talian 03-2691 5111 sambungan 3392/3765 untuk pengesahan.

    Man Utd,
    Semoga berjaya…

  37. yang mengharap says:

    Adakah MRSM agama hanya dikhususkan kepada murid tahun enam sahaja?Saya adalah pelajar tingkatan tiga dan teringin sangat memasuki MRSM agama tersebut…permohonan telah dibuat namun kenapa MRSM agama tidak disediakan kepada pelajar tingkatan tiga 2009??

  38. kenapa x disediakan keputusan kemasukan ke sbpi secara online…

  39. sy mndpt tawaran ke sekolah berasrama penuh.adkh sy x berpeluang untk ke mrsm???

  40. apakah bentuk soalan yang akan ditanya pada ujian kemasukan ke mrsm agama kota putra nnti?

  41. saya dpt panggilan dari mrsm agama utk pergi temuduga.semasa ditemuduga soalan apa kebiasaannya ditanya.saye x dek sijil PSRA,kalu x dek bleh diterima ke.sye prnh mewakili pasukan bola jaring,robotic dan pengakap ke peringkat negeri.saya juga srg penolong pengerusi persatuan bm dan pengakap.saya juga tokoh nilam.adakah dgn sijil2 yg saye ade ni,saye terpilih ke mrsm ni.

  42. Saya mendapat tawaran ke SBP dan MRSM ..Yang mana lebik baik

  43. assalamualaikum..baru2 ini..sye mendapat 4a 1b di dalam upsr..tetapi,sye seorang yang sangat aktif dalam kokurikulum.sye merupakan pembahas terbaik negeri sembilan,mewakili negeri sembilan dalam pertandingan syarahan dan bercerita,johan robotik peringkat daerah,johan nasyid peringkat negeri danjohan pertandingan sajak peringkat negeri..sye juga merupakan pengerusi kelab bi,pengerusi bola jaring,naib pengerusi tunas puteri dan setiausaha rumah biru..sye memegang jawatan sebagai pengawas sekolah[setiausaha]..sye juga dinobatkan sebagai tokoh kurikulum sekolah..tetapi,harapan sye hancur untuk memasuki mrsm kerana mendapat 'b' dalam bi..sye cuba jelaskan kepada pihak mara bhwa sye seorang yang aktif sambil menunjukkan sume sijil saya..sye juga turut menunjukkan buku rekod prestasi sye yang sentiasa mendapat 'a' dalam sume subjek..tetapi,hati sye begitu kecewa apabila mara memberitahu bahawa buku prestasi itu adalah buku lama dan mereka cume mahukan 5a..untuk pengetahuan tuan,sye sentiasa mendapat 5a,tetapi sye berasa pelik apabila mendapat 4a1b..mengapa ini terjadi?hati sye begitu terguris dengan jawapan pihak mara..

  44. budakkecik~ain~ says:

    assalamualaikum…
    saya nak tanya sikit..lau x dpt sbp,der harapan ke untuk memasuki mrsm???
    saya baru tgk keputusan sbp tapi saya x dpt..rasa2 dpt ke mrsm ye???

  45. saya ingin bertanya.. borang permohonan saya ditandatangani menggunakan pensel. Soalannya adakah permohonan itu diterima ataupun ditolak? Saya berharap benar agar permohonan saya itu dipertimbangkan oleh pihak MARA. Untuk pengetahuan nilam saya telah menerima kad jawapan daripada pihak mara. TQ

  46. saya mendapat 5a..tapi,saye tidak terlalu aktif dalam aktiviti kokurikulum.
    adakah saya masih layak untuk memohon sbp dan mrsm ini?

  47. Yang mengharap,
    Setahu saya MRSM Agama baru diperkenalkan dan hanya pengambilan tingkatan satu sahaja yang ada.

    Zainab,
    Sila rujuk di Semakan Tawaran ke Tingkatan 1 SBP KPM.

    Nadia,
    Biasanya mereka yang telah ditawarkan ke Sekolah Berasrama Penuh tidak akan ditawarkan ke Maktab Rendah Sains Mara. Walaupun begitu jika anda lebih berminat untuk masuk MRSM hubungi Bahagian Pendidikan & Latihan (Menengah) di talian 03-2691 5111 sambungan 3392/3765 untuk bantuan.

    Syakirahlaniaz,
    Maaf saya tidak ada maklumat itu, mungkin pembaca lain boleh membantu.

    Dhira,
    Saya tidak dapat membantu mengenai soalan temuduga itu. Sijil PSRA tidak wajib ada untuk masuk MRSM Agama. InsyaAllah anda akan berjaya terpilih ke MRSM.

    Shira,
    Saya turut simpati dengan apa yang anda hadapi. Jika anda masih belum berputus asa cuba datang sendiri ke Bahagian Pendidikan dan Latihan (Menengah), Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA, 21, Jalan Raja Laut, 50609 Kuala Lumpur untuk membuat rayuan. Jika masih gagal, jangan berputus asa, teruskan usaha semasa PMR nanti dan cuba semasa pengambilan tingkatan 4 pula.

    Eddaes,
    Kedua-duanya mempunyai kelebihan yang tersendiri. Mungkin salah satu faktor yang boleh dipertimbangkan adalah jarak dengan rumah.

    Budakkecik~ain,
    Waalaikumsalam… Peluang anda untuk mendapat tawaran ke MRSM masih ada kerana mereka yang tidak terpilih ke SBP akan dipertimbangkan ke MRSM (jika memohon).

    Zar 54,
    InsyaAllah permohonan anda akan diterima, lagipun anda telah pun menerima kad jawapan.

    Mirazaid,
    Layak tetapi peluang lebih cerah kepada mereka yang aktif dalam ko-kurikulum.

  48. ada tak mrsm agama kat kl?klu boleh sy nk msk kputusan upsr sy dpt 5 a dan psra lak dpt 9a.

  49. raja amir farhan sktj says:

    Bilakah saya boleh menyemak status saya samada gagal atau berjaya secara online? Ting. Satu 09

  50. anak saya dapat 5A, tapi tidak ditawarkan ke SBP. adakah dia berpeluang untuk memasuki MRSM? bila keputusan permohonan boleh diketahui?

  51. camner nk tau keputusan kemasukan pelajar tingkatan 1 2009????
    ade sape2 leh tolong

  52. Salam & tq atas jawapan nilam.
    Saya telah menerima surat tawaran temuduga di mrsm kota putra pada 24/12/2008.Tetapi tarikh t/duga itu pada 22/12/2008. Malang bagi saya kerana tidak berpeluang untuk menghadiri t/duga tersebut. Soalannya adakah saya masih ditawarkan ke mrsm atau tidak kerana tidak menduduki ujian tersebut. Saya benar2 berharap agar dapat ke mrsm.

  53. Miera,
    Setakat ini MRSM Agama hanya ada di Kota Putra, Besut.

    Raja Amir dan D,
    Setahu saya pihak MARA tidak ada menyediakan perkhidmatan semakan secara online.

    Makcik,
    Ada peluang, surat tawaran MRSM ke Tingkatan 1 akan mula diedarkan mulai pertengahan Januari 2009 nanti.

    Zar 54,
    Saya cadangkan anda berhubung segera dengan pihak MARA di Bahagian Pendidikan & Latihan (Menengah) di talian 03-2691 5111 sambungan 3392/3765 dan maklumkan situasi anda. Pihak MARA mungkin beranggapan anda tidak berminat dengan MRSM jika tidak menghubungi mereka selepas gagal hadir ke temuduga.

  54. sayer nak nanyer ni!nape kwn sayer yg dpt 5a samer ngan sayer dpt twrn dulu?adekah sayer tdk lyk?

  55. ASMKMM…..SEMUA

    NI BUKAN NAK KOMEN..NI PAKCIK NAK TANYA U ALL CAM NA NAK BUAT SEMAKAN SENARAI NAMA KEMASUKAN TINGKATAN I SESI 2009 MRSM

  56. raja amir farhan sktj says:

    dimanakah saya boleh mendapatkan peraturan MRSM?

  57. amir comvic says:

    kalau dah dapat tawaran ke sbp…ade chance tak nak masok mrsm?

  58. Salam , nilam..
    Anda ni mmg kakitangan MARA ke?
    Boleh saya tahu – mrsmtp tu apa?
    Bolehkah kalau saya tanya kat org mrsm tentang kptsn
    mlalui emel?
    dan kalau boleh, ianya boleh dipercayai ke?
    yela , xde bukti yg mengatakn ianya benar..
    sbb surat pun x sampai lg..
    mcm mana tu ye?
    Tq

  59. dpt masuk sekolh asrama pnh integrasi temerloh tapi jauh sangat…..n nampaknye x dpt la msk mrsm…….

  60. bila keputusan akan keluar secara rasmi?
    boleh tak bagi tarikh yang tepat?
    kalau first intake contohnya diberitahu pd 2 jan,jd bila kt akn masuk ke sekolah tu?
    adakah akan masuk terus 5 jan tu? tq

  61. […] Pengarah Mara, Datuk Nam Marthinin, berkata jumlah tempat yang terhad itu, berbanding jumlah permohonan yang diterima berjumlah kira-kira 23,000 menyaksikan persaingan sengit bagi merebut tempat ke […]

  62. nkss,
    Mungkin surat tawaran anda akan sampai bila-bila masa sahaja. Walaupun begitu anda perlu faham bahawa pesaingan untuk masuk ke MRSM adalah sangat tinggi sebagaimana laporan berita 5,320 Dipilih Ke MRSM Untuk 2009.

    Abah,
    Waalaikumsalam… buat masa ini pihak MARA tidak menyediakan perkhidmatan semakan mereka yang berjaya ke MRSM melalui internet. Cuma mungkin boleh menghubungi terus MARA melalui telefon 03-2691 5111 sambungan 3392/3765.

    Saya baru jumpa pautan kemudahan semakan online tetapi ini untuk tahun 2008 iaitu Keputusan Kemasukan Tingkatan 1 dan Keputusan Kemasukan Tingkatan 4.

    Harap ada sesiapa yang boleh memberitahu samada ia boleh digunakan untuk menyemak keputusan kemasukan 2009.

    Raja Amir,
    Cuba rujuk laman web MRSM.

    Amir Comvic,
    Biasanya anda akan dapat satu tawaran sahaja, jika dah dapat tawaran SBP tak dapat untuk MRSM.

    Aiysha,
    Salam… Saya bukan kakitangan MARA. Saya pun tak tahu maksud mrsmtp. Saya rasa pihak MARA tidak akan memberi jawapan kemasukan melalui emel. Surat tawaran akan dihantar terus kepada calon yang berjaya dan pengambilan pertama dijadualkan perlu mendaftar pada penghujung bulan Januari 2009.

  63. salam….
    saye nak tanya…saya pelajar tingkatan tiga sesi 2008…
    saya mendapat 8a di dalam PMR baru2 ini..jadi,saya ingin tahu dimanakah saya boleh mendapatkan borang kemasukan bagi sesi 2009 bagi pelajar tingkatan 4 kerana saya tidak mengisi borang sewaktu peperiksaan percubaan hari itu….

  64. Terima kasih diatas jwpn anda..
    Kalau mendaftar pada penghujung bulan januari,,maksudnya bulan feb baru masuk skolah tu ke? Kalau mcm tu, macam mana pula dgn baju sekolah rasmi, buku2 dan sebagainya yg telah dibeli sebelum masuk ke MRSM? Tidakkah ianya membazir?
    Pakaian seragam mrsm tak sama dgn pakaian seragam sekolah kebangsaan kan?

  65. saye nak tanye,betul ke klu kiter dpt 5a math dan sains kena 90 keats?

  66. Bdk Happy n Sedih GLER says:

    sye nk tnyer skit la.sye tahu yg sye dpt masuk ke mrsm,kota putra.apabila surt twrn tlh smpai n sye mnerimanye,cm mner sye nk antr surt twrn tu.prluker sye mgantr nyer d mrsm kota putra?atau syer kener antr ke mara kuala lumpur sje?sye takut kal syer antr ke mara kuala lumpur,srt itu tidak d antr ker mrsm kota putra.kang trlps lah plak peluang syer.tlg syer.syer x tau nk wt cmner lg.sye tggl d bndr baru bangi.

  67. Saya mendapat 4a1b dlm peperiksaan UPSR 2008.Saya amat risau kerana saya telah mendapat gred b dalam sains. Adakah saya layak ke sbp?

  68. Salam,
    Alhamdulillah, saya dah dapat panggilan dari pihak MARA tadi…katanya saya dapat tempat di MRSM Kota Putra…syukurrrrr alhamdulillah.
    Kepada yg berjaya, saya ucapkan Tahniah!
    Sesiapa yg belum tahu, eloklah talipon MARA yer… :)

  69. Amira,
    Permohonan kemasukan ke Tingkatan 4 MRSM 2009 telah pun dbuka dan ditutup pada bulan Ogos 2008 yang lalu. Walaupun begitu anda boleh cuba menghubungi MARA di talian 03-2691 5111 sambungan 3392/3765.

    Aiysha,
    Bergantung kepada anda mendapat pangambilan yang ke berapa, pengambilan pertama akan mendaftar dan memulakan persekolahan penghujung bulan Januari. Memang nampaknya ada sedikit pembaziran dalam beberapa keperluan sekolah.

    Tahniah! Kerana telah berjaya masuk ke MRSM Kota Putra.

    Nkss,
    Saya tidak mempunyai maklumat mengenainya.

    Bdk Happy,
    Cuba hubungi pihak MARA di talian 03-2691 5111 sambungan 3392/3765 untuk kepastian.

    Farah,
    Peluang anda adalah lebih cerah jika mendapat 5A.

  70. Sedihnya….dah dapat temu duga tapi tak berjaya ke MRSM Agama.Mcm mana nak buat rayuan.Hantar ke alamat Kuala Lumpur ke.Bila pulak nak dapat jawapan?

  71. saya dpt skola sbp….. blh tak sye nak buat pertukaran dri sbp ke mrsm????? saya teringin sangt nak msk mrsm….

  72. Najwa,
    Cuba hubungi semula pihak MARA untuk pengesahan cara rayuan perlu dibuat.

    Amirul,
    SBP dan MRSM ditadbir oleh dua pihak yang berbeza. Oleh itu pertukaran adalah agak sukar.

  73. luna_farel says:

    tapi setahu saya mara agama di kota putra masih di dalam perbincangan………..saya confuse….bleh x sape2 tlg jlaskan untuk sy..please

  74. Pada luna_farel, MRSM Agama Kota Putra akan mengambil kemasukan pertama pada bulan ini.. Bukan dalam perbincangan lagi.. Sekian, harap maklum..

  75. Aiysha,
    Terima kasih…
    Jika ada kesempatan mungkin Aiysha boleh berkongsi pengalaman belajar di MRSM Kota Putra bila dah mendaftar nanti. All the best!!

  76. boleh saya tahu bile keputusan ke mrsm tingkatan 1 2009 akan keluar?????

  77. asskum.saya telah mendapat tawaran untuk menghadiri sesi temuduga di sekolah sains teluk intan,sekolah sains kuala selangor dan sekolah berasrama penuh integrasi gopeng pengambilan kedua.adakah saya masih layak untuk mendapat tawaran daripada pihak mara untuk belajar di mrsm??tolong jawap secepat mungkin.terima kasih.

  78. Salam.. Nilam, insyaAllah,jika ada kesempatan saya akan berkongsi pengalaman saya bersama semua yang mengunjungi laman web ini!! Terima kasih, Nilam..

    Leeya,
    keputusan untuk masuk ke MRSM Ting. 1 pengambilan pertama telahpun keluar baru-baru ini.. Anda boleh cuba menghubungi pihak MARA untuk mengetahui status anda.. Terima kasih..

    Nilam,
    nampaknya saya la pulak yg takeover tempat nilam.. Sepatutnya Nilam yg jwb semua ni… Huhuhu… Maaf ye, Nilam.. :-)

  79. betol ke tawaran ke MRSM dah kluar????aisya kata dia dah mendapat tawaran ke MRSM Kota Putra…kalau betol,mengape ayh saya telepon,mara kata blom proses???

  80. bolehkah semakan ke tingkatan 1 2009 MRSM disemak melalui internet.sudahkah keputusan diketahui sekarang?

  81. kalau begitu, ape yg perlu saya lakukan utk masuk mrsm?

  82. Raja Amir, Amirul;
    Rasanya semua pelajar yg berjaya sudah mengetahui keputusannya, dan sudah pun mendapat surat tawaran masuk MRSM, termasuk saya.
    Yg sebaiknya hubungilah MARA terus di talian yg telah Nilam berikan di atas.
    Selamat Maju Jaya…

  83. Farah Najihah says:

    bile nak keluar keputusan mrsm n mcm ne nak check keputusan mrsm?

  84. Farah Najihah,
    Keputusan MRSM(Agama) Kota Putra telahpun keluar baru2 ini,
    surat rasmi tawaran juga telah dikeluarkan..
    Tetapi jika MRSM biasa (yg bukan Agama), pada kebiasaannya
    akan keluar pd hujung bulan ini..
    Atau anda boleh mendapatkan kepastian dgn menghubungi MARA
    di talian 03-2691 5111 sambungan 3392/3765 ..
    Harap maklum dan Semoga Berjaya!

    Nilam,
    sekali lg sy memohon maaf jika sy ada mengganggu ‘site’ Nilam..
    Hehehe… Sy bknnya apa, cuma berniat untuk membantu Nilam..
    Sebab kebelakangan ini, Nilam kelihatan seperti agak sibuk
    sehinggakan tidak dpt membalas komen2.. Jadi saya mengambil
    kesempatan ini untuk membantu Nilam menjwb soalan dari mereka semua
    sementara sy masih ada di sini (belum masuk sekolah lg)..
    :-)

  85. Leeya, Raja Amir, Amirul dan Farah Najihah,
    Sila rujuk jawapan yang diberi oleh Aiysha.

    Man usm13,
    Waalaikumsalam.. Pada kebiasaannya mereka yang telah berjaya menerima tawaran ke SBP @ SBPI tidak akan mendapat tawaran ke Matrikulasi. Anda setakat ini baru dipanggil untuk temuduga, belum diterima masuk jadi masih ada peluang untuk mendapat Matrikulasi. Cuba hubungi MARA untuk menyemak status permohonan MRSM anda.

    Aiysha,
    Salam… Saya akan menanti cerita anda dari sana nanti… Anda boleh hantar cerita anda melalui Contact atau email.

    Tak mengapa… malah saya amat mengalu-alukan sokongan semua pihak untuk membantu pengunjung blog ini. Bukan semua pertanyaan saya boleh jawab terus jadi saya terpaksa bertanya dengan orang lain sebelum menjawab ini di sini. Ada ketika juga saya sibuk dengan urusan lain untuk menyemak blog ini setiap hari.

    Terima kasih Aiysha…

  86. saya nak tahu sangat keputusan mrsm…
    sebab saye dan kawan saye sahaja yang belum dapat mana-mana tawaran lagi…
    saya ada dua kawan baik tetapi kedua-keduanya sudah pergi berjauhan dgn
    saya….saya berasa sangat sunyi walaupun mempunyai ramai kawan…

    adakah markah upsr saya rendah walaupun saya dapat 5a??adakah markah saya hanya di antara 75% hingga 85% sahaja??

    saya berharap sangat supaya saya dapat tawaran ke mrsm….
    saya berharap sangat sangat!!

    :(

  87. saya ingin sangat nak memasuki mrsm kuala kubu bharu di selangor atau mrsm tun ghafar baba di melaka.bila dan dimana saya boleh mendapatkan maklumat untuk semakan tawaran mrsm 2009?Saya berasa sedih kerana tidak ditawarkan mane mane sekolah berasrama penuh.Tolonglah saya untuk memasuki mrsm tahun ini.kepetusan upsr saya ialah 5A.

  88. IMPIANKU_MRSM says:

    Askum,sy teringin sgt nk masuk mrsm..harap2 dapatlah coz sy x dpt sbp,harap2 mrsm dptlah….tolonglah jdkan impian sy ini menjadi kenyataan…

  89. askum sume..sesape yg dpt 5a dlm upsr 2008 tu congratzzz ye..sy teringn nk msk mrsm sgt2…wish my dream come true…keputusan mrsm tu ble nk kuar??lmbat lg x???

  90. Ika,
    Cuba hubungi MARA melalui telefon 03-2691 5111 sambungan 3392/3765 untuk menyemak keputusan pemohonan anda. Pertimbangan permohonan adalah berdasarkan faktor akademi, penglibatan ko-kurikulum dan latar belakang keluarga.
    Jika anda gagal mendapat tempat cuba membuat rayuan dan jika masih gagal cuba memohon untuk kemasukan ke tingkatan 4 nanti.

    Haziq dan Impianku MRSM,
    Hubungi MARA melalui telefon 03-2691 5111 sambungan 3392/3765 untuk menyemak keputusan pemohonan anda.

  91. tadi baru aje call, keputusan belum keluar lagi la. katanya minggu depan baru keluar, rasa cam dilema gak kalau dapat kat Besut, jauh tu, coz anak saya amir sekarang dah masuk Sekolah Agama Menengah walaupun saya nak masukkan dia mrsm. UPSR – 5A + PSRA – Jayyid Jiddan.

  92. saya telah mendapat sbp di smap labu ambilan yang kedua.adakah semakan permohonon saye untuk ke mrsm tahun ini tidak dapat atau tidak dilayan denagan serta merta.saya ingin sangat hendak ke mrsm.tolonglah saye.

  93. mcm mne saye nk chck twrn ke mrsm biasa

  94. Saya mendapat 5A utk UPSR2008 tetapi tidak memohon utk kemasukan kerana tarih permohonan telah pun tamat. Untuk pengambilan kedua dan ketiga, adakah borang baru diedarkan? Jika jawapannya tidak, adakah cara lain untuk memohon?

  95. Salam,

    Saya adalah bekas lulusan MRSM era 80an. Setelah mempunyai anak-anak sendiri, saya masih berminat untuk meneruskan legasi pembelajaran di MRSM melalui anak-anak pula lebih-lebih lagi dengan adanya MRSM Agama di Kota Putra ini. Namun, beberapa kemusykilan timbul yang memerlukan bantuan ….

    1. Salah satu faktor pemilihan ke MRSM ialah socio-ekonomi yang rendah. Memang tidak dinafikan saya bermula dari keluarga susah tetapi hasil didikan melalui MRSM akhirnya saya dapat mengubah nasib hidup dan kini keluarga saya (bersama anak-anak) bolehlah dikatakan senang, walaupun tidak mewah. Jadi, adakah keadaan saya sekarang akan mengurangkan peluang anak-anak saya ke MRSM (dari segi socio-ekonomi)?
    2. Apakah itu UPSRA dan apakah persamaan/perbezaannya dengan UPKelas KAFA? Siapa, bila dan di mana kedua-dua ujian ini diduduki?
    3. Anak-anak saya belajar di sekolah rendah agama swasta yang mempunyai intergrasi KBSR dan juga agama, tetpai saya tidak pasti adakah ianya UPSRA/KAFA. Adakah anak saya masih layak ke MRSM? Perlukah saya masukkan anak saya semula ke sekolah kebangsaan (anak saya tahun 5 2009) bagi melayakkannya ke MRSM?

    TQ

  96. Jikalau saya mendapat tawaran SBP yang tidak berada di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia.Adakah saya berpeluang memasuki MRSM?

  97. Ummi Amir,
    Mungkin boleh berbincang sekeluarga termasuk Amir jika mendapat tawaran ke MRSM.

    Haziq,
    Kemungkinan besar ya tetapi cuba hubungi MARA untuk kepastian.

    Naim 96,
    Buat masa ini belum boleh semak secara online, cuba hubungi MARA melalui telefon 03-2691 5111 sambungan 3392/3765.

    Azlanesa,
    Pengambilan kedua dan ketiga adalah untuk mereka yang telah memohon pada peringkat awal, tiada borang baru yang diedarkan. Walaupun begitu jika anda benar-benar berminat untuk memasuki MRSM cuba datang sendiri ke pejabat MARA untuk membuat rayuan.

    Hamdan Md Said,
    1.Setahu saya anak bekas pelajar MRSM akan mendapat keutamaan jika ada pengambilan kedua atau ketiga.
    2.Saya tidak mempunyai maklumat tepat mengenai perkara ini, mungkin ada pembaca lain yang boleh membantu
    3.Hanya pelajar Sekolah Kebangsaan, Sekolah Rendah Agama Negeri dan Sekolah Rendah Agama Rakyat sahaja yang akan dipertimbangkan untuk masuk ke MRSM Agama. Walaupun begitu cuba bertanya dengan pihak sekolah sekarang samada sekolah agama tersebut dikategori sebagai Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah Agama Rakyat.

    Zac9640,
    Jika selain daripada kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia masih ada peluang.

  98. Rohana Othman says:

    Assalamualaikum Nilam

    Anak saya yg sulung dapat UPSR (2007 ) 5A tapi memohon MRSM ditolak tapi sekarang dia dapat masuk kelas rancangan khas negeri selangor. Anak saya yg kedua, Nurul Hanani ( BG 1861044 ) dapat UPSR 5 A tahun 2008 dan dia pun memohon untuk masuk MRSM. Diharap dapat lah kiranya anak saya masuk sebab saya amat mengharap yg terbaik untuk kedua-dua anak saya.

    Bilakah keputusan ambilan MRSM untuk tahun 2009 ?

    Amin….

    salam…
    Rohana

  99. hafiz_kuantan says:

    Salam.Saya anak seorang polis dan mendapat 5A Dalam UPSR.Adakah saya akan mendapat kelebihan kerana abang saya sekarang menuntut di MRSM Kuala Kubu Bharu

  100. elmynur2322 says:

    salam..sy student mrsm..hurm.. mrsm agama??a good way to improve student lifestyle..for more islamic life..hurm..nevertheless..sy akui yg mrsm mmg mengambil berat tntg agama..by the way..keep up the good work..

  101. saya mndapat 5 a dlm upsr thn 2008.saya hrap saya dpt twran untuk msuk ke mrsm

  102. saya pun dpt 5 A jagak..
    tpi nk tnyer ble nk kuar tawarsn MRSM…
    bole semak dalam web kerh ek??

  103. bila keputusan nak keluar? saya tak sabar nak masuk mrsm ni.saya dah siap semuanya.tinggal daftar je. no siri omr 16321 .tolong semak and then send the answers 2 me

  104. madihah bt azmi says:

    assalamualaikum….sye bdk yg dpt 5a dlm upsr taun 2008….sye da pown semak tuk sbp tp sye x dpt…sye hendak brtnye 1 soalan bilakah keputusan kelayakan ke mrsm akn kuar??? sye hendak mengetahui dgn lbh detail lg…iaitu tarikh keputusan tersebut…sye mndpt thu ada sesetangah plajar yg mndpt 5a sdh pown menerima surat tawaran ke mrsm…adakah ia bnar??

  105. Mohon semak permohonan anak saya ke form 1. No. siri borang omr 22552. Sekian T. Kasih.

  106. Semakan ke MRSM dalam proses tapisan terakhir, akan diumumkan minggu depan dan bukan hujung bulan ni..menurut kenyataan terbaru yg di keluarkan oleh Bahagian Pendidikan Menengah Mara hari ni

  107. Rohana Othman,
    Waalaikumsalam… InsyaAllah akan dapat. Keputusan MRSM Agama telah pun dikeluarkan tetapi MRSM yang lain dijangka akan diumumkan minggu depan menurut salah seorang pembaca Fafazufa.

    Hafiz Kuantan,
    Salam… Biasanya pada pengambilan pertama semua permohonan akan diproses seperti biasa.

    Elmynur2322,
    Salam… terima kasih.

    Azib,
    InsyaAllah.

    Fyzah, Put3, Madihah dan Azaharpki,
    Menurut Fafazufa semakan boleh dibuat minggu depan manakala untuk MRSM Agama keputusan telah keluar.

    Fafazufa,
    Terima kasih…

  108. xkluaq lagi pun result MRSM????…..bila yeeee…

  109. bila nak kluar kputusan pmohonan mrsm?

  110. anak saya syahirah dpat 5a….so sye harap2 pmhonan sye dtrima..

  111. Sama2 lah kita berdoa semoga anak2 kita yang tk dapat tawaran ke SBP akan dapat tawaran ke MRSM…tahun lepas semakan blh dibuat pada 4 Februari…tahun ni pun mungkin dalam lingkungan tu juga lah…tarikh sebenar tidak diumumkan oleh pihak MARA…sama2lah kita layari laman web MARA mulai minggu depan untuk perkembangan selanjutnya. TQ

  112. madihah bt azmi says:

    terime kasih ats maklumat yg dberikan…sye harap keputusan tersebut akn kuar scepat mgkn…..sye ign brtnye jika peratus upsr sye 95%,adakah itu peluang yg lbih cerah bg sye tuk memasuki mrsm??

  113. Tajul dan Ierah,
    Dijangka minggu depan.

    Zulaili,
    InsyaAllah

    Fafazufa,
    Ya betul… terima kasih.

    Madihah,
    Perlu diingatkan pengambilan ke MRSM tidak berdasarkan pencapaian akademik semata-mata. Sememangnya jika akademik cemerlang peluang adalah lebih cerah.

  114. madihah bt azmi says:

    owh…trime kasih…penggambilan ake mrsm brdasarkbn kpd ape lg?? selain dri akedemik….

  115. madihah bt azmi,

    Berikut adalah maklumat pengiraan markah untuk pengambilan pelajar tingkatan satu MRSM yang diperolehi di web BPL (Menengah) MARA.

    AKADEMIK = 25%
    SES(SOCIO ECONOMIC STATUS) = 45%
    KO-KURIKULUM = 30%
    JUMLAH = 100%

    TQ

  116. Fafazufa,
    Terima kasih… anda banyak membantu.

  117. Bilakah keputusan kemasukan MRSM bagi Tingkatan 1 2009 boleh di ketahui? Bolehkah keputusan tersebut disemak online di website MRSM?

  118. madihah bt azmi says:

    fafazufa,
    trime kasih ats maklumat yg dberikn….
    sye harap sye dpt msuk ke dlm mrsm….-amin-
    congratzz kpd sesiape yg dpt twaran ke mrsm pd yg tdk dpt jgn putus asa

  119. Rosli Saad,
    Keputusan boleh disemak minggu hadapan mulai hari ini.

  120. BILA AGAKNYA KITA BOLEH SEMAK SECARA ONLINE??

  121. sedihnye sebab tawaran untuk ke mrsm bagi tingkatan 1 2009 tak dapat.tolonglah saye nilam.mrsm adalah tempat utame untuk saye melanjutkan pelajaran saye.kalau mase form 3,lame lgi.tolonglah saye.TOLONG LAH SAYA
    HAZIQ YANG
    MENGHARAP

  122. Haziq,
    Jangan lekas berputus asa… Biasanya MRSM mempunyai 3 pengambilan oleh itu saya syor anda segera membuat rayuan rasmi kepada pihak MARA. Pihak MARA pasti akan menerima banyak surat rayuan, jadi cuba sertakan surat sokongan dan salinan sijil2 yang telah disahkan. InsyaAllah anda akan terpilih untuk pengambilan kedua nanti.

  123. alhamdullilah,nilam….sy dpt g ke mrsm kuala krai…congratzz kpd sesiape yg dpt twaran ke mrsm pd yg tdk dpt jgn putus asa…peluang masih ada…

  124. Nilam,
    Nampaknya semakan ke MRSM keluar lebih awal dari apa yang diwar-warkan semalam.
    Tahniah kepada yang berjaya…dan kepada yang tidak berjaya cuba buat rayuan ke MARA kerana masih ada dua ambilan lagi untuk ke MRSM.

  125. Syahmin,
    Tahniah! Selepas mendaftar nanti dan bila ada kelapangan bolehlah berkongsi pengalaman belajar di MRSM Kuala Krai di blog ini.

    Fafazufa,
    Ya, tahniah kepada yang berjaya tetapi yang gagal jangan berputus asa sebab masih ada dua lagi ambilan.

  126. Mohon keputusan permohonan ke tkt 1. No siri borang OMR 22552. Sekian T. Kasih.

  127. aku dapat 5A tak dapat p0n….
    internet ni penipu!!!!!!

  128. alhmdulillah masuk mrsm yessssss!!!!!!!!!!!

  129. Adakah anak staf MRSM dipanggil ke MRSM walaupun anaknya mendapat 4a 1b?..subjek yang mendapat B itu adalah bahasa inggeris..

  130. Kenapa anak staf tak dpt masuk??Saya mendapat 4a 1b tapi tak dapat..saya harap agar pihak mrsm dapat memberi saya peluang..

  131. tolong laa sayaa!!!saya nak jadi seorang arkitek yg berjaya!!!pihak mrsm tolonglah saya…please

  132. haziq saba e..mungkin ada hikmah di sebalik kejadian..kita hanya merancang allah yg tentukan…haziq…mrsm tun ghafar baba hanya untuk form 4 and form 5 sahaja la..

  133. Kepade sesiape dpt tawaran ke mrsm tahun ini congratulations to your all.Harap kamu yg telah berjaye yg dpt mrsm tu,tolonglah doakan supaye saye dpt mrsm mane mane sahaje.impian saye yelah utk memasuki mrsm.betul gak kate kroll tu,mesti ade hikmah di sebalik kejadian.terima kasih kroll kerana memberi semangat kpd saye.terima kasih banyak banyak kroll.god bless you

  134. Azharpki,
    Keputusan boleh disemak di Keputusan Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 1 2009.

    e-kha,
    Bawa bersabar…

    Lea,
    Tahniah!!

    Mira,
    Silalah buat rayuan, rujuk Rayuan Kemasukan Ke Maktab Rendah Sains MARA untuk maklumat lanjut.

    Kroll,
    Betul tu…

    Haziq,
    InsyaAllah jika ada rezeki anda akan dapat semasa pengambilan kedua. Pastikan anda menghantar surat rayuan.

  135. saye telah diterima msok ke MRSM…. tp sye ingin menanyakan 1 soalan, di kolum d mane saye menyemak tawaran MRSM tersebut, mereka menyatakan tarikh mendaftar…. ade kah selepas saye mendaftar itu saye terus b’sekolah di MRSM(pade keesokan hari nye saye mendaftar)…

  136. Mat Org Kpg,
    Tahniah kerana telah berjaya diterima untuk belajar di MRSM. Ya, anda akan terus tinggal di asrama dan mula belajar di sana.

  137. madihah bt azmi says:

    alhamdullilah…sye pemohonan sye dtrima…amin…..yezzz…congratzz kpd ssiape yg dtrime…ade sesiape yg dpt msuk mrsm kpala batas?? sme dgn sye…hehehe

  138. Madihah,
    Alhamdullilah dan tahniah!!

  139. Madihah,

    Tahniah..semoga anda terus mencapai kecemerlangan..

    Ada sesiapa di sini yang ada info..bilakah tarikh keputusan rayuan ke SBP ambilan ke 2 akan diumumkan?

  140. Fafazufa,
    Dijangka pertengahan bulan ini, mungkin pada @ selepas 16 Februari.

  141. Alhamdulillah anak umi dapat tawaran ke MRSM Lenggong

  142. Umiabuya,
    Tahniah!!

  143. KU IZZAT IQHMAL B KU ISMAIL says:

    BILAKAH KEPUTUSAN AMBILAN KEDUA TINGKATAN 1 SBP AKAN DIUMUMKAN?

  144. kalau sains B dan matematik A boleh masuk ke?????????????????

  145. Ku Izzat Iqhmal,
    Dijangka pertengahan bulan ini.

    J,
    Kalau semua A peluang adalah lebih cerah.

  146. saya nak sngat masuk mrsm

  147. KU IZZAT IQHMAL B KU ISMAIL says:

    Nilam, adakah esok atau lusa diumumkan keputusan SBP tingkatan 1 ambilan kedua?

  148. Adilah,
    InsyaAllah akan dapat pengambilan kedua atau ketiga.

    Ku Izzat Iqhmal,
    Setakat ini belum ada apa2 maklumat daripada Kementerian Pelajaran.

  149. mekom….time kasik saya ucapkan kepada korang yg memberi semangat…saya tak dpt panggilan petame…mak saye dah antar borang rayuan..kalo ade rezeki mungkin dapat..korg semua tolong doakan ek…utk pengetahuan kepada sape2 yg bukak laman web ni,,senanya saya dari SKBB5.>>…ade gak budak sk saye yg dpt mcm suhaimi,farid,lisa,ikhwan n mazatull…aq ucapkan taniah kat korang yg telah berjayaa……ye laaa jadi seorang pelajar nie harus bersabarr..>_<..

  150. Mira,
    Waalaikumsalam… insyaAllah akan dapat.

  151. KU IZZAT IQHMAL B KU ISMAIL says:

    Nilam, keputusan SBP ambilan kedua tingkatan 1 dah keluar kat portal rasmi KPM.Terima kasih Nilam.

  152. AMIRUL DAUD says:

    assalamualaikum…
    saya ingin tanya.. kenapa saya tidak dapat MRSM sedangkan saya dah tunaikan syarat-syaratnya..
    bagaimana ini??
    sila jawab…

  153. farrox 4 eva says:

    assalamualaikum…
    Rakan saya teringin sangat masuk ke MRSM tetapi semua permohonan rakan saya ditolak.. Sedangkan rakan baik saya (Aisya Insyira) telah dapat memasuki sekolah tersebut dengan menggunakan satu permohonan… Adakah ini adil atau permohonan rakan saya ditolak mentah2???????Saya berasa kasihan melihat dia yang asyik termenung memikirkan hal ini…. Saya harap permohonannya kali ini diterima……………

  154. ape beza sekolah berasrama penuh (sbp) dengan sekolah berasrama penuh intergrasi (sbpi) . ape syarat untuk masuk ke sbp / sbpi…..?????????

  155. kepada encik nilam,arigatukkozaimaz saya ucapkan atas semangat yg tuan berikan…*_*..^_^

  156. pak cik nilam,,boleh saye tye???senanye pak cik nie pelajar atau seorang guru??>>>^_^<<<

  157. Amirul dan Farrox 4 eva,
    Waalaikumsalam… ada banyak faktor yang menentukan pemilihan ke MRSM ini, jadi walaupun kita memenuhi semua syarat kita akan terpilis. Bagi yang gagal mendapat tempat janganlah berputus asa kerana ini bukan penghujung dalam proses pembelajaran. Sentiasalah berusaha dan berdoa, insyaAllah dengan izinNya kita akan berjaya… kalau bukan sekarang mungkin di masa hadapan.

    Zarul,
    Secara amnya SBPI adalah SMKA yang dinaiktaraf ke SBP. Di SBPI ni suasananya seperti di SMKA dan terdapat 3 aliran iaitu Sains Tulin, Sains Tulin Agama dan Sains Teknikal.
    Syarat masuk SBP dan SBPI sama sahaja cuma SBPI memerlukan latarbelakang agama yang lebih sedikit.
    Harap mereka yang sedang belajar atau bekas pelajar SBPI boleh mengesahkannya, terima kasih.

    Mira,
    Sama2…. saya bukan seorang pelajar maupun seorang guru.

  158. abis2 pak cik nie sape???oooo orang penasihat ke???

  159. Mira,
    Saya orang biasa2 saja tapi kalau nak tahu lebih lanjut boleh jengok blog peribadi saya di Nukilan Jejari Azhad.

  160. Salam..
    Tahniah kepada sesiapa yg telah berjaya memasuki mana2 MRSM di seluruh Malaysia! Semoga berjaya menempuh hidup di sana!
    -Pelajar MRSM KoPu- =)

  161. macam mana nak tukar dari mrsm lain ke mrsm yang lain

  162. klu ada sesiapa tahu cara-cara nak tukar ke mrsm lain sila antar komen ye

  163. mekom,,,saya nk tanye bile panggilan ke mrsm yg ke-2???

  164. sakthivel says:

    y i didnt get mrsm even though i get 5a

  165. Aisyah,
    Begitu juga dengan anda Aisyah.

    Ajai,
    Penempatan MRSM adalah muktamad. Walaupun begitu anda boleh memohon pertukaran selepas mendaftar jika MRSM yang anda inginkan itu ada kekosongan dan anda mempunyai alasan yang kukuh untuk bertukar.

    Mira,
    Sila rujuk Keputusan Pengambilan Kedua MRSM Tingkatan 1 2009.

    Sakthivel,
    Bukan setakat pencapaian akademik yang dipertimbangkan, sila rujuk komen Fafazufa di atas.

  166. bulan 5 ade lagi panggilan ke????

  167. Mira,
    Tidak ada, pengambilan terakhir ialah dalam bulan April.

  168. alhamdulillah anak perempuan saya telah diterima masuk ke MRSM Pasir Salak,Perak bagi ambilan kedua.saya telah menggunakan alamat tetap iaitu alamat rumah ibu bapa saya di Petaling Jaya, Selangor bagi permohonan tersebut sedangkan saya sekarang tinggal di Sintok,Kedah kerana suami saya adalah kakitangan UUM.Pada borang MRSM saya telah meletakkan nama MRSM yg terdapat di negeri Kedah dan Perlis sebagai pilihan tetapi anak saya telah ditawarkan ke MRSM Pasir Salak,Perak.Saya ingin tahu adakah alamat rumah juga mempengaruhi penempatan ke MRSM?

  169. Mizas99,
    Saya tidak pasti samada alamat rumah mempengaruhi penempatan MRSM tetapi menurut laman web MRSM, kemampuan kewangan pemohon ada memberi kesan.

  170. saya telah mendapat 5a dlm upsr 2008.Saya telah membuat permohonan untuk pengambilan mrsm yg kedua tetapi tidak berjaya.Adakah saya perlu membuat rayuan untuk kemasukan ketiga?

  171. Bdk baik,
    Setakat ini tiada rayuan untuk pengambilan ketiga.

  172. Salam. Saya Khai. Saya tak puas hati kenapa orang yg ibu bapanya mampu(kaya) bleh dpt msk MRSM. Tak adil lah kalau mcm tu…..

  173. macam mana nak semak markah upsr??betul ker yg mendapat tempat di mrsm @ sbp hanya pelajar yg mendpt markah yg tinggi dlm upsr?adakah semua pelajar yg mendpt 5a dlm upsr(kecuali kpd mereka yg mendpt sbp@mrsm) akn mendapat tempat di dalam kelas rancangan khas???mengapa kwn saya(fazura) mendpt 5a,setiausaha kelab doktor muda,setiausaha kelab badminton,ajk pbsm, pengawas sekolah dan ayhnya seorang pesara tdk mendapat tempat di mrsm@sbp..sedangkan kwn saya(ju)yg juga mendpt 5a,tidak aktif dlm koko,ayh dan ibunya merupakan seorang doktor..mendpt tempat di sbp..????

  174. Khai dan Farah,
    Memang ada beberapa situasi yang menyebabkan beberapa pihak tidak berpuas hati mengenai pengambilan ke MRSM. Sila rujuk PENGAMBILAN PELAJAR – TINGKATAN 1 untuk membaca keterangan pihak MARA.

  175. Saya mendapat 5A DLM UPSR/08. Saya berminat nak masuk Mrsm Mukah. Tetapi kawan-kawan saya memberitahu bahawa MRSM Mukah akan dibuka tahun hadapan.Adakah pelajar seperti saya diterima masuk untuk Tingkatan 2/MRSM Mukah/10? Saya telah menolok tawaran ke SMS KUCHING hanya kerana untuk masuk ke MRSM Mukah. Saya berharap agar saya diterima masuk ke MRSM MUKAH. Saya juga berharap MRSM Mukah dibuka tahun ni,2009.

  176. Afifi,
    Saya tidak pasti pengambilan MRSM Mukah yang pertama adalah untuk tingkatan berapa. Saya juga tidak ada maklumat bila MRSM Mukah akan dibuka. Cuba hubungi MARA di talian 03-2691 5111 sambungan 3392/3765 untuk maklumat lanjut.
    Anda ada menyebut anda dapat SMS Kuching tetapi menolaknya. Untuk makluman anda mereka mendapat tawaran ke SBP, namanya akan dikeluarkan daripada senarai pertimbangan ke MRSM.

  177. Saya harap saya dapat masuk MRSM,MUKAH. Kenapa pelajar yang tersenarai ke SBP tidak dapat masuk MRSM??? tOLONGLAH….SAYA NAK SANGAT MASUK mrsm…plizz

  178. Afifi,
    Memang itu persetujuan antara pihak MARA dan KPM. Saya syorkan anda berhubung dengan pihak MARA untuk kepastian.

  179. kalau dpat 3a2b,bleh masuk mrsm x..??

  180. Sakinah,
    Agar sukar kecuali untuk kes-kes khas sahaja.

  181. aidil akmal says:

    macam mana nak mohon MRSM

  182. Aidil Akmal,
    Untuk masuk ke tingkatan 1 MRSM, anda perlu memohon selepas keputusan UPSR diumumkan. Untuk ke tingkatan 4 MRSM, anda perlu memohon selepas menduduki peperiksaan semestar 1 tingkatan 3 dan menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM.
    Maklumat lanjut sila rujuk Syarat Kemasukan Ke MRSM.

  183. pleez…cye nk msk MRSM….cye dpt 4A1B dlm UPSR…cye aktif dlm skan..adakah cye lyak?????

  184. BD,
    Anda sepatutnya memohon dalam tempoh dua minggu selepas keputusan UPSR diumumkan. Mereka yang mendapat 5A mempunyai peluang yang lebih cerah begitu juga jika aktif dalam ko-kurikulum dan sukan.

    Memandang anda telah terlepas peluang untuk memasuki tingkatan 1 MRSM , cuba mohon untuk masuk tingkatan 4 MRSM. Permohonan ke tingkatan 4 perlu dibuat selepas peperiksaan Semestar Satu tingkatan 3.

  185. saya dapat 4a 1b untuk percunaan boleh ke masuk mrsm

  186. Anas,
    Untuk masuk ke Tingkatan 1 MRSM anda perlu mendapat 5A semasa peperiksaan UPSR yang sebenar.

  187. kasuma kecewa says:

    salam..dulu time darjah enam sy tak tahu pun borang mrsm ada dijual..sebab time dulu2..mcm takda hebahan kt sekolah jer borang tue..smpai skrg impian nak masuk tempat belajar ada nama “sains’ tak tercapai..so camne..USM ada kursus pendidikan bimbingan dan kaunseling ker…@ kt UiTM???????????????

  188. Kasuma Kecewa,
    Salam… Mungkin belum ada rezeki lagi.
    Kalau saya tidak silap, USM ada kursus tersebut di bawah Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan tetapi di UiTM tak pasti pula.

  189. uPSr candidate says:

    hurm..nak masuk MRSM pergi laman web maner?? – UPSR 2009 CANDIDATE

  190. allhamdullillah insyaalah boleh masuk

  191. insyallah saya dapat 5a upsr supaya saya dapat mamasuki mrsm.saya berharap saya dapat memasuki mrsm di terengganu saya berharap pihak tuan mengizinkan saya dapat memasuki mrsm

  192. UPSR Candidate,
    Ketika ini laman web MARA tidak dapat dilayari. Apabila keadaan sudah pulih, saya akan semak dan maklumkan di sini.

    Ayadhx dan Asyran,
    InsyaAllah anda akan mendapat keputusan UPSR yang cemerlang dan dapat memohon serta diterima masuk ke MRSM.

  193. BORANG KEMASUKKAN KESEKOLAH ASRAMA PENUH TINGKATAN 1 2010 ,SEPERTI MRSM ATAU SAINS,DEKAT MANA BOLEH DAPAT

  194. UPSR Candidate,
    Permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 2010 MRSM masih belum dibuka. Biasanya akan dibuka pada hari pengumuman keputusan UPSR. Sila rujuk ePutra.com atau terus ke laman web MARA apabila keputusan UPSR hampir diumumkan.

    Azhar,
    Sila rujuk Permohonan Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 1 2010 untuk Sekolah Berasrama Penuh dan bagi MRSM sila rujuk jawapan kepada UPSR Candidate di atas.

  195. Aku nak masuk MRSM!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
    aku baru abis upsr taaaau…… harap dpt 5A1 utk membanggekan ibu bape aku dan utk dpt masuk MRSM!!!!!!!!!!!!

  196. fiyanti_afrina says:

    saye nak tanye, camne nak dapatkan borang kemasukkan MRSM? lagi 1, andaikata saya telah mendapat serta menerima tawaran ke Mrsm, boleh tak jika saya ingin bertukar ke Mrsm lain pada tingkatan 4 nanti?

    5A GURL IN PENANG!

  197. Adam,
    Salam… semoga anda akan berjaya.

    Fiyan,
    Permohonan ke Tingkatan 1 MRSM 2010 masih belum dibuka. Biasanya dibuka pada hari yang keputusan UPSR diumumkan.
    Berkenaan bertukar MRSM pada kebiasaannya memang tidak boleh kecuali jika mempunyai alasan yang kukuh.

  198. saye rasa mrsm ptot dibuke kepada 4 a 1 b jgk..if klu dye pnye koko dye baik..kte kne choose it……

  199. Shafiq
    Bagi MRSM Sabah dan Sarawak kelayakan memohon adalah 3A 2B dan ke atas. Bagi Semenanjung mereka yang mendapat 5A sahaja yang layak memohon. Tempat yang disediakan amat terhad tetapi mereka yang memohon terlalu ramai.

  200. Saya pelajar SBP lepasan PMR berminat menyambung pelajaran di mana-mana maahad tahfiz yang terbaik di negeri Kelantan atau Terengganu.Bagaimanakah caranya?

  201. Maahad manakah yang menawarkan pelajaran Sains tulen ?

  202. kalau org kristian tak bleh masuk kaa???

  203. nelly a.k.a natalia inanie.. says:

    erm..alhamdulillah..
    nelly da dpt result..n..kptsn nyer..nelly dpt 5a..so..nelly da wat prmhnan..nelly mohon tkc n mrsm..guys..wish me luck k..!
    bubyez!

  204. Faris,
    Saya tidak mempunyai maklumat tersebut. Mungkin anda boleh berhubung terus dengan Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan di talian 09-741 8001 dan Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu di talian 09-624 4500 untuk mendapat maklumat lanjut.

    Akuw,
    Memang boleh.

    Nelly,
    All the best!!

  205. Iffah Aisyah says:

    kalau saya dpt 5b boleh masuk MRSM tak

  206. BILA BOLEH MULA MENYEMAK KEPUTUSAN TEMUDUGA MRSM KOTA PUTRA UNTUK TGKATAN 1 2011? TQ