Para pelajar yang telah memohon untuk memasuki Tingkatan 1 di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) sudah boleh menyemak keputusan permohonan mereka secara online mulai hari ini.
Semakan ini boleh dibuat dengan menggunakan angka giliran UPSR. Terdahulu Ketua Pengarah Mara, Datuk Nam Marthinin berkata jumlah permohonan yang diterima bagi pengambilan tahun ini berjumlah kira-kira 23,000 menyaksikan persaingan sengit bagi merebut tempat ke MRSM.
Menurut beliau hanya seramai 5,320 pelajar tingkatan satu dan empat akan dipilih untuk memasuki 40 MRSM di seluruh negara penghujung bulan Februari ini, meningkat sebanyak 300 pelajar berbanding tahun sebelumnya.
Sila kunjungi laman web Keputusan Kemasukan Ke Tingkatan 1 MRSM Tahun 2009 untuk menyemak permohonan anda. Tahniah kepada mereka yang berjaya!
Bagi yang tidak berjaya anda boleh membuat rayuan dengan menghantar surat rasmi berserta sijil-sijil yang telah disahkan dan surat sokongan lain jika ada.
Para pelajar yang memohon untuk ke Tingkatan 4 MRSM pula dijangka akan mengetahui keputusan permohonan mereka minggu hadapan mulai 31 Januari 2009.
Sila rujuk Rayuan Kemasukan Ke Maktab Rendah Sains MARA untuk maklumat membuat rayuan.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!Related posts
Sponsors







Confuse ni .. apakah details syarat masuk ke MRSM .. anak saudara saya ni ..
dapat UPSR = 5A .. Anak yatim piatu … tinggal di perkampungan .. tapi tak berjaya atau tak ditawarkan ke mane2 Asrama penuh dan MRSM .
So … boleh ke buat rayuan … kalau boleh .. apakah caranye ? . TQ