Anugerah Biasiswa Felda Global Ventures Holdings Berhad menyediakan peluang pendidikan kepada masyarakat terutama anak-anak muda Malaysia yang berazam untuk berjaya dalam bidang masing-masing dengan menyambung pelajaran sepenuh masa di institut pengajian tinggi ternama di luar negara.
Bidang Pengajian
- Kejuruteraan
- Bioteknologi
- Perakaunan
- Kewangan
- Teknologi Maklumat
- Pemasaran Antarabangsa
Kelayakan Akademik
Kejuruteraan dan Bioteknologi
- Keputusan SPM 2012 dengan sekurang-kurangnya 9A termasuk subjek Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan, Matematik Moden, Fizik/ Kimia/ Biologi dan mana-mana matapelajaran berkaitan dengannya.
Perakaunan, Kewangan, Teknologi Maklumat dan Pemasaran Antarabangsa
- Keputusan SPM 2012 dengan sekurang-kurangnya 9A termasuk subjek Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik Moden/ Perakaunan/ Matematik Tambahan, Sains/ Fizik/ Kimia/ Biologi dan Sejarah/ Geografi.
Syarat Lain
- Berumur tidak melebihi 18 tahun pada 31.12.2013.
- Menonjolkan kemahiran kepimpinan melalui penyertaan aktif dalam aktiviti kokurikulum.
- Jawatankuasa Pemilihan Felda Global Ventures Holdings Berhad berhak memilih calon-calon yang layak dan semua keputusan adalah muktamad.
- Pemilihan kursus adalah terhad kepada jurusan yang ditawarkan dan tertakluk kepada keputusan Jawatankuasa Pemilihan.
- Jawatankuasa Pemilihan berhak untuk meminda/menukar kriteria kelayakan bilamana perlu.
- Calon-calon yang tidak layak, permohonan yang tidak lengkap dan permohonan yang diterima selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan.
Kaedah Permohonan
- Permohonan perlu dibuat secara online melalui laman web Permohonan Biasiswa Felda Global Ventures Holdings Berhad.
- Setiap pemohon mestilah mempunyai emel peribadi masing-masing.
- Permohonan perlu dibuat secara online sepenuhnya dengan mendaftar sebagai pengguna sistem.
- Permohonan secara manual tidak akan diproses.
- Borang permohonan yang lengkap diisi dan dihantar perlu dicetak dan ditandatangani serta dibawa bersama semasa menghadiri sesi temuduga.
Temuduga
- Pemohon yang dipanggil temuduga dikehendaki membawa dokumen asal serta salinan dokumen yang telah disahkan iaitu kad pengenalan, slip SPM 2012, sijil-sijil akademik, sijil-sijil ko-kurikulum, sijil kelahiran, kad pengenalan ibu dan bapa, borang EA atau slip gaji ibu dan bapa serta sekeping gambar berukuran pasport.
- Hanya pemohon-pemohon yang disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk ditemuduga.
- Keputusan permohonan akan dimaklumkan kepada pemohon melalui emel.
Tarikh Tutup
Permohonan Biasiswa Felda Global Ventures Holdings Berhad bagi tahun 2013 ini akan ditutup pada 7 April 2013.
Maklumat
- Maklumat di atas cuma ringkasan sahaja, sila rujuk Anugerah Permohonan Biasiswa Felda Global Ventures Holdings Berhad untuk lebih terperinci.
- Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan biasiswa ini sila hubungi;
- Ketua Pengambilan dan Perhubungan Universiti
Felda Global Ventures Holdings Berhad,
Tingkat 42, Menara Felda,
Platinum Park,
No 11, Persiaran KLCC,
50088 Kuala Lumpur
T +603 2859 0000
F +603 2859 1999
E fgv.enquiries@feldaglobal.com
- Ketua Pengambilan dan Perhubungan Universiti