Biasiswa Felda Global Ventures Berhad 2013

Anugerah Biasiswa Felda Global Ventures Holdings Berhad menyediakan peluang pendidikan kepada masyarakat terutama anak-anak muda Malaysia yang berazam untuk berjaya dalam bidang masing-masing dengan menyambung pelajaran sepenuh masa di institut pengajian tinggi ternama di luar negara.

Bidang Pengajian

Biasiswa Felda Global Ventures Holdings Berhad

  • Kejuruteraan
  • Bioteknologi
  • Perakaunan
  • Kewangan
  • Teknologi Maklumat
  • Pemasaran Antarabangsa

Kelayakan Akademik

Kejuruteraan dan Bioteknologi

  • Keputusan SPM 2012 dengan sekurang-kurangnya 9A termasuk subjek Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan, Matematik Moden, Fizik/ Kimia/ Biologi dan mana-mana matapelajaran berkaitan dengannya.

Perakaunan, Kewangan, Teknologi Maklumat dan Pemasaran Antarabangsa

  • Keputusan SPM 2012 dengan sekurang-kurangnya 9A termasuk subjek Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik Moden/ Perakaunan/ Matematik Tambahan, Sains/ Fizik/ Kimia/ Biologi dan Sejarah/ Geografi.

Syarat Lain

  • Berumur tidak melebihi 18 tahun pada 31.12.2013.
  • Menonjolkan kemahiran kepimpinan melalui penyertaan aktif dalam aktiviti kokurikulum.
  • Jawatankuasa Pemilihan Felda Global Ventures Holdings Berhad berhak memilih calon-calon yang layak dan semua keputusan adalah muktamad.
  • Pemilihan kursus adalah terhad kepada jurusan yang ditawarkan dan tertakluk kepada keputusan Jawatankuasa Pemilihan.
  • Jawatankuasa Pemilihan berhak untuk meminda/menukar kriteria kelayakan bilamana perlu.
  • Calon-calon yang tidak layak, permohonan yang tidak lengkap dan permohonan yang diterima selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan.

Kaedah Permohonan

  • Permohonan perlu dibuat secara online melalui laman web Permohonan Biasiswa Felda Global Ventures Holdings Berhad.
  • Setiap pemohon mestilah mempunyai emel peribadi masing-masing.
  • Permohonan perlu dibuat secara online sepenuhnya dengan mendaftar sebagai pengguna sistem.
  • Permohonan secara manual tidak akan diproses.
  • Borang permohonan yang lengkap diisi dan dihantar perlu dicetak dan ditandatangani serta dibawa bersama semasa menghadiri sesi temuduga

Temuduga

  • Pemohon yang dipanggil temuduga dikehendaki membawa dokumen asal serta salinan dokumen yang telah disahkan iaitu kad pengenalan, slip SPM 2012, sijil-sijil akademik, sijil-sijil ko-kurikulum, sijil kelahiran, kad pengenalan ibu dan bapa, borang EA atau slip gaji ibu dan bapa serta sekeping gambar berukuran pasport.
  • Hanya pemohon-pemohon yang disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk ditemuduga.
  • Keputusan permohonan akan dimaklumkan kepada pemohon melalui emel.

Tarikh Tutup

Permohonan Biasiswa Felda Global Ventures Holdings Berhad bagi tahun 2013 ini akan ditutup pada 7 April 2013.

Maklumat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.