Biasiswa UEM 2013 – Luar Negara

Program Biasiswa UEM adalah program tahunan yang menyokong objektif negara untuk mewujudkan cendekiawan elit dan berfungsi sebagai rantaian bekalan bakat dalam membangunkan pemimpin masa depan negara. Program ini menawarkan biasiswa bagi rakyat Malaysia yang layak dengan pancapaian yang cemerlang dan tinggi.

UEM menawarkan dua jenis biasiswa iaitu;

  1. Biasiswa Pengajian Luar Negara

    • Permohonan biasiswa ini dibuka dalam bulan Mac/April.

    • Pengajian pra-universiti A-Level di Kolej Yayasan UEM (KYUEM) dan pengajian Sarjana Muda di universiti-universiti terkemuka terpilih luar negara.

  2. Biasiswa Pengajian Dalam Negara

    • Permohonan biasiswa ini dibuka dalam bulan Ogos/September

    • Pengajian Sarjana Muda di IPTA / universiti awam tempatan terpilih.

Biasiswa UEM – Luar Negara

Mereka yang terpilih akan megikuti program pra-universiti di KYUEM di Lembah Beringin dan meneruskan pengajian di sebuah universiti ternama di luar negara termasuk UK, Amerika Syarikat atau Australia.

Biasiswa UEM

Bidang Pengajian

Biasiswa UEM ini adalah untuk bidang pengajian berikut;

  • Perniagaan (Kewangan / Pengurusan Perniagaan / Perakaunan / Ekonomi)
  • Alam Bina (Ukur Bahan / Perancang Bandar / Ukur Tanah / Perkhidmatan Bangunan / Pengurusan Bangunan)
  • Kejuruteraan (Awam / Mekanikal)

Semua kursus adalah tertakluk kepada kelulusan pemegang amanah.

Kelayakan Memohon

  • Warganegara Malaysia.
  • Pelajar Tingkatan 5 pada tahun 2012.
  • Mempunyai rekod cemerlang akademik semasa di Tingkatan 4 & 5.
  • Mendapat tidak kurang daripada 7 A + / A dalam mata pelajaran yang berkaitan dalam peperiksaan SPM 2012.
  • Penguasaan yang baik dalam Bahasa Inggeris.
  • Rajin dan mempunyai personaliti yang positif.
  • Mempunyai rekod kokurikulum yang cemerlang akan memberi kelebihan.

Syarat Tambahan

  • Pemohon tidak boleh terikat dengan institusi atau organisasi lain.
  • Pemohon yang berjaya tidak boleh menerima sebarang biasiswa atau lain-lain bentuk bantuan kewangan daripada sumber-sumber lain selagi perjanjian dengan Kumpulan UEM masih berkuat kuasa.

Permohonan

  • Permohonan biasiswa ini perlu dibuat secara online di Permohonan Biasiswa UEM.
  • Pemohon perlu melengkapkan semua butiran yang dinyatakan di laman web permohonan.
  • Hanya permohonan yang dikemukakan secara online akan diterima.
  • Semua borang permohonan yang dikemukakan secara online hendaklah dicetak oleh pemohon dan mesti diakui secara sah oleh kakitangan kerajaan Kumpulan A atau ADUN / Ketua JKKK / Ketua Kampung.

Tarikh Tutup

Permohonan Biasiswa UEM – Luar Negara 2013 ini akan ditutup pada 7 April 2013.

Temuduga

  • Hanya pemohon yang disenarai pendek akan dimaklumkan melalui panggilan telefon untuk temuduga.
  • Pemohon-pemohon yang disenarai pendek perlu membawa sijil asal beliau semasa temuduga.

Maklumat

Maklumat di atas adalah ringkasan sahaja, sila rujuk laman web Biasiswa UEM.

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan Biasiswa UEM –Luar Negara ini sila hubungi talian 03 2727 6850 / 6511/ 6847 atau emel: scholarship.info@uemnet.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.