Biasiswa JPA Bagi Lepasan SPM 2007

Pada setiap tahun, kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) menawarkan biasiswa kepada pelajar cemerlang untuk melanjutkan pelajaran di luar negara di peringkat Ijazah Pertama. Penawaran biasiswa ini diteruskan pada tahun 2008 dengan memberi fokus kepada bidang-bidang kritikal seperti Perubatan, Pergigian, Farmasi, Sains Perubatan Veterinar, Kejuruteraan, Sains & Teknologi serta bidang Sains Sosial yang diperlukan oleh perkhidmatan awam dan negara.

Sejajar dengan pelaksanaan RMK9 dan pembangunan modal insan dalam bidang yang terpilih, kerajaan telah menambah bilangan biasiswa sebanyak 200 tempat. Ini menjadikan jumlah keseluruhan bilangan biasiswa yang disediakan bagi tahun 2008 adalah sebanyak 2,000 tempat. Jumlah peruntukan yang akan dibelanjakan oleh kerajaan bagi membiayai 2,000 pelajar sepanjang tempoh pengajian adalah dianggarkan sebanyak RM 1.74 bilion.

Maklumat dan syarat asas untuk Program Ijazah Luar Negara adalah seperti berikut:

  • Terbuka untuk calon lepasan SPM yang memperolehi keputusan cemerlang
  • Umur belum mencapai 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember 2007
  • Calon perlu melalui proses temuduga, dan
  • Calon yang berjaya akan mengikuti kursus persediaan di pusat-pusat pengajian yang ditetapkan oleh JPA.


Kriteria yang digunapakai untuk pemilihan/penawaran biasiswa kerajaan/JPA adalah seperti berikut:

  • Pencapaian akademik
  • Penglibatan dalam kegiatan ko-kurikulum
  • Prestasi temuduga, dan
  • Sosio-ekonomi / Latarbelakang keluarga.

Kaedah permohonan adalah sepenuhnya secara on-line (atas talian) melalui portal www.jpa.gov.my dan tiada sebarang bayaran dikenakan.

Program Ijazah Luar Negara (PILN) 2008 adalah dibuka khusus kepada lepasan SPM tahun 2007 yang memperolehi keputusan yang cemerlang. Pada tahun 2007, seramai 439,225 orang calon telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berbanding seramai 438,132 orang pada tahun 2006.

Peningkatan bilangan calon ini dijangka akan menjadikan PILN 2008 lebih kompetitif. Ini kerana pada tahun 2007, JPA telah menerima sebanyak 12,499 permohonan dan daripada jumlah tersebut sebanyak 746 permohonan diterima daripada kalangan calon yang mendapat keputusan 1A dalam semua matapelajaran SPM tahun 2006.

Setiap tahun PILN menjadi tumpuan banyak pihak sehingga mewujudkan pergantungan harapan yang tinggi terutamanya di kalangan calon dan juga ibu bapa. Dua bidang yang paling popular di kalangan calon ialah Kejuruteraan dan Perubatan. Manakala itu, negara pengajian pilihan oleh majoriti calon/pelajar ialah United Kingdom, Australia dan New Zealand.

Calon-calon dinasihatkan supaya membuat pilihan secara bijak dan memberi perhatian kepada perkara-perkara seperti berikut:

  • Kriteria pemilihan – peluang adalah lebih tinggi bagi calon yang mendapat gred 1A bagi 9 mata pelajaran dan aktif di dalam kegiatan ko-kurikulum berbanding dengan calon yang mendapat gred 1A bagi 15 mata pelajaran tetapi tidak aktif di dalam kegiatan ko-kurikulum;
  • Kursus/bidang – selain perubatan, terdapat banyak lagi bidang kritikal yang ditaja iaitu Pergigian, Farmasi dan Sains Perubatan Veterinar. Di samping itu tajaan juga diberikan kepada bidang lain seperti Ekonomi, Senibina dan Perakaunan yang juga amat diperlukan oleh negara dan perkhidmatan awam;
  • Pilihan kursus – calon hendaklah memilih kursus pengajian yang bersesuaian dengan kelayakan SPM yang dimiliki
  • Negara – penetapan negara tempat pengajian adalah menjadi hak JPA/penaja. Calon adalah dinasihatkan agar menerima keputusan penaja kerana apa yang penting adalah matlamat utama iaitu untuk melanjutkan pengajian. Semua kursus di negara-negara yang ditaja oleh JPA adalah of good standing dan diiktiraf. Sebagai contoh pelajar yang bergraduat dalam bidang Perubatan di Indonesia, India dan Rusia akan tetap dilantik sebagai Pegawai Perubatan sepertimana mereka yang bergraduat daripada Ireland atau United Kingdom.

Iklan tawaran akan diisiarkan menerusi portal www.jpa.gov.my dan juga akhbar-akhbar utama tempatan pada 9 hb, 10 hb, 12 hb dan 16 hb Mac 2008 dan calon perlu merujuk ke portal www.jpa.gov.my untuk mendapatkan butiran tawaran dan syarat kelayakan PILN 2008 yang akan mula dibuka pada 9 Mac 2008.

Permohonan secara atas talian (on-line) boleh dibuat mulai tarikh keputusan SPM 2007 diumumkan secara rasmi.

Mulai tahun 2007, JPA melaksanakan ketetapan bajet untuk memberi pertimbangan khas calon yang cemerlang di dalam SPM dan berasal daripada keluarga yang berpendapatan rendah. Bagi calon yang mendapat 10 1A dan memenuhi syarat-syarat PILN serta syarat pendapatan keluarga tidak melebihi RM1500 sebulan akan ditawarkan biasiswa secara automatik. Walau bagaimanapun, calon masih perlu mematuhi peraturan dan kriteria PILN dan melalui proses temuduga seperti calon-calon lain.

Calon-calon yang memenuhi syarat-syarat dan kriteria PILN serta memiliki kelayakan bahasa asing seperti bahasa Jerman, Perancis atau Jepun akan diberi pertimbangan sewajarnya sekiranya memohon program pengajian ke negara-negara berkenaan. Program Pendedahan Kerjaya Seorang Doktor akan diadakan pada 24 hingga 28 Mac 2008 di hospital-hospital kerajaan yang akan ditetapkan oleh JPA. Calon yang memohon untuk mengikuti program perubatan adalah diwajibkan menghadiri program ini.

Calon-calon yang berjaya akan mengikuti kursus persediaan di pusat-pusat pengajian yang ditetapkan oleh JPA. Calon juga perlu mencapai had kecemerlangan (cut-off point) yang ditetapkan, rekod kehadiran kelas melebihi 90% dan tidak mempunyai rekod disiplin bagi membolehkan calon diteruskan tajaan ke universiti-universiti di luar negara.

Pemakluman awal ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada bakal calon/pelajar akan senario permohonan, kriteria pemilihan, had penawaran dan saingan serta persediaan yang perlu dihadapi oleh setiap orang calon/pelajar bagi mendapatkan tawaran biasiswa kerajaan yang diuruskan oleh JPA.

Tanggapan umum bahawa prestasi akademik adalah jaminan dan menjadi faktor penentu untuk calon mendapatkan biasiswa khususnya untuk PILN adalah tidak tepat. Harapan JPA adalah agar calon yang tidak berjaya tidak membuat perbandingan dengan calon yang lain dan mempersoalkan kenapa ianya tidak ditawarkan biasiswa atas alasan mencapai prestasi akademik yang cemerlang.

Bersandarkan kepada faktor-faktor seperti bilangan permohonan yang tinggi di kalangan calon yang cemerlang serta bilangan biasiswa yang terhad, JPA berpendapat PILN 2008 akan terus menjadi amat kompetitif. JPA dengan ini menasihatkan calon serta ibu-bapa agar bersedia dan turut berusaha untuk mendapatkan sumber-sumber penajaan yang lain. Di samping itu, calon-calon yang tidak berjaya mendapat biasiswa di bawah PILN masih berpeluang untuk mendapat tajaan JPA di IPT dalam negara.

Maklumat umum berkaitan penawaran biasiswa kerajaan/JPA juga boleh diperolehi dengan menghubungi talian 03-88853412 (5 talian) mulai 10 Mac 2008 ataupun hadir sendiri di kaunter-kaunter Bahagian Latihan, JPA sempena Program JPA Bersama Pelanggan pada setiap hari Jumaat terakhir setiap bulan bertempat di Lobi, Blok C2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya mulai jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari.

MAKLUMAN :

Tawaran Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Bagi Mengikuti Pengajian Peringkat Diploma Dan Ijazah Sarjana Muda Di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) Dalam Negara Bagi Sesi 2008/2009 telah dibuka mulai 22 Jun 2008. Tarikh tutup permohonan adalah 13 Julai 2008.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Subscribe / Share

Article by Azhad Nilam

ePutra cuba membantu menyampaikan maklumat yang berkaitan dengan pendidikan di Malaysia. Semua maklumat di sini boleh digunakan semula tetapi sila buat pautan atau rujukan kepada ePutra.com. Terima kasih. Azhad Nilam tagged this post with: , , , Read 321 articles by Azhad Nilam
72 Comments Post a Comment
  1. nilam says:

    abc,
    Kalau saya tak silap bagi lepasan Pra-Sains kelayakan minimum CGPA ialah 3.30. Walaupun begitu untuk kepastian cuba hubungi 03 8885 3049 dan rujuk Biasiswa JPA Bagi Pengajian Dalam Negara 2008 kerana tarikh tutup permohonan adalah hari Ahad ini 13 Julai 2008.

  2. alie says:

    saya telah dapat menyambung pelajaran peringkat degree teknologi bahan di ipta bagi sesi julai 2008. saya telah memohon biasiswa jpa melalui kelayakan diploma. tapi pada 16julai 2008, saya dapat tawaran penukaran kursus kepada teknologi perladangan. namun tarikh tutup mengemaskini sudah terlepas. adakah penukaran kursus tersebut menjejaskan tajaan jika saya terpilih untuk mendapat tajaan tersebut.

  3. nilam says:

    alie,
    Tahniah kerana telah berjaya mendapat tempat untuk melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah.
    Penukaran kursus tidak akan menjejaskan peluang anda sekiranya ianya masih merupakan salah satu bidang yang disenaraikan untuk penajaan.

  4. shahrul says:

    askum saudara/saudari nilam..
    saya adalah pelajar lepasan asasi undang2 uitm s.alam 2007/2008
    dan sekarang telah mendapat tempat melanjutkan pelajaran ke ukm dalam ijazah undang2…saya telah memohon biasiswa dalam negara..
    saya mendapt 3.75…adakah kedudukan saya selamat untuk mendapt tajaan jpa…kerana bidang saya adalah undang2…
    sangat mengharpkan penjelasan….tq saudara/saydari nilam..

  5. nilam says:

    shahrul,
    Waalaikumsalam, tahniah kerana telah menamatkan asasi undang2 dan sekarang sedang melanjutkan pelajaran di UKM.
    InsyaAllah saudara akan dapat tajaan daripada JPA kerana telah memenuhi syarat minimumnya iaitu mempunyai CGPA melebihi 3.50 dan undang2 adalah salah satu bidang yang ditaja di bawah kategori Sastera Iktisas.
    Sila rujuk Biasiswa JPA Bagi Pengajian Dalam Negara 2008 untuk maklumat lanjut.

  6. shahrul says:

    tq nilam…
    website ini sunnguh efektif untuk mengutarakan soalan dan permasalhan..
    tq kpd jwpn td…
    bilakan tarikh pengumuman keputusan tajaan dalam negara akan dikeluarkan..jpa telah mengatakan minggu ketiga bulan ogos..
    bilakh tarikh yg tepat??maaf kerana terburu2..tapi saya begitu exited..
    hahaha…tq nilam skali ag..

  7. shahrul says:

    td nilam ada mengatakan bahawasanya saya berpeluang untuk mendapatka tajaan jpa.. kerana pointer saya adalah 3.75 dan undang2 adalah satu bidang tajaan jpa..sekiranya nilam dapt memberikan berapakah peratus untuk saya berjaya mendapatkan tajaan jpa…mgkin 50% 50% ataupun apa pendapat nilam sbgai kakitangan jpa..dan adakah jpa mengambila kira jumlah tanggungan keluarga dan pendapatan??hal ini adalah kerana ada pelajar undang2 yang juga lepasan asasi mendapt pointer3.84 tidak mendapat tajaan..

  8. nilam says:

    shahrul,

    Terima kasih…

    Saya sendiri tidak mengetahui tarikh yang tepat, harap bersabar dan selalu jenguk ke sini ataupun laman web JPA.

    Saya juga tidak dapat memberi peratus peluang Sharul akan mendapat tajaan tersebut kerana saya bukan kakitangan JPA. Ada kemungkinan pihak JPA mengambil kira latar belakang keluarga semasa mereka membuat pemilihan.

    Saya ada menghantar e-mail kepada JPA bertanya berkenaan tarikh keputusan akan diumumkan dan kriteria pemilihan tetapi setakat ini mereka belum menjawabnya.

  9. swee aun says:

    hye,,
    bila keputusan tajaan jpa dalam negeri utuk ijazah pertama akan diumumkan??apakah kriteria pemilihan>>adakah mengambil kira latar belakang keluarga??
    saya adalah jurusan undang2..apakah kelayakn cgpa yang akan ditaja oleh jpa??setahu saya adalah 3.5..tetapi ramai yg pelajar jurusan undang2 tidak mendapat tajaan walaupun telah mendapat 3.5 dan ke ats..tq??

  10. nilam says:

    swee aun,
    Saya ada menerangkan tentang perkara ini bila menjawab komen dari shahrul.
    Di samping itu saya ada menghantar e-mail kepada JPA untuk penjelasan lanjut tetapi setakat ini belum ada maklum balas.

  11. hvsna says:

    a’kum. sy nk hebahkn keputusan biasiswa dlm negara dah boleh disemak di http://esilav2.jpa.gov.my/ . alhamdulillah sy berjaya. cume nk tny, adkh pihak jpa akn btlkn twaran mereka klo mereka tao sy skarng di bwh pinjaman ptptn? sbb syarat die dlu, tdk boleh ditaja oleh mn2 pihak. tp ms tu x sure dpt ke x scholar jpa ni so sy mntk je ptptn dlu. mcm mn ye? adekah ptptn satu bntuk penajaan? pls let me know. tq!

  12. pok jak tiup says:

    saya juga berjaya mendapatkan tajaan jpa dl negara…
    saya juga memohon ptptn…..tidak ada apa yang perlu dirisaukan…kerana….
    ptptn akan mengeluarkan borang pembatalan kontrak….contohnya…saya akan menamatkan kontrak dengan ptptn…dan juga ingin memohon untuk menagguhkan bayaran balik sejumlah wang bernilai 5000 yang telah ptptn berikan pada sem ni..
    hal ini bermakna saya akan menamatkan kontrak tetapi masih berhutang dengan ptptn sebanyak 5000…akan saya jelaskan hutang itu ketika tamay pengajian nanti,,,

    tahniah huvna..
    dan juga eputra,,,nilam..

  13. nilam says:

    hvsna,
    Terima kasih dengan maklumat terbaru ini.

    pok jak tiup,
    Terima kasih kerana berkongsi pengetahuan anda di sini.

  14. roogmc says:

    Hi dan salam sejahtera..
    Saya hanya ingin bertanyakan satu soalan mengenai kontrak yang telah wujud diantara saya dengan KPM melalui Bahagian Matrikulasi. Terlebih dahulu saya ingin menjelaskan bahawa saya adalah pelajar dibawah tajaan KPM dan telah dipilih oleh Bahagian Matrikulasi melalui PPC. Soalan saya, setelah saya menamatkan pengajian saya bolehkan saya memohon untuk membatalkan kontrak dengan penaja saya dan membayar balik kesemua wang tajaan?? Jikalau boleh, apakah prosedur yang perlu saya lalui??

    Saya telah menerima beberapa tawaran untuk bekerja di UK setelah tamat pengajian namun yang demikian saya telah memberitahu pihak2 terbabit mengenai situasi saya dan pada masa sekarang saya sedang mempertimbangkan tawaran2 ini dan juga ingin mendapatkan pandangan dari pihak KPM dan Bahagian Matrikulasi.. Terima Kasih

  15. nilam says:

    roogmc,
    Salam… Sepatutnya tentulah boleh asalkan anda membayar balik wang tajaan tersebut. Cara terbaik untuk mengetahui langkah-langkah yang perlu dilakukan ialah dengan menghubungi pihak yang terbabit.

    Bahagian Tajaan Pendidikan, Kementerian Pelajaran boleh dihubungi di talian telefon 03-88847071 atau 03-88886293 atau emel sub@bb.moe.gov.my
    Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran boleh dihubungi di talian telefon 03-88844002 atau faks 03-88844028 atau emel pgrh@bm.matrik.edu.my

  16. roogmc says:

    @Nilam–>Terima kasih.. saya akan cuba untuk meghubungi mereka..

  17. nilam says:

    roogmc,
    Sama-sama…

  18. noor says:

    salam…
    saya adalah pelajr diploma thn akhir di salah sebuah ipta.
    bolehkah sekiranya sy ingin memohon biasiswa @ pinjaman jpa@mara bagi melanjutkan ijazah pertama saya di universiti luar negara??
    bagaimanakh caranya dan apakah syarat2nya???

  19. ct says:

    Salam..
    sy nak tanya..kalau cgpa sy bwah drpd 3.30 tp sy ingin tuk memohon
    biasiswa..adakah sy boleh mencuba?
    dan bila tarikh permohonan biasiswa bagi pelajar tahun ke-2 seperti sy akan dikeluarkan?
    dan bagi lepasan spm 2008,bila mereka boleh memohon biasiwa ini?

  20. nilam says:

    Ct,
    Boleh memohon kerana penilaian bukan semata-mata kepada pencapaian akademik sahaja.
    Bagi mereka yang sedang belajar di IPTA iklan tawaran biasiswa JPA biasanya akan keluar dalam bulan Jun. Manakala untuk lepasan SPM pada bulan Mar selepas keputusan diumumkan.

  21. fiejie says:

    adakah student yang mendapat pointer yang cemerlang bagi program diploma disediakan..????? dan bila kami boleh membuat permohonan,,,,,

Pengumuman

Find us on Facebook

Recommendations

Follow ePutra on Twitter

Archives



Copy Protected by Tech Tips's CopyProtect Wordpress Blogs.