Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan menaja semua pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2007 yang memperoleh keputusan 9A dan ke atas, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan.
Beliau dalam kenyataannya berkata, usaha berkenaan adalah selari dengan inisiatif kerajaan memberi penekanan kepada pembangunan modal insan yang inovatif dan berkemahiran tinggi.
Katanya, penajaan itu dibuat kerana kerajaan menyedari bahawa jumlah pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam semua mata pelajaran menunjukkan peningkatan ketara setiap tahun.
“Bagaimanapun, tidak semua pelajar cemerlang ini mendapat peluang penajaan kerajaan untuk melanjutkan pengajian tinggi mereka di institusi pengajian tinggi kerana bilangan penajaan yang disediakan terhad dengan beberapa faktor kekangan seperti pendapatan keluarga dan persaingan tinggi sesama mereka.
“Menyedari hakikat bahawa pelajar cemerlang ini aset utama negara pada masa akan datang, kerajaan menambah bilangan penajaan kepada lepasan yang memperoleh 9A dan ke atas tanpa mengira latar belakang,” katanya.
Berikutan itu, Sidek berkata, pihaknya mengenal pasti semua pelajar yang akan diberi tajaan berdasarkan tiga kategori sebelum layak menerima insentif itu.
Selain itu, beliau berkata, sepanjang tahun ini, kerajaan akan menaja 2,000 pelajar ke luar negara menerusi Program Ijazah Luar Negara (PILN) dan 10,000 pelajar di IPT tempatan di bawah Program Ijazah Dalam Negara (PIDN).
Popularity: 15% [?]
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Related posts
Sponsors









this biasiswa is automatically giv to them who scored 9as above or need to apply?