Biasiswa JPA Program Ijazah Luar Negara 2010

Penajaan biasiswa bagi Program Ijazah Luar Negara (PILN) 2010 dibuka kepada pelajar-pelajar lepasan SPM 2009. Program penajaan ini bertujuan untuk menyediakan biasiswa yang berprestij untuk pelajar-pelajar lepasan SPM yang paling cemerlang dalam melahirkan modal insan yang berkualiti untuk menjamin kesinambungan keupayaan negara di masa akan datang. Fokus penajaan PILN 2010 adalah kepada bidang-bidang kritikal dan keutamaan yang diperlukan oleh negara pada masa hadapan seperti Perubatan, Pergigian, Farmasi dan Kejuruteraan.

Permohonan PILN 2010

Permohonan telah dibuka melalui laman web Jabatan Perkhidmatan Awam mulai 11 Mac 2010 dan ditutup 7 hari selepas itu. Pada tahun ini pihak JPA telah menerima sebanyak 18,844 permohonan bagi PILN dari pelajar lepasan SPM 2009. Sebahagian besar daripada permohonan ini iaitu 10,956 memenuhi syarat minima PILN dan layak untuk ditemuduga.

Keputusan PILN 2010

Pada 21 Mei 2010 yang lalu mereka yang ada membuat permohonan telah boleh menyemak samada berjaya atau tidak mendapat penajaan Biasiswa Program Ijazah Luar Negara atau lebih dikenali sebagai PILN ini. Sementara itu mereka yang gagal boleh membuat permohonan rayuan.

Kategori Penajaan PILN 2010

Penajaan PILN akan ditawarkan mengikut 4 kategori seperti berikut:

Kategori 1

Kecemerlangan Akademik sebanyak 20% daripada keseluruhan tempat di bawah PILN dengan kriteria pemilihan calon berdasarkan 85% akademik, 10% ko-kurikulum dan 5% temu duga.

Kategori 2

Mengikut Populasi Kaum sebanyak 60% daripada keseluruhan tempat dalam PILN dengan kriteria pemilihan calon berdasarkan 75% akademik, 10% ko-kurikulum, 10% sosioekonomi dan 5% temuduga.

Kategori 3

Bumiputera Sabah dan Sarawak sebanyak 10% daripada keseluruhan tempat dalam PILN dengan kriteria pemilihan calon berdasarkan 65% akademik, 5% ko-kurikulum, 25% sosioekonomi dan 5% temu duga.

Kategori 4

Golongan Socially Disadvantaged sebanyak 10% daripada keseluruhan tempat dalam PILN dengan kriteria pemilihan calon berdasarkan 65% akademik, 5% ko-kurikulum, 25% sosioekonomi dan 5% temu duga.

Jumlah Penajaan PILN 2010

1500 Luar Negara

Bagi tahun 2010 telah disediakan sebanyak 1,500 biasiswa di bawah PILN bagi bidang kritikal (perubatan, pergigian dan farmasi), keutamaan dan strategik.

Pelajar-pelajar yang berjaya menerima biasiswa PILN ini akan mengikuti kursus persediaan di pusat-pusat persediaan di dalam negara untuk satu tempoh tertentu bergantung kepada program yang akan diikuti sebelum pelajar melanjutkan pengajian dalam pelbagai bidang yang telah ditetapkan oleh Kerajaan.

Para pelajar dikehendaki sentiasa mencapai tahap kecemerlangan yang ditetapkan semasa di peringkat persediaan bagi melayakkan mereka meneruskan pengajian di luar negara.

2000 Dalam Negara

Memandangkan terdapat ramai yang layak dan persaingan yang sengit bagi penajaan PILN, sebanyak 2,000 penajaan lagi akan ditawarkan kepada pelajar-pelajar cemerlang yang tidak terpilih di bawah PILN.

Mereka yang ini akan mengikuti pengajian ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) tempatan dan kampus-kampus cawangan University of Nottingham, Monash University, Swinburne University of Technology dan Curtin University of Technology serta IPT terpilih untuk bidang kritikal.

Pelajar yang berjaya ditawarkan akan ditaja di peringkat matrikulasi/asasi/pra-universiti dan seterusnya ke peringkat ijazah pertama sekiranya melepasi syarat akademik semasa di peringkat persediaan yang ditetapkan.

Universiti Penyelidikan

Bagi permohonan untuk kursus-kursus di Universiti-universiti Penyelidikan (Research Universities), keputusan permohonan dijangka akan dikeluarkan pada 11 Jun 2010 pukul 3.00 petang.

Keputusan Rayuan PILN 2010

Keputusan rayuan permohonan PILN 2010 juga dijangka akan diumumkan pada 11 Jun 2010 mulai pukul 3.00 petang.

Keputusan rayuan PILN ini sepatutnya telah diumumkan lebih awal tetapi berikutan banyaknya rayuan yang diterima, pihak JPA memerlukan sedikit masa untuk meneliti setiap rayuan tersebut.

Maklumat

Sila hubungi Bahagian Pembangunan Modal Insan, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, Aras 3-6, Blok C1, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62510 Putrajaya, Malaysia atau telefon 03 8885 3049 atau email : esila@jpa.gov.my jika terdapat sebarang pertanyaan.

Sila layari juga laman web eSILA untuk mendapat maklumat terkini.

21 thoughts on “Biasiswa JPA Program Ijazah Luar Negara 2010

  1. […] This post was mentioned on Twitter by ePutra Nilam, Shaz Nilam. Shaz Nilam said: ePutra – Biasiswa JPA Program Ijazah Luar Negara 2010: Penajaan biasiswa bagi Program Ijazah Luar Negara (… http://bit.ly/ccoaPB […]

  2. Biasiswa JPA Program Ijazah Luar Negara 2010 | ePutra…

    Penajaan biasiswa bagi Program Ijazah Luar Negara (PILN) 2010 dibuka kepada pelajar-pelajar lepasan SPM 2009. Program penajaan ini bertujuan untuk menyediakan…

  3. JPA untuk ijazah dalam negara (PIDN) bila akan dikeluarkan?

  4. Salam nak tanya,saya ada membuat permohonan bagi PILN,tetapi tidak terpilih bagi sesi temuduga. Masihkah ada harapan untuk saya untuk memohon PIDN? Sebab saya dengar PIDN hanya berpeluang bagi mereka yang terpilih bg temuduga PILN tetapi tidak berjaya mendapatkn PILN..tolong3x…

    • Salam… mereka yang gagal mendapat PILN memang berpeluang mendapat PIDN. Setahu saya hanya mereka yang telah dipanggil untuk temuduga PILN mempunyai peluang yang lebih baik.
      Mereka yang gagal mendapat PILN atau PIDN sekarang, boleh memohon PIDN apabila telah mendapat tawaran ke program peringkat Ijazah di IPTA nanti.

  5. Slam Dunk says:

    saya pelajar semester pertama sesi november/disember di UiTM. Bagaimanakah cara untuk apply JPA dengan pointer semester pertama yang baru diketahui sebanyak 3.78 dan result spm terdahulu 6A 1B 1C? Adakah saya masih layak memohon dan bila permohonan JPA di buka?

  6. Slam Dunk says:

    Terima Kasih Nilam.

  7. saya apply PILn, tetapi tidak terpilih.. alhamdulillah saya dapat PIDN.. a level ucsi.. adakah saya masih berpeluang ke luar negara jika saya mendapat kputusan yang baik semasa a level?

    • salam amalina….saya fiza..saya pun dapat a level ucsi jugak tp utk PILN..salam perkenalan..bile daftar? saya 1 jul..

  8. SITI FARHANA says:

    salam…sy pelajar lepsan matrikulasi 2009/2010..dan sy telah mendapat tawarn untuk melanjutkan pelajaran ke usm dlm ijazah doktor perubatan..
    adakah sy layak untuk memohon pidn yg bakal dibuka akhir jun in?kerana sy ade dengar bhwa peluangnye amat tipis emandangkan sy tidak memohon piln slps spm 2008?
    benar ke dakwaaan ini?
    sy amat mengharapkan respons dari pihak Tuan..terima kasih,..

  9. saya lepasan diploma uitm dan sudah bekerja dengan kerajaan selama 7 tahun.minggu lepas diterima masuk ke universiti di UK.bolehke apply biasiswa ni?

  10. salam..sy tengok dlm jadual orientasi d usm ada taklimat tajan..so,boleh ke nk apply biasiswa PIDN mase tu…adakah sy perlu mohon scra online dulu??help me….

  11. salam..nak tanya..agak nya brape elaun untuk pidn tajaan asasi ye?

  12. salam.bila tawaran JPA PIDN untuk pelajar ijazah tahun pertama nak keluar?saya pelajar lepasan asasi dan sudah menerima tawaran ipta untuk program sarjana muda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.