Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional IPTA 2010

Yayasan Tenaga Nasional Yayasan Tenaga Nasional (YTN) mempelawa warga negara Malaysia yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon bantuan pendidikan YTN dalam bentuk Biasiswa bagi mengikuti pengajian dalam bidang-bidang tertentu di Institusi-institusi Pengajian Tinggi Awam Tempatan (IPTA) bagi kemasukan sesi Jun/Julai 2010.

Bidang Kursus Pengajian

Ijazah Sarjana Muda dalam

  • Kejuruteraan Elektrik Kuasa
  • Kejuruteraan Mekanikal
  • Kejuruteraan Awam
  • Perakaunan

Syarat Akademik

  • Lulus STPM 2009 dengan mencapai sekurang-kurangnya empat mata pelajaran gred B+  ATAU
  • Lulus Diploma / Matrikulasi / Asasi dengan mencapai sekurang-kurangnya CGPA / PNGK 3.33

Syarat Tambahan

  1. Berumur tidak melebihi 23 tahun pada tahun 2010.
  2. Aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  3. Mempunyai keperibadian dan ciri kepimpinan yang tinggi.
  4. Tiada adik-beradik yang sedang menerima biasiswa YTN.
  5. Khusus untuk pelajar kemasukan baru semester pertama tahun 2010 yang telah mendapat tempat di IPTA .

Cara Memohon

  1. Permohonan hendaklah dibuat secara on-line melalui laman web : http://yayasan.tnb.com.my/sam
  2. Pastikan semua maklumat telah disemak sebelum dihantar secara online. Sebarang pindaan atau kemaskini ke atas maklumat hendaklah dilakukan sebelum ianya dihantar secara online.
  3. Pastikan anda menyemak Manual Pengisian Borang Secara Online dan Senarai Semak Biasiswa IPTA.
  4. Sila hantar semua dokumen sokongan ( sijil-sijil atau apa sahaja bukti yang diisi semasa online) dan di hantar setelah disahkan dan perlu mengikut aturan seperti yang terdapat di Bahagian A – Senarai Semak.
  5. Sila simpan SAMID yang diberi untuk sebarang rujukan.
  6. Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.

Tarikh Tutup Permohonan

  1. Permohonan Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional IPTA 2010 ini akan ditutup pada hari Isnin, 12.00 tengah malam, 05 Julai 2010.
  2. Permohonan yang tidak mendapat sebarang jawapan dalam tempoh tiga bulan selepas tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya.

Maklumat

  1. Sila rujuk kepada laman web Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional untuk maklumat lanjut.
  2. Sebarang masalah atau pertanyaan mengenai biasiswa ini sila hubungi:-
    • Umum : En. Ahmad Zehne 03-8924 7528, En. Ahmad Iqbal 03-8924 7537, En. Mohd Hakimi 03-8924 7524 atau En. Mohd Nasir Ali 03-8924 7519
    • Teknikal : En Mohd Jafri 03-8924 7523, En Nazlan 03-8924 7543 atau En Mohd Amrizal 03-8924 7549
    • Atau melalui e-mel [email protected]

2 thoughts on “Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional IPTA 2010

  1. I applied and I got biasiswa for mechanical engineering. But I didn't go in the end.

  2. suhaisweet says:

    Nice n3..visit mine if free k. ;D My top entry is here So Funny

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>