Biasiswa Kerajaan Brunei Darussalam 2010

Kerajaan Brunei Darussalam dengan perkenan baginda Sultan menawarkan biasiswa tahunan di bawah skim khas anugerah biasiswa bermula sesi akademik 2010/2011. Matlamat utama anugerah biasiswa ini adalah untuk memberi peluang kepada pemohon untuk belajar di Universiti Brunei Darussalam (UBD), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) dan Institut Teknologi Brunei (ITB).

Syarat Kelayakan

  • Pemohon mestilah rakyat di negara ASEAN, OIC atau Commonwealth.
  • Berumur di antara 18 – 25 tahun semasa memulakan sesi akademik program pengajian yang dipohon. Walaupun begitu dalam keadaan yang tertentu syarat had umur ini boleh diabaikan bagi mereka yang memohon program pengajian peringkat Masters dan PhD.
  • Skim ini tidak layak untuk mereka yang mempunyai taraf penduduk tetap Brunei dan rakyat asing yang tinggal di Brunei lebih daripada 3 bulan.
  • Lulus dan memenuhi semua syarat kemasukan ke program pengajian di universiti atau institut yang dipohon,

Tempat Dan Program Pengajian

  • Skim biasiswa ini hanya untuk menuntut di Universiti Brunei Darussalam [UBD], Universiti Islam Sultan Sharif Ali [UNISSA] atau Institut Teknologi Brunei [ITB] di dalam program pengajian yang ditentukan.
  • Sila rujuk Senarai Program Pengajian untuk mengetahui program yang termasuk di dalam skim biasiswa ini.

Syarat Biasiswa

  • Biasiswa ini adalah untuk jangkamasa keseluruhan tempoh program pengajian yang diikuti.
  • Penerima biasiswa ini juga tertakluk kepada pencapaian pengajian yang memuaskan disepanjang tempoh pengajian.
  • Penerima biasiswa dikehendaki menamatkan program pengajian yang diikuti. Jika gagal, penerima biasiswa akan bertanggungjawab untuk membayar semula semua pembelanjaan yang telah diberi atau dibayar bagi pihak mereka.
  • Semua syarat dan keperluan yang ditetapkan oleh universiti atau insitut tempat pengajian mereka perlulah dipatuhi.
  • Tidak dibenarkan bekerja dsepanjang tempoh pengajian.
  • Setelah menamatkan pengajian, penerima biasiswa dikehendaki pulang ke negara asal masing-masing dan Kerajaan Brunei tidak bertanggungjawab untuk menyediakan sebarang pekerjaan.

Jumlah Biasiswa

  • Keseluruhan yuran pengajian.
  • Elaun peribadi B$500.00 sebulan.
  • Elaun buku B$600.00 setahun.
  • Rawatan perubatan dan pergigian percuma di hospital kerajaan Brunei.
  • Tiket kapalterbang kelas ekonomi perjalanan dari negara pemohon ke Brunei Darussalam pada permulaan pengajian dan dari Brunei Darussalam ke negara pemohon setelah tamat pengajian.
  • Elaun bagasi sehingga B$250 untuk ke negara ASEAN dan B$500 selain negara ASEAN.

Permohonan

  • Permohonan perlu dibuat di dalam Bahasa Inggeris.
  • Semua sijil dan dokumen sokongan yang tidak dalam Bahasa Inggeris perlu disertakan dengan terjemahan ke Bahasa Inggeris yang disahkan.
  • Borang permohonan dan semua dokumen sokongan perlu dicetak pada satu bahagian dengan saiz A4 sahaja.
  • Borang permohonan perlu diisi sepenuhnya dan disahkan oleh pihak berkuasa negara pemohon.
  • 4 salinan borang permohonan dan dokumen sokongan perlu dihantar kepada Brunei Darussalam’s Ministry of Foreign Affairs and Trade di Brunei melalui Brunei Darussalam’s Diplomatic Missions di negara pemohon.
  • Borang permohonan boleh dimuat turun di Borang Permohonan.

Tarikh Tutup

Permohonan skim biasiswa Brunei Darussalam ini perlu sampai di Brunei Darussalam’s Diplomatic Missions di negara pemohon selewat-lewatnya pada 28 Februari 2010.

Maklumat

Maklumat lanjut mengenai Biasiswa Brunei Darussalam ini boleh diperolehi melalui

  • Laman web Ministry of Foreign Affairs and Trade.
  • Hubungi Brunei Darussalam Mission, Brunei Darussalam Embassy, High Commission atau Consulate General di negara pemohon. Sila rujuk senarai Embassies, High Commissions, Consulate Generals.
  • Menulis kepada :
    • Technical Assistance Department,
      Ministry of Foreign Affairs and Trade,
      Bandar Seri Begawan BD2710,
      Brunei Darussalam
  • Telefon atau Fax No: +6372-381412
  • Email: [email protected]

8 thoughts on “Biasiswa Kerajaan Brunei Darussalam 2010

  1. saya sedang belajar di peringkat asasi dan akan tamat pengajian mac ni, boleh tak sy nak mohon?

  2. saya belajar diploma di kolej swasta dan sekarang sy nak sambung belajar degree bleh ke sy dapat biasiswa?

  3. macam mana nak thu adakah saya dapat masuk ke sek teknik?

  4. sy pelajar upm dan brcadang ingin sambung master di brunei.. ade lg ke biasiswa brunei ni utk taun 2011?

    • Sleh Muslim says:

      dripa Sleh Muslim sy dri cambodia. Kemboja. Bolehkah kelau sy nak minta peljar di Negara Brunei Dlm bidang asariah atau bidng Usuluddin. bidng agama.. negara cambodia tak ada Universiti agama. so sy nak minta kerajaan Brunei untuk lulus dan terima pengajian sy… jenis siljil SMU @ STAM. Siljil tinggi agama m.sia

  5. saya dari IAIN Raden Intan, apa syarat masuk di unissa dengan beasiswa?

  6. sy lulusan dari Azhar Univercity Cairo, Boleh tk saya akan sambung master di brunei (Sy Dari thailand)
    sebab sy nk kammil ILMU di saya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>