Para pelajar yang telah menduduki PMR 2009 dan ada memohon memasuki Tingkatan 4 2010 di Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Sekolah Menengah Vokasional (SMV) Kementerian Pelajaran Malaysia sudah boleh menyemak keputusan permohonan mereka secara online mulai hari ini.
Semakan Permohonan
- Semakan permohonan ke Tingkatan 4 SMT dan SMV boleh dibuat dengan menggunakan angka giliran PMR atau nombor kad pengenalan pemohon.
- Laman web untuk menyemak keputusan permohonan ke Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional 2010 adalah di Semakan Kemasukan Ke Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional 2010.
Rayuan
- Bagi yang tidak berjaya mendapat tawaran, mereka boleh membuat rayuan.
- Rayuan boleh dibuat terus kepada Sekolah Menengah Teknik atau Sekolah Menengah Vokasional yang berkenaan.
- Sila rujuk Senarai Sekolah Menengah Teknik / Vokasional.
- Tempoh membuat rayuan adalah mulai 25 Januari sehingga 31 Mac 2010.
- Keputusan rayuan tertakluk kepada kekosongan tempat yang ada setelah proses pendaftaran pelajar yang menerima tawaran.
Maklumat
- Sebarang pertanyaan dan maklumat tambahan boleh diperolehi dengan menghubungi Sekolah Menengah Teknik / Vokasional yang berhampiran atau Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional di talian 03-8884 5154 / 5067 / 5088 / 5084 / 5092.
Tahniah kepada mereka yang mendapat tawaran ke Tingkatan 4 SMT dan SMV.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!Related posts
Sponsors







saya dah memohon ke sekolah teknik kuala kangsar..tetapi bila saya ingin melihat keputusan permohonan..tertulis “rekod anda tiada dalam pengkalan data kami” padahal saya sudah memohon”??????