Biasiswa Kumpulan Felda Global 2012

Kumpulan Felda Global mempelawa kepada anak-anak muda Malaysia yang berazam untuk berjaya dan berminat untuk menyambung pelajaran sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi ternama di luar negara untuk memohon Anugerah Biasiswa Kumpulan Felda Global.

Bidang Pengajian

Biasiswa Kumpulan Felda Global ini adalah untuk bidang pengajian berikut;

FELDA

  • Kejuruteraan
  • Bioteknologi
  • Perakaunan
  • Kewangan
  • Teknologi Maklumat
  • Pemasaran Antarabangsa

Syarat Am

  • Berumur tidak melebihi 18 tahun pada 31 Disember 2012.
  • Menonjolkan kemahiran kepimpinan melalui penyertaan aktif dalam aktiviti kokurikulum.
  • Jawatankuasa Pemilihan Kumpulan Felda Global berhak memilih calon-calon yang layak dan semua keputusan adalah muktamad.
  • Pemilihan kursus adalah terhad kepada jurusan yang ditawarkan dan tertakluk kepada keputusan Jawatankuasa Pemilihan.
  • Jawatankuasa Pemilihan berhak untuk meminda/menukar kriteria kelayakan bila mana perlu.
  • Calon-calon yang tidak layak, permohonan yang tidak lengkap dan permohonan yang diterima selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan.

Kelayakan Memohon

Kejuruteraan dan Bioteknologi

  • Keputusan SPM 2011 dengan sekurang-kurangnya 9A termasuk mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan, Matematik Moden, Fizik/Kimia/Biologi dan mana-mana matapelajaran berkaitan dengan Kejuruteraan dan Bioteknologi.

Perakaunan, Kewangan, Teknologi Maklumat dan Pemasaran Antarabangsa

  • Keputusan SPM 2011 dengan sekurang-kurangnya 9A termasuk mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik Moden, Perakaunan, Sains dan Sejarah/Geografi.

Cara Memohon

  • Permohonan perlu dibuat secara atas talian (online) melalui laman web Sistem Permohonan Biasiswa Kumpulan Felda.
  • Permohonan secara manual tidak akan diproses.
  • Setiap pemohon mestilah mempunyai emel peribadi masing-masing.

Tarikh Tutup

  • Permohonan Anugerah Biasiswa Kumpulan Felda Global 2012 ini ditutup pada 7 April 2012.

Temuduga

  • Borang permohonan yang lengkap diisi dan telah dihantar secara atas talian perlu dicetak dan dibawa bersama dokumen asal serta salinan dokumen yang telah disahkan seperti sekeping gambar berukuran pasport, kad pengenalan, slip SPM 2011, sijil-sijil akademik, sijil-sijil ko-kurikulum, sijil-sijil kelahiran, kad pengenalan ibu dan bapa dan slip gaji ibu dan bapa semasa menghadiri sesi temuduga.
  • Hanya pemohon-pemohon yang disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk ditemuduga.
  • Keputusan permohonan akan dimaklumkan kepada pemohon melalui emel.

Maklumat

  • Sila rujuk laman web Felda Holdings untuk mendapatkan lebih maklumat.
  • Jika terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi
    • Ketua Pengambilan dan Perhubungan Universiti
      Bahagian Sumber Manusia Kumpulan,
      Kumpulan Felda Global,
      Tingkat 9, Balai Felda,
      Jalan Gurney 1,
      54000 Kuala Lumpur.
      Telefon : 03-2693 4241
      Faks: 03-2698 2677
      Emel : recruitment.feldaholdings@felda.net.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.