Permodalan Nasional Berhad (PNB) mempelawa para pelajar yang sedang menuntut di peringkat ijazah sarjana muda dan tidak mempunyai sebarang penajaan untuk memohon biasiswa yang ditawarkan bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda.
Syarat Tawaran
- Sedang mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di mana-mana IPTA.
- Sedang mengikuti salah satu daripada pengajian peringkat ijazah sarjana muda di dalam bidang-bidang berikut;
- Perniagaan
- Teknologi Maklumat
- Kejuruteraan
- Sains kecuali perubatan, farmasi, pergigian dan veterinar
Syarat Kelayakan
- Tawaran biasiswa ini adalah terbuka kepada semua pelajar kecuali pelajar yang baru memulakan pengajian dalam semestar satu pada tahun satu.
- Memperolehi sekurang-kurangnya PNGK 3.50 pada semestar yang terakhir.
- Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum.
- Tiada adik-beradik yang telah atau sedang mendapat bantuan pelajaran daripada PNB.
Permohonan
- Borang boleh dimuat turun di laman web PNB, Borang Permohonan Biasiswa PNB Dalam Negara.
- Semua dokumen yang berikut perlulah disahkan dan dilampirkan bersama;
- Salinan slip keputusan peperiksaan setiap semestar.
- Salinan kad pengenalan.
- Salinan slip gaji bulanan terkini (tahun 2009) bagi bapa/ibu/penjaga atau Borang EA atau surat pengesahan pendapatan dari pihak berkuasa berkenaan.
- Salinan rekod ko-kurikulum.
- Salinan surat tawaran kemasukan ke universiti atau surat pengesahan sebagai pelajar dari pihak Hal Ehwal Pelajar universiti.
- Borang permohonan dan semua dokumen tersebut di atas hendaklah dihantar kepada;
- Ketua,
Jabatan Pembangunan Pendidikan,
Bahagian Penilaian Prestasi dan Pendidikan Bersepadu,
Tingkat 38, Menara PNB,
201-A, Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur.
- Ketua,
Maklumat Dan Pertanyaan
Sila rujuk laman PNB atau hubungi PNB, Rukiah A. Samad di talian 03 2050 5846, 03 2050 5545 atau faks 03 2050 5845 atau emel edd@pnb.com.my untuk sebarang maklumat tambahan atau pertanyaan.
Tarikh Tutup
Tarikh tutup permohonan ialah 31 Ogos 2009.
Pemohon-pemohon yang disenarai pendek sahaja akan dihubungi untuk ujian dan temuduga. Mereka yang tidak dihubungi dalam tempoh 2 bulan selepas tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya.
i just check on pnb scholarship..and realized that i missed the closing date for application.my question is, may i apply i even the closing date is passed?
Fatihah,
Pada pendapat saya, kebiasaannya permohonan anda tidak akan dipertimbangkan jika dibuat selepas tarikh tutup.
Salam.
Sengaja ingin tahu, kalau sudah menghadiri ujian CRTB yang dikelolakan oleh PNB, bila keputusan sama ada berjaya memperolehi biasiswa atau tidak ?
Sekian, terima kasih.
Mohamad,
Salam… saya tidak mempunyai maklumat tersebut. Sila hubungi pihak PNB untuk mendapatkan penjelasan.
salam nilam…saya tertanya2 bilakah keputusan rayuan permohonan biasiswa dalam negara akan dikeluarkan..saya harap tarikhnya dapat di iklankn.
Aura,
Salam… Saya juga tidak mempunyai maklumat mengenainya.
Panggilan untuk biasiswa ni dah keluar ke?? Macamna nk check??
Didi,
Saya tidak ada maklumat mengenainya, cuba hubungi Pn Rukiah A. Samad di talian 03 2050 5846 atau 03 2050 5545 untuk mendapatkan berita terbaru mengenai biasiswa ini.
Jika saya mendapat tawaran kursus perubatan/ pergigian di IPTA melalui kelayakan STPM pada usia 28 tahun, adakah permohonan biasiswa JPA saya akan dipertimbangkan? Apakah tiada langsung ruang untuk budi bicara bagi pemohon yang tidak menepati syarat umur? Sedangkan kursus itu adalah kritkal..oh.
Bagaimana pandangan nilam?
Syukuri,
Memang benar, mengikut Tawaran Biasiswa JPA Pengajian Dalam Negara Sesi 2009/2010, umur pemohon tidak boleh melebihi 25 tahun. Walaupun begitu tidak salah sekiranya cuba membuat rayuan, ada rezeki mungkin akan dipertimbangkan.
salam..permohonan biasiswa 2010/2011 belum dibuka atau saya telah jauh ketinggalan info tentang itu?
Salam….bila permohonan biasiswa 2012 buka…??? adakah sekali sahaja pembukaan permohonan dalam setahun…????