TERKINI : Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi Akademik Disember 2010/ Januari 2011![]()
Permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi pengambilan sesi Disember 2009 / Januari 2010 akan mula dibuka oleh beberapa universiti yang terlibat. Pengambilan bagi sesi Disember 2009 / Januari 2010 ini diuruskan sendiri oleh universiti yang berkenaan. Oleh itu semua permohonan perlulah dibuat terus kepada universiti yang tersebut. Berbeza bagi pengambilan sesi Julai yang lalu ianya diuruskan secara berpusat oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar atau lebih dikenali dengan UPU di bawah Kementerian Pengajian Tinggi.
Pengambilan sesi Disember 2009 / Januari 2010 ini memberi peluang kepada sebilangan orang pelajar yang gagal atau terlepas peluang untuk melanjutkan pelajaran semasa pengambilan sesi Julai yang lalu. Oleh itu lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Matrikulasi, Asasi, Diploma dan kelulusan lain yang setaraf dengannya yang berminat bolehlah membuat permohonan.
Walaupun begitu hanya sebahagian sahaja universiti yang ada membuat pengambilan dan tidak semua program pengajian yang akan ditawarkan.
Setelah menyemak kesemua laman web IPTA, berikut adalah IPTA yang ada membuat pengambilan bagi sesi Disember 2009 / Januari 2010 setakat ini;
Universiti Malaya
UM baru sahaja membuka permohonan kepada calon-calon lepasan SPM, STPM dan Diploma untuk mengikuti program pengajian Ijazah Sarjana Muda di UM bagi kemasukan sesi Disember 2009.
Buat masa ini cuma tiga program pengajian yang ditawarkan iaitu Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan, Ijazah Sarjana Muda Seni Persembahan (Tari) dan Ijazah Sarjana Muda Seni Persembahan (Drama). Maklumat lanjut boleh diperolehi di Application for Admission to Undergraduate Programmes. Terima kasih Ikhwan kerana berkongsi maklumat ini.
Tarikh tutup permohonan adalah pada 26 Oktober 2009.
Keputusan permohonan Kemasukan Ijazah Pertama Sesi 2009/2010 Semester 2 boleh disemak di e-Semak Kemasukan UM. Terima kasih Debbie untuk maklumat ini.
Universiti Teknologi MARA
UiTM telah membuka permohonan kepada calon-calon bumiputera warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk melanjutkan pelajaran di UiTM bagi kemasukan sesi Disember 2009 secara sepenuh masa atau pengajian luar kampus (separuh masa) melalui program-program pengajian Asasi/Diploma/Pra Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Pengajian Luar Kampus dan Profesional/Lepasan Ijazah.
UiTM juga telah membuka permohonan untuk kemasukan ke Fakulti Pendidikan. Sebanyak 6 program pengajian Sarjana Muda Pendidkan ditawarkan.
Tarikh tutup permohonan bagi program pengajian Asasi/ Diploma/ Pra Diploma dan Ijazah Sarjana Muda adalah 30 16 September 2009 (12:00 malam) dan bagi Profesional dan Lepasan Ijazah adalah 30 September 2009 (12:00 malam).
Tarikh tutup dilanjutkan sehingga 1 Oktober 2009 (12:00 malam)
Maklumat lanjut berkenaan pengambilan sesi Disember 2009 UiTM boleh diperolehi di laman web UiTM Online dan Bahagian Pengambilan Pelajar UiTM.
- Keputusan kemasukan bagi program Penerapan Pra Diploma Sains / Pra Diploma Perdagangan ke Diploma dijangka boleh disemak pada 23 Disember 2009 mulai jam 5:00 petang.
- Keputusan kemasukan bagi program Ijazah Sarjana Muda kategori Penerapan Asasi / Fast Track dijangka boleh disemak pada 23 Disember 2009, mulai jam 5:00 petang.
- Keputusan kemasukan bagi program Ijazah Sarjana Muda kategori Penerapan Diploma UiTM Semester 03 dijangka boleh disemak pada 24 Disember 2009, mulai jam 5:00 petang.
- Keputusan kemasukan bagi program Profesional boleh disemak mulai 17 Disember.
- Keputusan kemasukan bagi program Ijazah Sarjana Muda kategori tahun akhir Diploma UiTM/Kolej Bersekutu UiTM dijangka boleh disemak mulai 17 Disember 2009.
- Permohonan e-Rayuan bagi program Diploma/Ijazah Sarjana Muda Lepasan STPM/Matrikulasi/Diploma sesi Disember 2009 dibuka mulai 17 November 2009 sehingga 26 November 2009.
- Keputusan kemasukan bagi program Pra Diploma boleh disemak mulai 17 November 2009.
- Keputusan kemasukan bagi program Diploma boleh disemak mulai 16 November 2009.
- Keputusan kemasukan bagi program Ijazah Sarjana Muda Lepasan STPM/ Matrikulasi/ Diploma boleh disemak mulai 16 November 2009.
- Semakan permohonan program Asasi boleh disemak mulai 2 November 2009.
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
UIAM juga ada membuka permohonan untuk semua warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk melanjutkan pelajaran di UIAM bagi kemasukan sesi November 2009.
Tarikh tutup untuk menghantar permohonan adalah pada 30 September 2009.
Maklumat mengenai kursus yang ditawarkan dan syarat kelayakan masuk sila rujuk di laman web UIAM Admisions and Records Division.
Universiti Kebangsaan Malaysia
UKM juga mempelawa calon-calon yang berkelayakan bagi memohon untuk mengikuti Program Pengajian Siswazah (Doktor Falsafah, Sarjana dan Diploma Siswazah) sama ada secara Sepenuh Masa atau Separuh Masa bagi Semester II Sesi 2009/2010 yang akan bermula pada Disember 2009.
Tarikh tutup permohonan adalah 28 Ogos 2009.
Maklumat lanjut berkenaan program pengajian yang ditawarkan dan kelayakan minimum untuk permohonan program pengajian siswazah Semester II sesi 2009/2010 (Ambilan Disember 2009) UKM ini boleh diperolehi di Pusat Pengurusan Siswazah UKM.
Bagi Permohonan Calon Saluran Kedua untuk program sepenuh masa, iklan dikeluarkan pada bulan November dan permohonan perlu dibuat melalui Aplikasi Dalam Talian UKM atau terus saja ke Permohonan Kemasukan Saluran Kedua Program Ijazah Pertama Sesi 2010/2011.
Tarikh tutup untuk permohonan saluran kedua adalah 25 Disember 2009.
Universiti Sains Islam Malaysia
USIM ada membuka permohonan untuk mereka yang berkelayakan untuk melanjutkan pelajaran di USIM bagi kemasukan sesi Disember 2009 bagi program pengajian peringkat Master dan PhD.
Tarikh tutup untuk membuat permohonan adalah pada 15 September 2009.
Maklumat mengenai kursus yang ditawarkan dan syarat kelayakan masuk sila rujuk di laman web USIM Admision To Post Graduate Programmes.
Universiti Sains Malaysia
USM juga ada membuat pengambilan calon peringkat ijazah pertama bagi kemasukan khas, kemasukan saluran kedua, warga emas dan pengajian jarak jauh.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan mengetahui tarikh permohonan dibuka dan ditutup untuk pengambilan ini bolehlah merujuk kepada laman web Saluran Kemasukan USM. NOTA : Belum ada maklumat terkini.
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
UTHM juga mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk mengikuti salah satu daripada program pengajian yang mereka tawarkan bagi Semestar II Sesi 2009/2010.
Maklumat lanjut berkenaan program pengajian yang ditawarkan, tarikh permohonan ditutup dan butir-butir lain mengenai program pengajian Semester II sesi 2009/2010 (Ambilan Disember 2009) ini boleh diperolehi di laman web Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar UTHM.
Iklan permohonan untuk pengambilan Disember dijangka akan disiarkan di akhbar-akhbar utama pada 13 September 2009. Terima kasih Suhairiah kerana berkongsi maklumat ini.
Permohonan kemasukan ke UTHM bagi mengikuti program pengajian peringkat Diploma (5 kursus sahaja) dan Sarjana Muda (3 kursus sahaja) telah dibuka. Permohonan secara online akan ditutup pada 6 Oktober 2009.
Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan Semester II Sesi 2009/2010 Program Pengajian Siswazah (Untuk Phd dan Masters sahaja buat masa ini). Terima kasih Ad kerana berkongsi maklumat ini.
Universiti Teknologi Malaysia
UTM cuma membuat pengambilan untuk beberapa program pengajian sahaja bagi ambilan Semester II sesi 2009/2010 untuk pengajian sepenuh masa dan separuh masa.
UTM tidak ada membuat pengambilan Semestar II bagi program pengajian peringkat Diploma atau Ijazah Muda. Sila rujuk emel daripada En Azhar bin Ahmad, Academic Management Division (Admission and Record Unit ) UTM di bawah. Terima kasih kepada Shahril yang berkongsi maklumat ini.
Maklumat lanjut mengenai permohonan kemasukan ke UTM Semester II sesi 2009/2010 (ambilan Disember) ini boleh diperolehi di laman web UTM Admission dan Permohonan Kemasukan Pelajar ke UTM.
Universiti Pendidikan Sultan Idris
UPSI juga ada membuka permohonan untuk calon-calon lulusan STPM, STAM, Matrikulasi dan Diploma yang berkelayakan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) bagi pengambilan sesi akademik Disember 2009.
Maklumat lanjut berkenaan program pengajian pengambilan Disember ini boleh dirujuk di laman web Bahagian Kemasukan UPSI atau Bahagian Akademik UPSI.
Untuk makluman, permohonan kemasukan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di UPSI akan dibuka di antara 27 September dan 4 Oktober. Terima kasih Khairuz dan Fiefie dengan maklumat ini.
Iklan permohonan Program Pengajian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di UPSI akan disiarkan pada 11 Oktober 2009 ini di akhbar Mingguan Malaysia, Nanyang Siang Pau, Tamil Nesan dan laman web UPSI.
Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian/online sahaja dengan menggunakan nombor BITARA ID (dibeli dari Bank Simpanan Nasional (BSN)) mulai 11 Oktober 2009 selepas jam 12.00 tengah hari di laman web UPSI.
Tarikh tutup permohonan Program Pengajian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan pengambilan Disember ini adalah pada 25 Oktober 2009.
TERKINI (terima kasih Ain):
- Semakan panggilan menduduki Ujian MEdSI dan temuduga : 15 November
- Ujian MEdSI dan Temuduga : 1 – 3 Disember
- Semakan keputusan permohonan : 13 Disember
- Pendaftaran pelajar baru : 20 Disember
Sila rujuk Permohonan Atas Talian UPSI untuk maklumat lanjut.
Universiti Utara Malaysia
UUM juga ada membuat pengambilan bagi Program Ijazah Pertama Muda untuk Semestar II sesi 2009/2010. Permohonan boleh dibuat oleh warganegara Malaysia yang mempunyai kelayakan Diploma, STPM, Matrikulasi atau kelulusan lain yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan Senat Universiti.
Maklumat lanjut berkenaan pengambilan Semestar II sesi 2009/2010 ini boleh diperolehi dari laman web Kemasukan Ke UUM. Permohonan untuk beberapa kursus terpilih dibuka mulai 6 September 2009 dan ditutup pada 31 Oktober 2009. Terima kasih Jiha yang memberi maklumat.
Keputusan permohonan ke UUM ini boleh disemak mulai 23 November 2009, sila rujuk Keputusan Permohonan Kemasukan Semester Kedua Sesi 2009/2010.
Universiti Putra Malaysia
UPM pula hanya membuka satu program pengajian iaitu Bacelor Senibina untuk pengambilan pelajar baru bagi semestar kedua sesi 2009/2010.
Mereka yang mempunyai Ijazah Bacelor Rekabentuk (Senibina) daripada Universiti Putra Malaysia atau Ijazah Sarjana Muda Sains Senibina/Ijazah Sarjana Muda Sastera Senibina yang setaraf dengan kelulusan akreditasi Lembaga Arkitek Malaysia (LAM Bhg. 1) dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.75 daripada universiti tempatan atau luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan Senat Universiti Putra Malaysia layak untuk memohon.
Maklumat lanjut dan borang permohonan pengambilan pelajar baru bagi semestar kedua sesi 2009/2010 ini boleh diperolehi di laman web http://www.akademik.upm.edu.my. Tarikh tutup permohonan adalah pada 6 November 2009. Terima kasih kepada Debbie dengan maklumat ini.
Maklumat
Maklumat di atas diperolehi daripada laman-laman web IPTA yang berkenaan dan maklum balas daripada para pembaca ePutra, terima kasih. Laman web kesemua IPTA boleh disemak di Senarai IPTA Universiti Di Malaysia.
Jika anda mempunyai sebarang maklumat tentang pembukaan permohonan ke IPTA sesi Disember 2009 / Januari 2010 sila tinggalkan komen dan ianya akan dikemaskini di sini supaya sama-sama dapat berkongsi mengenainya.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!



mmg ade..tapi harituh cm xpasti tuh ke surat yer..hehe..tengs wawa n dino!!
sy nk tye ag sape2 yg boleh jawab..sy terlupe la nk isi no lhdn penjaga..cmner ye…sy xleh wt kemaskini ag..huhu:(
salam kwn2 nk tnya ni, sue lpsn diploma dr ipts n da isi upu br2 ni, so bole wat kemaskini 3 X kn, klu wat kemaskini tu bole tak sue tukar program pengajian?
lg 1 sue x pasti nk pilih ijazah sarjana muda or sarjana muda, confius ni.. tolongla sue ni..
klu nk pilih program tuk lpsn dip, nk pilih ijazah sarjana muda or sarjana muda?
hlp me my dear frenz…
lisa…
xpekn klu xwt yg n0 lhdn ibubapa tu…
tp wawa rse2 jelaa…hihi..
wawa pn xisi…
sue…
namenye kmskini…msti laa blh tkr ch0ice kite tu..;)
blh laa tkr k0s kite nk apply tu…
hm..klu nk smbung dgree utk lpsn dip, ijzh sarjana muda laaa..
ok tq wawa..
nnt nk 2kar program la ni coz nk apply kt ums jer, klu bole xnk skola luar dr sbh..
takut skola jauh2 nnt rindu kt family plak..
sue…
0wh~ 0rg sabah ke ni…hihi…
0k2…came2…;)
ni nk tnya kwn2 ni. klu nk antar salinan dokumen kt ipt tu kena ada disahkn benar ke? surat pengesahan tmt blaja pun kena ada ka? nk dptkn kat ner sbb sue ni abis lpsn dip thn 2007 lg..
salam,
sue: a’ah kene buat pengesahan jugak…setahu sy sue boleh mintak surat pengesahan tamat belajar di kolej/ universiti dekat yg sue belajar diploma dulu…sue bawak sijil n transkip and tunjuk kepada meraka and beritahu mereka yg sue nak apply u..ok
ok tq puteri, da antar salinan dokumen2 ngn pengesahan kt u..
hrp2la tahun ni dpt sambung blaja, boring da duk kt ruma..
salam…
sue : sama-sama…sy dah antar dah…su plak?..InsyaAllah moga2 dapat sambung….berdoalah dan sekali-kali putus asa berdoa….hehe…knp su xcari keje sambilan dulu sementara sambung study…???
puteri: sya da antar. nnt jgn lupa sound2 klu dpt ek, tp bila kuar result dpt msk or tak eh? hihi x sabar ni..
sue mmg keja kt ruma, jaga anak kakak. hihi..
klu salinan permohnan 2 smpai after 4hb pihak u trima x agak2?
sbb kt bru je pos..rsau la..
sue : ok sue,,InsyaAllah lau kita sama2 dapat nant bgtau la ek…xkirala dapat atau x….bagtau ek…hehe….
iffah: ehm,,,sy xsure la iffah…tp tri awk tel pihak universiti…ok…
good luck everybody yg apply u…moga2 kita dapat sambung study…InsyaAllah…
salam…
sy nk tanye bile keputusan ujian medsi or tmdga upsi bg intake julai nieee???
sy nk check camne samaada sy berjya atau tdk menhdiri ujian medsi or tmdga…bile tarikh blh check???lau ade sape tau blh kongsikan,sy harp sgt2…wasslm
Amin,
Salam… Semakan panggilan menduduki Ujian MEdSI boleh dibuat melalui laman web Majlis Peperiksaan Malaysia di http://www.mpm.edu.my mulai 15 April 2010 dan tarikh menduduki MEdSI adalah pada 24 April 2010.
sye pn xpat ofer…
salam….sy nak tahu…bila agaknye keputusan calon yang layak menduduki ujian Malaysian University Selection Yearly Inventory (MunsyI) untuk USM Apex bagi kategori Diploma/Setaraf…????
tolong bagitau saya sesiapa yang tahu…
Puteri,
Salam… semakan boleh dibuat pada awal April di laman web https://pohon.usm.my/
salam.nilam, sy da msuk uitm utk kemasukan sesi desember aritu..sy nk tnya boleh x kalo sy nk tukar kos?huhu…
salam
nak tanya, kos diploma sains pentadbiran dan polisi memang tak ditawarkan dalam list kos yang kat borang upu tuh ek? dan macam mana nak ambil kos tuh? ada kene mengena dengan asasi undang2 ke?
Salam…nak tanye…Adakah lulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Senibina/Ijazah Sarjana Muda Senibina Universiti Kebangsaan Malaysia UKM diiktiraf oleh Lembaga Arkitek Malaysia LAM?
Adakah saye akan mendapat Part 2 setelah menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Senibina di Universiti Kebangsaan Malaysia UKM?
Jika diberi pilihan…adakah saye patut meneruskan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Senibina di UKM atau UiTM? Which one is better?
I’ll be expecting your feedback…
thanks
salam..
saya ingin bertanya beberapa soalan yang memunsyilkan saya..baru-baru ini saya telah mengisi permohonan kemasukan universiti july 2010/2011..dan berjaya menduduki ujian medsi. saya telah mendapat band 1 dalam muet dan saya menduduki sekali lagi pada bulan april ini.saya tidak mengetahui bgaimana pemilihan yang dilakukan pihak universiti.
1. persoalan saya, adakah muet ulangan yang saya akan ambil diambil kira oleh pihak universiti walaupun saya telah mendapt tawaran mengambil ujian medsi??
2. adakah keputusan spm dan diploma saya juga akan diambil kira walaupun selepas menduduki ujian medsi??
terima kasih diatas jawapan anda dan saya amat menghargainye
assalamualaikum..
mcm mna nk buat rayuan untuk perpindahan tempat ujian medsi..please… asap
Salam….saya nk tau la bila ek keputusan usm kuar selepas Munsyi…..???
sthu sy muet cm syrat am tuk msk unv.jd cm xkshle awk dpt bend bpa blm muet 2.mslhnye klu awk xdpt skurang2nye band 3 dlm muet t kat unv awk kna ambil klas BI n sit muet lg.klu x t deegre awk kna than.awk xkn dpt sijil degree awk 2..klu dpt band 3 t awk xplu le risau.yg pnt pointer diploma awk 2 dpt bersaing dgn bdk f6,n matrix..
bila next intake utk upsi ye..
hoi apesal lmbt sngat ha…..
nak tanye, ika dpt ijazah sains komputer kt unimas. if ika pegi, nti bole x mohon utk program kt u lain utk intake disember? boleh x camtu? ke ataupun bile ika da msuk unimas ika xleh mohon utk intake disember? sbb nak kos lain..lgpn jauh sgt kt sarawak..any suggestion?
cgpa sy cuma 2.5 sj.down sebab kantoi selalu bab sabjek pengiraan,dulu ijazah touris,apa master yang sesuai sy nk ambik dan adakah sy layak wat master
salam.ada sape2 ada cdngan.dulu sy degree tourism uum dan teringin nk ambil master,bolh ke sy ambil selain dr tourism.tapi kelayakn mcmana coz cgpa sy xok coz dulu kn ambil bnyk paper pengiraan,saya ni lemah bab matematik ni,,,,huhu.tq
nilam..nk tny, untuk intake dis/jan 2010 bila buka ya?? tq
nak tnya ni, bila permohonan baru akan kuar untuk pengambilan januari 2010? especially upsi
uni mana yg ada ambik pengambilan kedua taun ni?tlg infom awal klu ada ek..
sapa tau taun ni uni mana yg buat pengambilan kedua?
KENAPA NOMBOR I.D TAK KELUAR LAGI KAT BSN KATA HARI NIE DAH BOLEH BELI
salam..harap2 infp kemasukan december ipta 2010/2011 boleh didapati di sini.. terlalu mengharapkan peluang yg cerah untuk smbung study kali ni.. thanks nilam..
[...] Permohonan Pengambilan IPTA Sesi Disember 2009 / Januari 2010 [...]