TERKINI : Program Diploma Tahfiz Al-Quran Darul Quran Sesi 2010/2013
Darul Quran merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi dalam bidang Tahfiz Al-Quran yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA), mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk mengikuti pengajian Diploma Tahfiz Al-Quran.
Sistem Pengajian
Kursus dijalankan mengikut sistem semester selama 3 tahun ( 6 semester ). Anda akan dibimbing dan dilatih sebagai seorang Hafiz dan Hafizah yang mampu menghafaz 30 juzuk Al-Quran. Subjek yang ditawarkan meliputi bidang Pengajian Al-Quran, Qiraat, Syariah dan Dakwah.
Syarat-syarat Permohonan
- Warganegara Malaysia atau bukan warganegara yang belum berkahwin.
- Berumur tidak kurang 17 tahun dan tidak lebih 21 tahun.
- Lulus SPM dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran :
- Bahasa Melayu
- Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah/Pendidikan Syariah Islamiah/Pendidikan Islam/Tasawwur Islam
- Bahasa Arab Tinggi atau Bahasa Arab Komunikasi, dan
- Lulus Bahasa Inggeris
Atau
- Kelulusan yang diiktiraf yang setaraf dengan SPM
- Calon-calon yang sedang mengikuti pengajian di mana-mana Maahad Tahfiz Negeri yang menyertai pengajian bersama Program Diploma Tahfiz di Darul Quran adalah tidak layak memohon.
Yuran Pengajian Dan Elaun
- Yuran pengajian tidak dikenakan.
- Elaun Pengajian akan dipertimbangkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia untuk pelajar-pelajar Darul Quran.
Cara Memohon
- Maklumat lanjut dan borang permohonan boleh diperolehi melalui laman web:
- Calon-calon yang berkelayakan akan dipanggil untuk menduduki ujian bertulis dan temuduga.
- Borang Permohonan dan Borang Perakuan Diri yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada:
Pendaftar,
Darul Quran,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia,
Jalan Hamzah, Ampang Pecah,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan. - Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian 03-60635333 atau faks 03-60645497
Tarikh Tutup
10 hari selepas keputusan peperiksaan SPM 2008 diumumkan.
Calon-calon yang tidak menerima apa-apa maklumat selepas 2 Mei 2009 adalah dianggap tidak berjaya.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!



Assalamualaikum…saya sedang menanti keputusan spm.Saya teringin ingin memasuki darul quran.Masalahnya saya tidak mengambil bahasa arab tinggi di peringkat spm..tapi saya pernah mengambil bahasa arab komunikasi ketika pmr.Ada tidak cara lain untuk saya memesuki darul quran?
saya telah menghafaz 30juzuk alquran dan kini sedang menunggu keputusan spm ,seandainya keputusan spm saya tidak menepati syarat-syarat untuk ke darul quran adakah saya masih berpeluang untuk memasukinya juga?saya benar-benar ingin mendalami ilmu alquran di darul quran….
assalamualaikum….saya pn same dgn dua org shbt di ats sdg mnanti kptsn SPM…sy bnr2 ign msuk ke DARUL QURAN n dlm cuti 3 bln ni sy cm mgambil mase utk mghfz AL-QURAN..persoalan sy same sprt nabila..
seandainy kptsn peperiksaan sy xmnpati syarat utk ke DQ,adakah sy x akn diterima?
sy ign mdalami AL-QURAN dgn lbh mdlm n ign mymbg pljrn saye di DARUL quran..
yg sy dgr skrg ni adlh darul quran berkongsi dgn kuliyyah..kwn sy kate seandainy pljr x dtrme ke dq,mrke x akn ditolak ttp akn dimsukkn ke kuliyyah ini.adakah bnr?sy x kesh bljr di mane2 aslkn di bwh dq ttp kalu blh sy nk hidup di tmn dq,kuala kubu selangor…moge2 kami diterima ke darul quran kuala kubu n kptsn pprksaan blh mmbntu kami utk mmgang amanah ALLAH di DQ Kuala Kubu..AMINN..utk ke dua shbt di ats,andainy antunna terbc aduan sy ni,add la ym sy di almt email redgreen_92@yahoo.com utk antunna,marilah kite same2 bdoa,agr ALLAH mgiznkn kite utk mlanjutkn pljrn di DQ..tp kte harus igt,seandainy ALLAH x mgabulkn pmintaan kite,itu bmkne die mrncg yg terbaik utk kite..k..don”t be sad ok..maasalamah
saya lain pula dgn mereka….
thn 2010 ni saya akn duduki peperiksaan SPM …
slps ini saya ingin mengambil STAM dahulu…
then jika berkelulusan saya ingin memasuki dQ…
Tapi saya bukan seorang hafizah ,dalam itu juga saya ingin mendalami
alquran…apa pendapat anda…
saya pun sama ,saya bru lepas spm duduk rumah sahaja jika diizinkan Allah saya juga ingin masuk darul Quran tpkan saya takut saya blum bersedia memikul tanggungjawab untuk hafal alQuran ramai tak org pempuan yg boleh hafal dan kekal menghafalnya hingga akhir khayat saya takut berdsa apa pndapat semua ye?
Asslamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.
Saya juga ingin bertanyakan pendapat. Saya juga sama dengan keadaan kawan-kawan di atas. Saya merupakan salah seorang pelajar tahfiz yang sudah hafal beberapa juzuk Al Quran. Dalam masa 3 bulan pertama tahun ini, saya ke Mesir untuk bertalaqi di Maahad Tahfiz Al-Quran wal Qiraat, Syoubra,Kaherah.
Alhamdulillah, dengan berkat doa bersama, saya kini telah pun mendapat Sanad Talaqi daripada salah seorang Syeikh di Maahad tersebut.
Jadi sekarang ini, saya ingin bertanya, bagaimanakah untuk mendapatkan borang kemasukan Diploma Tahfiz Darul Quran bagi tahun 2010 ini? Kerana saya dapati ramai bekas pelajar Darul Quran yang telah menyambung pelajaran mereka di sana. Perkara ini amat menarik minat saya untuk menjadi seperti mereka dan ingin juga memasuki Darul Quran untuk mendalami ilmu Al Quran itu sendiri. Dengan ini, layakkah saya memasuki Darul Quran?
masalah saya sama mcm ashiyatun asma…. apa pnylesaianya??? tiadakah cara lain untuk memasuki darulquran…..???
Ashiyatun Asma, Nabila, Nur Auni dan Umairah,
Salam… Anda boleh berhubung terus dengan pihak Darul Quran untuk mendapatkan nasihat mereka. Saya difahamkan pihak Darul Quran ada menjalankan kerjasama dengan beberapa pihak.
Saya doakan anda akan berjaya mencapai apa yang dicita-citakan.
Natasya,
Elok juga perancangan anda itu, ini bermakna insyaAllah anda akan ada kelulusan STAM dan Diploma Tahfiz Al-Quran.
Nurul Atikah,
Jika ada kesungguhan dan keyakinan, insyaAllah boleh.
Ahmad Tabrani,
Salam… Sila rujuk Program Diploma Tahfiz Al-Quran Darul Quran Sesi 2010/2013 untuk membuat permohonan. Permohonan perlu dibuat secara online. Jika ada sebarang pertanyaan sila hubungi terus Darul Quran.