Cadangan Wajib Lulus Bahasa Inggeris SPM

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran meminta orang ramai memberikan pandangan mengenai kemungkinan calon SPM diwajibkan lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris untuk melayakkan mereka menerima sijil penuh.

Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata ketika ini calon SPM tidak disyaratkan lulus Bahasa Inggeris walaupun mata pelajaran itu diajar sebagai satu mata pelajaran di sekolah, selain diiktiraf sebagai bahasa kedua di negara ini.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom menjelaskan mata pelajaran Bahasa Inggeris sekarang diajar menggunakan kaedah `Communicative English’ bagi memantapkan penggunaan bahasa kedua itu di kalangan pelajar.

Menurut beliau lagi kaedah `Communicative English’ ini digunakan sejak awal 1980-an bagi menggantikan kaedah pembelajaran tatabahasa, sekali gus meningkatkan penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa perhubungan. Ini berbeza dengan kaedah terdahulu yang menekankan pemahaman tatabahasa berbanding komunikasi, tetapi kaedah kini adalah sebaliknya dengan menekankan komunikasi.

Tan Sri Alimuddin Mohd Dom juga menjelaskan, sistem sekarang juga tidak mewajibkan calon SPM lulus Bahasa Inggeris dan itu yang menimbulkan reaksi kurang senang Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sistem pensijilan terbuka Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diguna pakai ketika ini dianggap longgar kerana hanya memerlukan calon lulus Bahasa Malaysia untuk membolehkan mereka mendapat sijil penuh.

Walaupun sistem itu menggalakkan calon SPM mengambil banyak mata pelajaran, dari segi kelayakan untuk membolehkan seseorang calon mendapat sijil penuh, ia masih longgar. Jadi, dari satu sudut, sesetengah pelajar mungkin tidak bersungguh-sungguh kerana mereka tahu hanya perlu lulus Bahasa Malaysia untuk mendapat sijil penuh SPM.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersetuju dengan cadangan Kementerian Pelajaran untuk menjadikan bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib lulus dalam peperiksaan SPM. Menurut beliau, cadangan itu boleh memberi nilai tambah kepada masa depan pelajar terbabit khususnya untuk bersaing dalam dunia pekerjaan dalam era globalisasi.

Mungkin ibu bapa di bandar akan menyokong pendapat Tun tersebut tetapi penduduk luar bandar dan pencinta Bahasa Melayu, mungkin kurang senang dengan cadangan ini.

Sebelum ini pun sudah ada suara yang mahukan Kementerian Pelajaran meneliti kurikulum mata pelajaran Bahasa Inggeris kerana dikatakan terlalu lemah dan antara punca masalah pelaksanaan PPSMI. Ramai berpandangan kaedah pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris di sekolah sekarang tidak banyak membantu pelajar untuk menguasai bahasa berkenaan, terutama di luar bandar.

Bagaimanapun, ramai pelajar Melayu yang gagal Bahasa Inggeris pada peringkat SPM tetapi mampu menguasai bahasa itu apabila menamatkan pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang memberi penekanan kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran yang betul.

Begitu juga kanak-kanak yang belajar di tadika dengan menekankan program khusus pengajaran Bahasa Inggeris mampu menguasai bahasa itu dalam tempoh singkat, sedangkan enam tahun di sekolah rendah dan lima tahun di sekolah menengah, majoriti pelajar terutama di luar bandar tidak mampu menguasai bahasa itu.

Oleh itu kaedah pengajaran dan pengajaran Bahasa Inggeris juga perlu diteliti kerana mungkin juga menjadi punca pelajar gagal menguasai bahasa. Begitu juga modul yang digunakan oleh guru mungkin menyebabkan sebahagian pelajar cukup takut atau bosan apabila guru bahasa Inggeris masuk kelas menyebabkan mereka sukar menguasai bahasa berkenaan.

Orang ramai yang ingin mengemukakan cadangan dan pandangan berhubung isu Bahasa Inggeris syarat wajib untuk lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) boleh berbuat demikian melalui talian khidmat pelanggan Kementerian Pelajaran di 03-77237070 atau e-mel di kpkpm@moe.gov.my.

Sumber : Berita Harian

Reblog this post [with Zemanta]

16 thoughts on “Cadangan Wajib Lulus Bahasa Inggeris SPM

  1. Hmmmm….
    Kenapa kita tak macam Jepun ya?
    Guna bahasa sendiri pun boleh maju jgak.

  2. Amirul Emir says:

    Saya sangat bersetuju dengan cadangan YAB TPM dengan membariskan faktor keutamaan berbahasa Inggeris (dengan tidak melupakan bahasa ibunda) menjadikan kelulusan satu kewajipan bagi calon pelajar SPM.

    Malah lebih baik jika TPM mencadangkan juga agar sesiapa yang gagal subjek bahasa Inggeris atau peroleh bawah 50% wajib menduduki semula kertas bahasa Inggeris sehingga lulus dengan baik.

    Saya menegas di sini, bukan kerana saya tidak sayangkan bahasa ibunda saya, tetapi seperti diperkatakan oleh kerajaan bahawa bahasa Inggeris adalah bahasa dunia (we have to accept it).

    Sempena cadangan tersebut, saya suka berkata berIngatlah juga, susah dahulu pendapatan susah kemudian tiada gunanya. Sediakan payung sebelum hujan! Baik belajar waktu masih muda.

    Jika tidak, saya pasti, anak Malaysia baik melayu, Cina dan India bakal menghadapi masalah global kerana masih mahu berlawan arus – semasa. (Ombak yang datang mesti dituruti barulah selamat sampai ke daratan).

    Saya suka mengambil contoh alam pekerjaan, rata rata penemuduga akan bertanya soalan di dalam bahasa Inggeris.
    Mohon maaf, ini berlaku terutama apabila penemuduga bukan berbangsa Melayu. Bukan menjadi satu kesalahan pun jika mereka mahu menggunakan bahasa lain dalam temuduga.

    Dan bagi saya lagi, tidak malu kah kita apabila tidak mampu berbicara sepatah pun di dalam bahasa Inggeris?

    Sedangkan kerja mahu yang hebat hebat, belajar kurang hebat dan sedih sekali apabila kita masih tidak sedar bahawa urusan pekerjaan pada masa kini semuanya di dalam bahasa Inggeris. Buku pun masih belum habis diterjemah dalam bahasa ibunda kita (buku profesional). Apa yang ingin kita tunggu lagi, sudah lama kita lihat kejayaan orang lain.

    Saya pernah terfikir, bagaimanalah agaknya untuk saya sedarkan bangsa saya sendiri?

    Saya tersukan lagi.

    Selain daripada itu, sebagai tambahan dan percambahan kepada idea tersebut, saya lihat tidak salah sekiranya YAB TPM dan pihak kementerian turut mewajibkan lulus Pendidikan ISLAM dengan cemerlang sebagai satu keutamaan bagi mendapat sijil penuh.

    Kementerian mesti meletakkan pencapaian calon SPM di dalam subjek Pendidikan ISLAM mestilah sekurang kurangnya 60% dalam ujian bertulis manakala ujian amali pula mesti mencapai tahap (mumtaz) 90% -merangkumi cara bersolat, cara bacaan dan hafazan ayat suci Al Quran-

    (Kementerian perlu buat perubahan sedikit, kerana pada zaman saya masih menggunakan gred lulus atau gagal di dalam slip amali sekolah…sekarang ubah kepada sistem permarkahan…biar ibu bapa tengok pencapaian amali anak mereka, teruk atau tidak).

    Saya percaya, proses mewajibkan lulus subjek ini bakal membangkit semula kesedaran berugama ISLAM dalam kehidupan pelajar lepasan SPM.

    Tambahan saya, secara automatiknya, subjek ugama ISLAM akan menjadi setaraf dengan kepentingan subjek yang lain.

    Selama ini (bagi saya) ia menjadi subjek penentuan kepada kecemerlangan aggregate apabila pelajar gagal mencapai tahap A dalam subjek subjek yang lain (sistem dahulu).

    Tahun hadapan, sekiranya pelajar SPM gagal mencapai tahap markah yang saya sebutkan di atas baik dalam bahasa Inggeris atau Pendidikan ISLAM, pelajar tersebut wajib menduduki semula kertas tambahan sehingga lulus. Kemudiannya memperoleh sijil penuh.

    Natijahnya sangat banyak dan tidak perlu dihurai panjang lebar di sini.

    Cukup sekadar mengambil contoh yang lemah iaitu akan kembalinya kesedaran terhadap ISLAM, ugama ISLAM akan dipraktikkan sepanjang meniti hidup di IPT kelak dan akhir sekali insya-ALLAH boleh mengurangkan gejala ‘negatif terlampau’ seperti hisap ganja, lumba haram yang sudah menular dalam IPT masa kini.

    Untuk bahasa Inggeris pula, pelajar sudah mampu bersaing secara global hasil penguasaan bahasa tersebut.

    Saya pernah terbaca sebuah buku, di mana penulis menyatakan bahawa ISLAM telah pun menekankan untuk menguasai bahasa lain selepas ISLAM.

    Sekiranya kita menurut saranan ini ia merupakan satu kelebihan kepada seseorang Muslim…

    Sebelum saya akhiri pandangan ini, saya ingin menyentuh sedikit padangan Tun Mahathir dalam blog beliau yang ditulis tidak lama dahulu. Beliau mempersoalkan berapa ramaikah orang ISLAM dianugerah ‘Noble Prize’ sejak ia diwujudkan? – Jawablah sendiri bagi yang mahu berfikir…..

    Kelemahan kita perlu segera diperbaiki. Cadangan kerajaan begitu cantik tetapi perlukan sokongan untuk menambah baik cadangan asal tersebut.

    (salinan turut dimajukan kepada kpkpm@moe.gov.my)

  3. Betul lunaticq…saya menyokong jika rakyat Malaysia dapat menguasai bahasa Inggeris namun, terlebih dahulu menguasai sepenuhnya bahasa Melayu yakni bahasa kebangsaan kita… Jika kita mendongak serta melihat negara-negara seperti Jepun terutamanya malah China, Korea, Russia..banyak lagi negara, mereka amat mementingkan bahasa yang sehingga kini mengekalkan identiti serta budaya mereka..Sebaliknya apa yang berlaku di negara ini amat mendukacitakan… kita terlalu taksub untuk harap maaf saya katakan seperti ingin ‘membunuh’ bahasa Ibunda kita sendiri…..
    Seperti yang di tulis saudara Amirul Emir.. temuduga dilakukan dalam bahasa Inggeris..Adakah syarikat2 ini datangnya dari barat dimana perlu bertutur bahasa Inggeris..Jika syarikat dari Malaysia, adakah penemuduga ini tidak mengambil Bahasa Melayu sehingga sukar dan malu untuk memahami bahasa ibunda sendiri?..
    Saya bukan ingin membantah penggunaan Bahasa Inggeris malah saya sendiri tidak mempunyai masalah dalam menguasai bahasa ini, namun yang menyedihkan bagi anak-anak bangsa kita yang tinggal diluar kota…berapa ramai yang dapat menguasai bahasa ini?sudahlah ditambah dengan masalah sosial yang melanda…. musnah generasi masa hadapan kita…
    Saya berharap, jika ingin menggunakan bahasa Inggeris pastikan tiada kelompok yang tertinggal…Seharusnya, kita perlu betul-betul memantapkan penggunaan bahasa ibunda terlebih dahulu sebelum melangkah dengan penuh bergaya ke suatu bahasa yang baru…
    Saya menyokong cadangan mewajibkan lulus Bahasa Inggeris SPM, kerana dengan ini, kita dapat menapis pelajar supaya mereka dapat menguasai bahasa Inggeris dengan baik..malah pelajar akan lebih berusaha serta tidak mengambil mudah terhadap bahasa ini untuk lulus…malah lebih baik jika wajib lulus Bahasa Inggeris & Bahasa Melayu…ini bermakna tiada pelajar yang tertinggal dalam menguasai kedua-dua bahasa ini..
    ..TQ

  4. Muhd. Hafiz says:

    Saya sokong pendapat princeoffancy, sememangnya kita patut mengutamakan bahasa kebangsaan kita sendiri dlm masa yg sama b’usahaa menguasai bahasa lain…
    Kerana bahasa kebangsaan dapat menanam jati diri rakyat Malaysia untuk berjaya dengan nama sendiri tanpa perlu bergantung sangat kepada dunia luar….

  5. tak lame lagi, mesti semua subjek kecuali bahasa cina, bahasa india, bahasa malaysia dan bahasa arab akan diajarkan dalam bahasa inggeris…………….

    coz 4 e.g kalau proceed program luarnegara dalam program geografi tentu bahasa perantaraanya dalam bahasa inggeris kan2??? so kenapa tak ajar je subjek geografi dalam bahasa inggeris?????

    xlamak lagi bahasa malaysia akan hilang ditelan arus pengengerissan………

    memang bahasa inggeris penting sebagai bahasa kedua, tapi bahasa ibunda perlu diutamakan dalam urusan rasmi contohnya dalam P&P…………..
    janganlah pulak bahasa Malaysia dijadikan bahasa kedu pulak…………..

    negara korea dan jepun contohnya, mereka xperlu menguasai baahsa inggeris bahkan mereka mengunakan bahsa mereka untuk urusan rasmi di peringkat antarbangsa………

  6. Muhd. Hafiz says:

    Mana perginya jati diri kita, smpi x menyakini bahasa kita sendiri (Bahasa Melayu) utk menjadi bahasa ilmu???? Mana pergi peranan Dewan Bahasa dan Pustaka ??? Apa guna penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)??? – Untuk memartabatkan Bahasa Melayu sbgi bahasa ilmu kan??? YA, memang kita perlu untuk menguasai bahasa Inggeris, tapi bukan utk b’gantung dgn bahasa tersebut dan negara mereka… Banyak lagi bahasa antarabangsa lain yg patut kita belajar, seperti bahasa Jepun, bahasa cina, Bahasa Jerman, Perancis, dan yang lebih utama bahasa Arab…. Kerana apa??? Banyak lagi ilmu yg kita kena belajar drpd bangsa lain… Sedangkan sewaktu zaman kebangkitan Jepun, iaitu era pemulihan Meiji, orang2 Jepun mempelajari cara Jerman membangunkan Bangsa mereka…. Mereka mempelajari ilmu drpd orang Jerman dalam bahasa Jerman, tapi menterjemahkan ke dalam bahasa Jepun agar memudahkan orang Jepun untuk mempelajari b’bagai2 bidang ilmu…. Jepun bangkit smpi hari ini, walaupun teruk dibelasah selepas perang dunia kedua….. Tapi, pada hari ini Jepun merupakan negara yang paling tinggi sains dan teknologinya… Hampir menggugat kedudukan Amerika Syarikat…

  7. memgle jepun survive dgn guna bhasa diorg sendiri itu pun sebab negara diaorg maju.jadi, org jepun bolehle cari makan kat negara mereka sendiri.tengok negara kita ni,apa yang ada?pembelajaran bahasa inggeris beri kita satu kelebihan utuk teroka negara lain dan majukan negara kita sendiri.zaman sekarang dah x guna bahasa melayu sebagai bahasa dunia mcm dulu2 lagi.Kalau kita terus dalm dunia kita sendiri dan x mahu berganjak, jgn haraple nak berjaya.belajar bahasa inggeris x bermakna kita lupa asal usul kita.cthnya mcm budak kita yg belajar di luar negara.adaake diorg belajar kat luar bermakna malaysia bukan lagi negara mereka.xkan ? tua2 nanti mesti balik malaysia punyale.cadangan yg diatas tu sememangnya wajar utk diadakan.itupun demi kebaikan kita semua jugak.belajar bahasa inggeeris juga bermakna kita menambahkan ilmu di dada disamping menambah pahala.jadi apa ruginya belajar bahasa inggeris?

  8. Assallamualaikum Wbt,

    Saya amat TIDAK bersetuju sekali dengan cadangan itu! Sebenarnya ini adalah salah satu helah kerajaan untuk melarikan diri dari bantahan rakyat tentang PPSMI. Kerajaan akan mengalihkan perhatian rakyat tentang PPSMI dengan isu terbaru ini. Janji mereka nak beri jawapan dalam tempaoh dua minggu, sekarang dah hampir 2 bulan belum terjawab! Selagi kita menagungkan bahasa asing selagi itulah orang Melayu akan ketinggalan dalam mendaulatkan dan memnpertabatkan bahasa kita sendiri. Ingatlah “bahasa itu bukan setakat jiwa bangsa” malah merangkumi seluruh aspek kehidupan seperti Ekonomi, politik, sosial dll orang Melayu itu sendiri. Jika BI diagungkan, dengan sendirinya buku- buku bahasa Melayu akan terkubur dan akhirnya sastrawan, ahli ahli bahasa, novelis Melayu sukar untuk menacari makan dibumi sendiri dll! wassallam.

  9. rei…..
    memang sekarang kita kena berganjak..
    memang kita perlu kuasai bahasa asing….
    dalam waktu yang sama, bahasa kebangsaan perlu terus dimantapkan…
    namun apa yang terjadi sekarang amat disesalkan,
    jika kita tengok pelajar-pelajar, janganlah cakap bahasa Inggeris, yang memang mereka gagal kuasai..malangnya bahasa Melayu kita pun sama…

    Apa yang perlu dilakukan sekarang, bagaimana memantapkan bahasa kebangsaan kita dan apa yang perlu dilakukan supaya pelajar dapat mengusai Bahasa Inggeris… bukan hanya mencipta atau menganjurkan sesuatu tetapi kita tidak tahu bagaimana untuk mengimplementasikan perkara tersebut..bagi saya sekarang ini itu silapnya…

    Lagi satu, kita asyik ingin melaksanakan banyak benda tetapi pengawalan tidak dilakukan…Daripada pengamatan saya, sebelum belajar pelajar perlu mempunyai disiplin+keperibadian diri yang baik supaya ilmu yang disampaikan dapat difahami..apa yang terjadi pada masa kini, pelajar sangat kurang diterapkan benda-benda ini..malah disiplin sangat longgar..pelajar boleh melakukan apa sahaja yang mereka ingin lakukan kerana mereka dilindungi oleh peraturan-peraturan sekolah yang terlalu ringan..lakukan kesalahan, ambil nama, mata kesalahan, surat dihantar kepada ibubapa=kosong..macam angin…oleh itu, pelajar melakukan masalah disiplin berulang kali..

    Dari disiplin ke bilik darjah..bukan sahaja Matapelajaran bahasa malah matapelajaran2 lain, letaklah apa2 pun…bagai mencurah air ke daun keladi… ini yang terjadi sekarang ini…Oleh itu, kita kena melihat punca….bukan melakukan sesuatu tanpa melihat sekeliling….

  10. jangan terlalu berpandangan negatif terhadap sesuatu usul yang dibuat. bayangkan jika mereka yang tidak lulus bahasa inggeris, tidak mendapat sijil. hal ini memungkin mereka disalurkan ke sektor perkilangan dan bburuh. dengan itu masalah kemasukan buruh secar berlebihan dapat diatasi. ini cuma pendapat saya sahaja..

  11. Muhd. Hafiz says:

    Belajar melalui paksaan tidak membantu meningkatkan kualiti. Kerana pelajar tidak mempelajari sesuatu bidang itu atas minat dan kecenderungan sendiri. Maka, berlakulah masalah terhadap kualiti pendidikan nasional. Usaha membantu meningkatkan pencapaian pendidikan tidak boleh dilaksanakan melalui paksaan, sebaliknya melalui pemupukan tertentu yang boleh diterima oleh ramai pihak. Kerana setiap individu ada minat dan kecenderungan masing2. Bakat dan kebolehan setiap individu tidak sama.

    Saya amat bersetuju dengan langkah baru kerajaan dengan memperkenalkan pendidikan Teknik dan Vokasional utk diperkenalkan kpd setiap sekolah Menengah terutama Sekolah Menengah Harian biasa. Kerana bukan semua individu berkebolehan dalam Akademik, tetapi berkebolehan dalam kemahiran tertentu seperti pertukangan, jahitan dan lain2 latihan kemahiran berdasarkan ‘skill’ masing2. Langkah ini dapat membantu negara mengisi keperluan guna tenaga negara dalam sektor ekonomi terutama sektor perindustrian.

  12. Saya rase mmg x patut diluluskan usul ini. Jika dilihat kebanyak remaja dan anak muda zaman sekarang bukannya tidak fasih berbahasa inggeris.
    Ini dapat dilihat dalam program2 realiti tv yang mana kebanyakn program ini memerlukan pemhamn dalam bahasa inggeris.Ini menguatkan lagi bahawa tanpa pembelajaran dalam bahasa inggeris, anak muda masih dapat menguasai bahasa itu dengan mudah. Selain daripada itu, ketika ini permohonn kemasukan di ipta juga semakin sengit dan sukar bagi yang tidak mempunyai kelulusan dalam bahasa inggeris di peringkat SPM. Ini memungkinkan lepasan SPM selepas ini mungkin lagi sukar kerana memerlukan bahasa inggeris sbg suatu kelulusan. Dan janagn terkejut jika mendpti rmai anak muda menjdi penganggur kerna sukar melanjutkan peljran kerana masalah bahasa ini.

  13. Kalau kat Jepun…sebenarnya,mereka banyak guna bahasa Inggeris yg tlh di-jepun-kan,kalau la perasan.Misalnya komputer sebagai konpyuta,soccer sebagai sakka-,restaurant sebagai resutoran.Maknanya,mereka tetap kena belajar bahasa Inggeris dulu barulah atas pilihan mereka sendiri sama ada nak asimilasikannnya dlm bahasa diorang atau cari perkataan baru dlm bahasa Jepun asli untuk terjemhn.Sama la kita,macam mana pun kita perlu mantapkan BI dr awal,agar ada peluang utk gunakannya dlm cara kita sendiri.Jadi,stakat nih,saya setuju.Tp,dengan pelaksanaan yg betul.

  14. Sudahlah. Kita merdeka lebih 50 tahun tapi masih terkial-kial dengan isu bahasa. Kenapa ya. Perancangan kita dikatakan cukup hebat. Tetapi mungkin pelaksanaan cukup lembab. Kita ada pelbagai dasar seperti dasar bahasa, dasar kebudayaan, dan dasar ekonomi.

    Adakah kita sebelum ini kita terlupa mencontohi negara luar yang berjaya dalam memartabatkan bahasa kebangsaan negara. Tentu tidak. Di mana masalahnya. Kalau guru pakar bahasa tidak cukup, cukupkanlah. jangan lain yang sakit lain dibebat.

    Ini timbul pula isu wajib lulus bahasa Inggeris, setelah ura-ura mansuh PPSMI. Lagi timbulkan masalah yang tidak sepatutnya. Perkasakan pembelajaran dan pengajaran bahasa Inggeris dahulu kalau nak menguasainya, dan bukannya timbulkan isu lwajib lulus atau tidak BI.

    Isunya BI tidak dapat dikuasai stelah sebelas tahun di sekolah kerana pembelajaran dan pengajaran yang lemah. Perkasakan yang lemah ini dan jangan dikaitkan dengan isu yang pedeah. Geger riuh wajib lulus BI ini lebih baik dihentikan segera.

  15. em..
    hahaxx..
    sae suka bahasa bi ne..suka sangat kalo sae dapat lulus spm bg subjek bi..
    huh..
    hapy la sae nntey..
    kalo sae ok syuk ne..
    mana2 puwn jadi la..

  16. Vijenthiran says:

    Hi..Pls Help me..I Want Example Essays 4 B.Inggeris..Title is Formal letter&Informal Letter.Tq…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.