Garis Panduan Semakan & Penawaran PIDN 2011

Keputusan permohonan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Program Ijazah Dalam Negara PIDN bagi tahun 2011 telah diumumkan pada 30 September 2011 yang lalu.

Susulan dari itu Bahagian Pembangunan Modal Insan, JPA telah mengeluarkan satu garis panduan penggunaan sistem semakan dan penawaran atas talian untuk PIDN tahun 2011 bagi membantu mereka yang ada memohon dan mendapat tawaran biasiswa JPA PIDN ini.

Biasiswa JPA PIDN

Garis Panduan PIDN 2011

Berikut adalah garis panduan tersebut;

  1. Semua pemohon boleh menyemak keputusan permohonan PIDN Tahun 2011 melalui laman web eSILA bermula pada 5 Oktober 2011 sehingga 15 Oktober 2011.
  2. Calon-calon yang berjaya perlu memuat turun Surat Tawaran dan Borang Setuju Terima sebelum tarikh tutup pada 15 Oktober 2011.
  3. Mulai 16 hingga 21 Oktober 2011, calon-calon yang berjaya dikehendaki mengemaskini maklumat penjamin di laman web eSILA untuk tujuan memuat turun dokumen perjanjian. Dokumen-dokumen yang telah lengkap diisi perlu dihantar ke Bahagian Hal Ehwal Pelajar institusi pengajian masing-masing selewat-lewatnya pada 31 Oktober 2011.
  4. Capaian ke atas modul ePenawaran (di laman web eSILA) mulai 16 – 21 Oktober 2011 adalah mengikut jadual Universiti yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) seperti di bawah:-

      Tarikh Boleh Dicapai Waktu Capaian Institusi
    1. 16 Oktober 2011 10.00 am sehingga 8.00 am (hari berikutnya)
    UM

    UUM

    UM (KP)

    UKM (KL)

    2. 17 Oktober 2011 10.00 am sehingga 8.00 am (hari berikutnya) UKM (BANGI)

    USM, UP (SARAWAK)

    UTM (MJIIT)

    MMU (MELAKA)

    3. 18 Oktober 2011 10.00 am sehingga 8.00 am (hari berikutnya) UPM

    UTM (KL)

    UIA

    UTEM

    UIA(PHG)

    UNiSZA

    4. 19 Oktober 2011 10.00 am sehingga 8.00 am (hari berikutnya) UNIMAP

    UITM (TERENGGANU)

    UITM (MELAKA-LENDU)

    UITM (PERAK)

    UITM (KELANTAN-KOTA BHARU)

    UITM (PAHANG)

    UITM (PULAU PINANG)

    UITM (KEDAH)

    UITM (SARAWAK)

    UMK

    UPNM

    UITM (SABAH)

    UITM (NEGERI SEMBILAN)

    UITM (PUNCAK ALAM)

    UITM (SEKSYEN 17)

    UITM (KAMPUS PJ)

    UITM (KELANTAN-MACHANG)

    UITM (KAMPUS ALOR GAJAH)

    UTP

    UNITEN

    MMU (CYBERJAYA)

    UTHM

    5. 20 Oktober 2011 10.00 am sehingga 8.00 am (hari berikutnya) UPM (BINTULU)

    UTM (PAHANG)

    UITM (SHAH ALAM)

    UITM (MELAKA BANDARAYA)

    UNITEN (MUADZAM PAHANG)

    USIM

    UMP

    USM (TRIANS KERIAN)

    UNIMAS

    UMT

    USM (KUBANG KERIAN)

    6. 21 Oktober 2011 10.00 am sehingga 8.00 am (hari berikutnya) UTM (SKUDAI)

    UMS

    UITM (PERLIS)

    UITM (JOHOR)

    UKM

  5. Calon yang berjaya hendaklah MEMATUHI JADUAL yang telah ditetapkan di atas bagi capaian ePenawaran tersebut bagi mengelak kesulitan dan melancarkan proses penawaran PIDN Tahun 2011 JPA secara atas talian.

Pertanyaan

Pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai garis panduan semakan dan penawaran biasiswa JPA PIDN 2011 ini boleh diajukan ke alamat emel [email protected] atau hubungi talian 03-8885-3553/ 3308/ 3295/ 3333.

6 thoughts on “Garis Panduan Semakan & Penawaran PIDN 2011

  1. saya nak tanya bilakah permohonan biasiswa pidn yg seterusnya akan dibuka? saya mengambil jurusan diploma teknologi makanan di uitm.. adakah boleh saya memohon biasiswa jpa? saya baru sahaja menamatkn semester1 dan akn melnjutkn plajran ke semester2 sesi nov2011 ini.. harap boleh bantu :)

  2. Assalamualaikum…saya safika…saya nak tanya biasiswa saya dapat tajaan JPA PIDN tahun 2011/2012..tapi saya nak tolak balik tarawan perjanjian tersebut …atas sebab-sebab tertentu.boleh ke tidak saya berbuat demikian??dan ape perkara yang perlu saya lakukan untuk menolak tawaran tersebut…saya harap pihak tuan dapat menjawab pertayaan saya…sekian terima kasih.

  3. Afeeqah Amalina says:

    assalamualaikum..saya ingin bertanya….. bilakah biasiswa JPA bagi tahun 2012 akan di tawarkan?

  4. sye lepasan spm 2011,nk trnye bila biasiswa jpa pidn 2012 dibuka utk lepasan spm?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>