Permohonan Biasiswa Politeknik JPA 2011

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah pun membuka tawaran permohonan biasiswa politeknik bagi tahun 2011. Para pelajar yang telah mendaftar untuk mengikuti pengajian peringkat Diploma di Politeknik adalah dipelawa untuk memohon biasiswa politeknik tajaan JPA ini.

Permohonan Biasiswa JPA Politeknik

Politeknik KPT ditubuhkan bagi melahirkan lulusan separa profesional dalam bidang kejuruteraan, perdagangan dan perkhidmatan di peringkat diploma bagi membantu memenuhi keperluan sumber manusia di sektor awam dan swasta. Seiring dengan pelan transformasi, Politeknik KPT menawarkan program pengajian di peringkat diploma dan diploma lanjutan termasuk program sijil kemahiran kepada calon berkeperluan khas.

Sehingga sesi Julai 2011, terdapat sebanyak 54 program peringkat diploma dan 4 program peringkat diploma lanjutan ditawarkan di 27 politeknik seluruh negara. Ketika ini terdapat 88,000 pelajar yang sedang mengikuti program pengajian di Politeknik KPT.

Syarat Permohonan

Setakat ini tiada maklumat syarat permohonan untuk tawaran permohonan biasiswa politeknik 2011 di laman web JPA. Kami akan mengemaskini syaratnya di sini apabila maklumat tersebut disediakan. Sebagai panduan sila rujuk syarat yang ditetapkan pada tahun lepas di Permohonan Biasiswa Politeknik JPA 2010.

Permohonan

  1. Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (on-line) di laman web Permohonan Biasiswa Politeknik JPA.
  2. Pemohon terlebih dahulu perlu mendaftar di laman web http://esilav2.jpa.gov.my untuk mendapatkan katalaluan secara percuma.
  3. Pemohon dibenarkan menghantar satu permohonan sahaja tetapi dibenarkan mengakses sebanyak 3 kali untuk mengemaskini atau meminda sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya permohonan yang terkini sahaja diambilkira sebagai penerimaan permohonan.
  4. Permohonan melalui pos tidak akan dilayan.
  5. Salinan sijil-sijil tidak diperlukan kecuali dinyatakan dalam “Slip Pengesahan Permohonan Biasiswa JPA Tahun 2011”.
  6. Pemohon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak “Slip Pengesahan Permohonan Biasiswa JPA Tahun 2011” sebagai bukti permohonan telah dibuat.

Tarikh Tutup

Tarikh tutup permohonan biasiswa politeknik JPA ini ialah pada 15 September 2011.

Pertanyaan

  1. Sebarang masalah teknikal semasa mendaftar atau mengisi borang permohonan dan sebarang pertanyaan mengenai program tajaan ini boleh dibuat dengan menghubungi talian 03 8885 3541, 03 8885 3552 atau e-mail kepada [email protected]
  2. Maklumat lanjut berkenaan biasiswa ini boleh juga diperolehi Syarat-syarat Permohonan Program Biasiswa Politeknik 2010 (untuk 2011 belum dikeluarkan) dan di laman web http://esilav2.jpa.gov.my atau http://www.jpa.gov.my.

27 thoughts on “Permohonan Biasiswa Politeknik JPA 2011

  1. Bilakah biasiswa politeknik JPA 2011 dibuka bagi intake disember 2011 ini??
    mungkin dgn adanya permohonan biasiswa ini pinjaman pelajaran lain tidak perlu dimohon.

  2. saya pelajr baru bacelor pendidikan sains pertanian di upm ambilan 2011/2012 , ada x permohonanan biasiswa politeknik untuk pelajar ambilan baru?klu ada, bla biasiswa tu dbuka?

  3. yg dpt ambilan disember pon bole apply ke? sebab kat situ tulis yg telah mendaftar

  4. di mana kita nak mendapatkan borang maklumat penjamin? tiada pautan utk itu.

  5. ini untuk tahun 2010..2011 bila ye ?

  6. macam mana cara untuk apply permohonan biasiswa politeknik ni? masih buka lagi?

  7. bila agaknya result JPA ni akan keluar?

  8. bla agak2 nya keputusan JPA ni akan keluar?

  9. kecewa~!! :'(

  10. sy da berjaya tapi ta boleh la LOg Masuk kat ePenawaran…

    masa da suntuk ni…tolong saya…mcm mne nak buat ni..

  11. bg yang da memohon n da dlulluskan ble duit akan msuk????plizzz….

  12. assalamualaikum…

    saye nak tanye…bile biasiswa politeknik sesi 2011 akan dikreditkan ke akaun kami…kami sngat terdesak nak pakai duet..

    sgale bantuan amatlah dihargai…

    • sabar memang lambat sket tp akan masok setelah segala dokumen diiai dengan betul dan telah dihantar ke pihak jpa semula. wang akan dikreditkn setelah pihak jpa mendapat pengesahan drpd poli bekenaan dlm masa 10 hari bekerja…

  13. Bila TARIKH prmohonan jpa tuk sesi 2012 akan dbuka??

  14. Utuk permohonan 2012 bila akan di buka?? syarat syarat memohon bagaimna pula??

  15. […] rujuk komen-komen di Permohonan Biasiswa JPA Politeknik 2010 dan 2011 sebagai […]

  16. sya dah bgi no akaun..agak2x bila duit JPA akan masuk…
    & mcm mana nak taw dah masuk ke belum….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.