Permohonan Biasiswa Politeknik JPA 2010

TERKINI : Permohonan Biasiswa Politeknik JPA 2011

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan membuka tawaran permohonan biasiswa politeknik bagi tahun 2010 mulai 27 Julai ini. Para pelajar yang telah mendaftar untuk mengikuti pengajian peringkat Diploma di Politeknik bagi kemasukan Sesi 2010/2011 adalah dipelawa untuk memohon biasiswa politeknik tajaan JPA ini.

Bidang Tajaan

Semua bidang diperingkat diploma yang ditawarkan di politeknik bagi sesi 2010/2011.

Syarat Permohonan

Calon yang layak memohon adalah;

  1. Warganegara Malaysia
  2. Terbuka kepada semua pelajar yang mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  3. Umur tidak melebihi 19 tahun pada tarikh iklan
  4. Telah mendaftar diri untuk mengikuti pengajian tahun satu di politeknik pada bulan Januari sesi 2009/2010 atau pada bulan Julai sesi 2010/2011
  5. Pelajar SPM lepasan 2008
    • Mendapat sekurang-kurangnya gred kepujian 6C dalam Bahasa Melayu
    • Memperolehi sekurang-kurangnya gred 4B dalam 6 matapelajaran lain
  6. Pelajar SPM lepasan 2009
    • Mendapat sekurang-kurangnya gred kepujian C dalam Bahasa Melayu
    • Memperolehi sekurang-kurangnya gred B dalam 6 matapelajaran lain

Calon yang tidak layak memohon:

  1. Pelajar yang mengikuti pengajian di peringkat sijil
  2. Pelajar yang berada di tahun dua dan ke atas
  3. Pelajar yang mengikuti kursus yang berkaitan dengan pendidikan
  4. Pelajar yang telah mempunyai kelayakan Diploma
  5. Pelajar yang sedang mengikuti Program Pendidikan Jarak Jauh/separuh masa
  6. Pelajar yang mempunyai Diploma Lepasan Ijazah atau Diploma anjuran sesuatu Jabatan/Agensi.

Kadar Biasiswa

Biasiswa yang ditawarkan adalah seperti berikut;

  1. Elaun sara hidup samada RM7,560 atau RM6,426 setahun
  2. Elaun buku RM400 setahun
  3. Elaun alat perkakas antara RM50 sehingga RM250 setahun
  4. Elaun kertas projek RM150 setahun
  5. Yuran pengajian politeknik RM400 setahun.

Di samping itu elaun tambang kapal terbang untuk perjalanan dua hala diberikan setiap tahun daripada RM100 – RM1,000 bergantung kepada lokasi.

Kontrak

Pemohon yang menerima tawaran biasiswa politeknik tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam ini dikehendaki berkhidmat dengan Kerajaan atau tuntutan gantirugi akan dikenakan. Tempoh berkhidmat dengan Kerajaan dan tuntutan gantirugi ini bergantung kepada tempoh pengajian dan jenis pengajian.

Tempoh berkhidmat ini adalah di antara 3 sehingga 6 tahun dan jumlah gantirugi pula samada RM70,000 atau RM100,000.

Permohonan

  1. Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (on-line) di laman web Permohonan Biasiswa Politeknik JPA Sesi 2010/2011 mulai 27 Julai 2010.
  2. Pemohon terlebih dahulu perlu mendaftar di laman web http://esilav2.jpa.gov.my untuk mendapatkan katalaluan secara percuma.
  3. Pemohon dibenarkan menghantar satu permohonan sahaja tetapi dibenarkan mengakses sebanyak 3 kali untuk mengemaskini atau meminda sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya permohonan yang terkini sahaja diambilkira sebagai penerimaan permohonan.
  4. Permohonan melalui pos tidak akan dilayan.
  5. Salinan sijil-sijil tidak diperlukan kecuali dinyatakan dalam “Slip Pengesahan Permohonan Biasiswa JPA Tahun 2010”.
  6. Pemohon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak “Slip Pengesahan Permohonan Biasiswa JPA Tahun 2010” sebagai bukti permohonan telah dibuat.

Tarikh Tutup

Tarikh tutup permohonan biasiswa politeknik JPA ini ialah pada 2 Ogos 2010.

Pertanyaan

  1. Sebarang masalah teknikal semasa mendaftar atau mengisi borang permohonan dan sebarang pertanyaan mengenai program tajaan ini boleh dibuat dengan menghubungi talian 03 8885 3541, 03 8885 3552 atau e-mail kepada esila@jpa.gov.my.
  2. Maklumat lanjut berkenaan biasiswa ini boleh juga diperolehi Syarat-syarat Permohonan Program Biasiswa Politeknik 2010 dan di laman web http://esilav2.jpa.gov.my atau http://www.jpa.gov.my.

24 thoughts on “Permohonan Biasiswa Politeknik JPA 2010

  1. […] This post was mentioned on Twitter by ePutra Nilam, Shaz Nilam. Shaz Nilam said: ePutra – Permohonan Biasiswa Politeknik JPA 2010: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan membuka tawaran per… http://bit.ly/d8yXWz […]

  2. bila keputusan permohonan bg politeknik 2010 akan keluar…kalau x dpt bleh mryu ke..

  3. salam..abg,bila permohonan baru keluar??.sy terlepas nk apply tuk kali nie..

  4. Permohonan sy untuk biasiswa politeknik 2010

    telah diluluskan.bila sy akan dpt duit biasiswa tu?

  5. ala..saya pun telepas mohon.bila lg tarikh untuk dak poli kuar??

    tapi saya sem3 dah skang. nape xlayak dah ker?

  6. salam. result spm sya 5a1 2b4 tp knpa sya xdpt biasiswa mnta penjelasan.
    rakan2 sya juga yg spmnya juga cemerlang sprti saya tp tdk dpt.

  7. Salam..sy nk tny..sy dpt twran biasiswa..n di0wg kte kne tngu surat lu..ble ea surat akn dp0s?c0z sy da tngu tp surat xsmpai ag..

  8. salam…
    kena buat cmner klau slip pengesahan permohonan biasiwa jpa 2010 hlang???
    dah cetak mse isi dlu…
    tpi,dah hlang…

  9. nk buat cmner klu slip pengesahan permohonan biasiswa jpa 2010 hlang??

  10. bila tarikh pemohonan biasiswa sesi 2011..??

  11. boleh saya tahu ble tarikh permohonan biasiswa politeknik jpa untuk tahun 2011 dibuka……………..

  12. ble permohonan tuk lpsn spm 2010 nie..krenye dak poli 2011..

  13. ble permohonan tuk lpsn spm 2010 nie..krenye dak poli 2011..

  14. yaa2..ble blh nk wt permohonan ni… sape2 yg tahu..tlg la gtw ek… skrg dh 3jun… xdk pape brita pon..

  15. ble 2011 pnye??cm ner nk mohon???

  16. sye tlepasb aply la..ble plak sye blh nk aply ni??

  17. […] memohon biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) […]

  18. Permohonan biasiswa politeknik JPA telah dibuka sila rujuk Permohonan Biasiswa Politeknik JPA 2011

  19. […] rujuk komen-komen di Permohonan Biasiswa JPA Politeknik 2010 dan 2011 sebagai […]