Keputusan peperiksaan Malaysian University English Test (MUET) pertengahan tahun 2009 boleh disemak mulai 13 Julai 2009.

Para calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah atau institusi masing-masing mulai pukul 10.00 pagi. Manakala calon persendirian akan menerima keputusan mereka melalui pos.

Semakan keputusan juga boleh dibuat mulai pukul 12:01 tengah malam secara sms; MUET(jarak)No. MyKad dan hantar kepada 36363 dan di laman web www.mpm.edu.my mulai pukul 9.00 pagi pada 13 Julai 2009.

Mereka yang bercadang untuk menduduki semula peperiksaan MUET ini pada penghujung tahun perlulah mendaftar dengan Pejabat Pelajaran Negeri atau Pejabat Pelajaran Daerah sebelum 23 Julai 2009.

Seramai 85,240 orang pelajar telah menduduki peperiksaan MUET pertengahan tahun 2009 ini di 885 pusat seluruh negara.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Related posts

Sponsors