Keputusan permohonan kemasukan ke Universiti Teknologi MARA (UiTM) pengambilan sesi kedua Mac 2012 telah boleh disemak mulai semalam. Ini adalah untuk permohonan program Ijazah Sarjana Muda sahaja. Terima kasih kepada Xsen Kamen kerana berkongsi maklumat ini di Facebook ePutra.
Semakan Keputusan Permohonan UiTM
Semakan keputusan permohonan kemasukan UiTM ini boleh dibuat di
Permohonan e-Rayuan UiTM
- Pemohon yang tidak berjaya mendapat tawaran boleh membuat permohonan e-Rayuan.
- Rayuan hanya dibuka untuk program yang disenaraikan sahaja.
- Tempoh rayuan adalah dari 13 Februari sehingga 17 Februari 2012 sahaja.
- Keputusan rayuan dijangka akan diumumkan pada 21 Februari 2012.
- Semakan keputusan rayuan boleh dibuat di portal yang sama di atas iaitu Portal Kemasukan Pelajar UiTM
Pertanyaan
Jika terdapat sebarang persoalan berkaitan dengan permohonan kemasukan ke UiTM ini sila hubungi:
- Ketua Bahagian Pengambilan Pelajar,
Aras Bawah,
Bangunan UiTM International Centre (UIC)
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam, Selangor
Tel: (+603) 5544 3164, 3165, 3166, 3174, 3175
Faks: (+603) 5544 3170
e-mel: bpp@salam.uitm.edu.my
Web: http://pengambilan.uitm.edu.my
Salam. Jika seseorang pelajar itu pernah belajar di UiTM, dan menarik diri. Kemudian belajar di universiti lain. Selesai belajar di universiti tersebut, dia ingin memohon untuk masuk ke UiTM semula. Adakah UiTM akan melayan permohonan beliau? Harap bantu.
boleh jer..try la dulu
salam….saya dulu pernh belajar salah satu kolej bersekutu uitm dan keluar pada semester 1 masuk ke kolej lain..then,saya apply ambilan ijazah mac baru2 nie…adakah saya kna blacklist dari uitm?coz ade pihak yang bgtau saya nama saya diblacklist coz pernah keluar dr under uitm…
salam… tidak semestinya bergantung kepada cara anda keluar dulu juga
salam..bila keputusan rayuan uitm keluar?..xsilap saya 21hb februaru 2012.tp sy xjmpa link nk check rayuan tersebut..
tu la sha,,kita pun tgh tunggu2 bila keluar result rayuan,,hari check..xde pun..
semak di link yang sama buat semakan permohonan dahulu iaitu http://online.uitm.edu.my/keputusan_main.cfm
pening la…cara nak semak rayuan..tak da link pun mcm mana nak semak..tolong bantu saya..dh pergi ke online uitm tapi tak jumpa link untuk semak rayuan tu sedangkan dah ada pengunguman
utuk semak rayuan pada 5 disember 8 pagi
boleh saye tau link unt check keputusan rayuan uitm ? da 2 hari tgu, takde pun keluar lagi. 🙁
di http://online.uitm.edu.my/keputusan_main.cfm
kan..apcal ek xjumpa link die?
sebenarnya semakan rayuan guna link yang sama dengan semakan permohonan iaitu di http://online.uitm.edu.my/keputusan_main.cfm
Tp die x ckp pon utk keputusan rayuan.
betul2,,dia xde bagi tahu pun tu keputusan RAYUAN dah keluar?
salam sejatra,
Saya nk bertanya mengenai anak saya yaitu sekiranya ia dah sambung belajar di uniten untuk ijazah jurusan kejuruteraan awam, yurannya terlalu mahal, jadi sekiranya ia nk memohon masuk ke uitm, boleh xtak sambung mohon di sana utnutk bidang yg sama? Harap tolong berikan jawapanya, terima kasih
Salam sejahtera,
Cuba hubungi pihak terus UiTM untuk mendapatkan kepastian samada anak puan boleh mohon dan jika berjaya, bolehkah credit hour UNITEN dipindahkan ke UiTM
salam…bilakah tarikh permohonan ke uitm sesi 2 2012?
uniten is ipta right ? how to apply ?
salam sejahtera,saya pelajar uitm trgganu.saya telah membuat RAYUAN untuk penukaran kampus,dan kriteria yang telah saya lampirkan dalam surat rayuan itu adalah bersesuaian dengan syarat-syarat penukaran uitm,tetapi permohonan saya telah ditolak,saya mohon agar dapat membuat rayuan untuk kali kedua kerana saya tidak mahu pengajian saya tergantung disini sahaja.apakah tindakan yang sewajarnya dapat saya lakukan?
salam sejahtera,saya pelajar uitm trgganu.saya telah membuat RAYUAN untuk penukaran kampus,dan kriteria yang telah saya lampirkan dalam surat rayuan itu adalah bersesuaian dengan syarat-syarat penukaran uitm,tetapi permohonan saya telah ditolak,saya mohon agar dapat membuat rayuan untuk kali kedua kerana saya tidak mahu pengajian saya tergantung disini sahaja.apakah tindakan yang sewajarnya dapat saya lakukan?
salam, jika seseorang pelajar uitm itu menarik diri semasa degree, dan kemudian memohon untuk diploma uitm adakah uitm akan terima
salam, kawan saya malu nak bertanye_jadi saye wakil bagi pihak dia untuk bertanya_kalau dia dah dibuanh uitm , adakah dia akan diterima balik ?_ataupun kena buat rayuan ?
Salam. Saya nak tanya. Saya pelajar diploma semester 2 di UiTM. Kini mengambil jurusan akaun ttp saya ingin menukar program saya. Memandangkan UiTM tidak lagi membenarkan pelajarnya menukar kursus/program mahupun kampus, jadi saya mengambil keputusan untuk menarik diri dari UiTM dan ingin membuat permohonan baru untuk program baru yang saya inginkan. Soalan saya, adakah UiTM menerima atau tidak menerima permohonan baru saya? TQVM.
saya benar2 ingin menyambung pengajian ijazah sarjana muda di uitm tetapi CGPA diploma saya kurang drpd 2.75. saya sedang bekerja dalam bidang yang saya ceburi tetapi, hati saya semakin kuat utk menyambung pengajian. adakah pengalaman kurang drpd 1 tahun bekerja dpt membantu saya untuk di serap bagi menyambung ijazah???
salam. saya baru sahaje menarik diri dari uitm sebab nak tuka kos.saya nak tau.adakah nama pelajar menarik diri ni disenaraikan atau dipaparkan kepada public.? saya mahu tahu untuk kepastian sebab saya khuatir ada pihak akan senarai kan nama pelajar menarik diri dari uitm dgn cara memaparkan di i-portal or bulletin board