Kementerian Pelajaran telah mengumumkan bahawa pengambilan Calon Guru Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR) Mode Sepenuh Masa bagi ambilan Januari 2010 tidak akan diiklankan. Pemilihan calon guru bagi Ambilan Januari 2010 adalah berdasarkan calon simpanan yang memohon bagi KPLI-SR Ambilan Khas Jun 2009 yang lalu.
Menurut Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Pelajaran, permohonan untuk KPLI tidak diiklankan kerana masih ramai calon atau pemohon Ambilan Khas Jun 2009 yang berkelayakan yang masih belum ditawarkan kursus. Bahagian Pendidikan Guru (BPG), KPM juga telah mendapat kebenaran daripada Menteri Pelajaran Malaysia untuk tidak mengiklankan pengambilan KPLI. Keputusan ini juga selaras usaha kerajaan melaksanakan langkah berhemah dalam penggunaan belanja mengurus.
Calon KPLI Ambilan Januari 2010 diproses dari calon simpanan sejumlah hampir 40 ribu orang yang telah Lulus Ujian Saringan tetapi tidak dapat ditawarkan pada Ambilan Jun 2009 kerana unjuran keperluan guru bagi Ambilan Januari 2010 hanya seramai 1,555 calon sahaja.
Relevannya BPG, KPM mengambil calon simpanan adalah kerana kesemua calon simpanan terdiri daripada calon yang telah Lulus Ujian MTeST dan calon yang telah menjalani temuduga. Disebabkan unjuran atau keperluan jawatan yang sedikit sebelum ini mereka tidak dapat ditempatkan atau ditawarkan KPLI.
Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini sila hubungi Bahagian Pendidikan Guru, Aras 2 – 6, Blok E13, Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya atau telefon 03-8884 6000 atau faks 03-8884 1081 / 03-8884 3507.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!Related posts
Sponsors








bilakah tarikh permohonan ke kolej perguruan bagi sesi 2010 (lepasan SPM 2009)?