Program Kembar Praperkhidmatan B. Ed (TESL) pusingan ketiga yang akan dilaksanakan antara institusi Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan universiti luar negara diluluskan Kabinet baru-baru ini, kata Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Beliau berkata kelulusan itu selaras dengan usaha untuk menambah bilangan guru-guru bahasa Inggeris yang fasih, berkualiti dan dapat menguasai ilmu pengetahuan dengan baik.
“Kementerian Pelajaran sudah meluluskan penyertaan seramai 1,000 pelajar untuk dua kumpulan bagi menyertai program itu,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini, Jumaat.
Kumpulan ini akan menjadi model dan penanda aras bukan sahaja kepada guru-guru bahasa Inggeris tetapi juga guru-guru Sains dan Matematik.
Terdapat sembilan universiti luar negara terlibat antaranya Canterbury Christ Church University, University Of Auckland, University Of Warwick, University Of Portsmouth dan Victoria University Of Wellington.
Sepuluh IPGM akan terlibat mengadakan program itu, antaranya Institut Perguruan Bahasa-Bahasa Antarabangsa, Institut Perguruan Persekutuan Pulau Pinang, Institut Perguruan Ipoh Perak, Institut Perguruan Ilmu Khas, Institut Perguruan Kota Bharu dan Institut Perguruan Darul Aman.
Hishammuddin berkata antara faedah program berkembar itu adalah pemindahan teknologi dan kepakaran daripada aspek kurikulum, penilaian, jaminan kualiti serta akreditasi dapat diteruskan dan diaplikasikan ke tahap maksimum.
Katanya pelajar juga akan berpeluang membuat perbandingan antara sistem pendidikan serta mempelajari teknik pengajaran dan pembelajaran terkini dengan lebih berkesan di negara universiti yang mengambil bahagian.
“IPGM juga akan mendapat pengiktirafan daripada universiti luar negara bagi melaksanakan program latihan guru secara kerjasama sesuai dengan matlamat pengantarabangsaan IPGM,” katanya.
Beliau berkata program itu dapat menarik calon terbaik lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk menceburkan diri dalam profesion perguruan.
Sumber : BERNAMA
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!Related posts
Sponsors
![Reblog this post [with Zemanta]](http://img.zemanta.com/reblog_e.png?x-id=a23a68e7-a2f4-4365-8125-97dd2b38a35a)







minimum result yang boleh mohon untuk tesl………
cara untuk mohon………