Permohonan Kursus Perguruan Lepasan SPM KPLSPM Ambilan Julai 2009

TERKINI :

Semakan Keputusan RAYUAN Kursus Perguruan Lepasan SPM KPLSPM Ambilan Julai 2009.
Semakan Keputusan Permohonan Kursus Perguruan Lepasan SPM KPLSPM Ambilan Julai 2009.

Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon-calon lepasan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) yang berminat dalam profesion perguruan untuk memohon Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) Ambilan Sesi Julai Tahun 2009.

Pelajar lepasan SPM yang berminat untuk menjadi guru boleh memohon secara atas talian untuk mengikuti KPLSPM. Pemohon yang berjaya melalui syarat-syarat awal kursus akan mengikuti latihan perguruan selama empat tahun. Pada akhir pengajian, pelatih yang berjaya akan dianugerahkan Sarjana Muda Pendidikan dalam bidang yang dipilih. KPLSM menawarkan kursus perguruan bagi semua peringkat sekolah.

Program Latihan

Bahagian Pendidikan Guru mengendalikan beberapa program latihan keguruan praperkhidmatan untuk calon lepas SPM seperti tersebut dibawah :

  1. Program Penghantaran Pelajar Cemerlang ke Universiti Terkemuka Luar Negara.
  2. Program Kembar Bahasa Perancis (PKBP).
  3. Program Kembar Bahasa Jerman (PKBJ).
  4. Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).

Pemilihan Calon

  • Hanya calon-calon yang memperoleh jumlah skor merit terbaik yang melepasi tahap skor minimum yang ditetapkan sahaja yang akan dipanggil temu duga. Calon-calon yang dipanggil temu duga dikehendaki menduduki Ujian Sahsiah Keguruan (INSAK) secara bertulis semasa menghadiri temu duga.
  • Pemilihan calon untuk tawaran bagi mengikuti kursus keguruan bergantung kepada merit skor akademik, prestasi dalam temu duga dan juga keputusan ujian sahsiah (INSAK).

Skor Merit

  • Pemilihan calon untuk mengikuti program latihan perguruan adalah berdasarkan kepada merit. Skor merit adalah skor yang diperolehi daripada jumlah skor akademik dan juga skor dalam kegiatan ko kurikulum.
  • Sebelum ditawarkan untuk mengikuti pengajian perguruan, calon-calon dikehendaki menduduki temu duga dahulu. Calon-calon yang melepasi skor merit minimum yang ditetapkan sahaja akan dipanggil untuk ditemu duga.

Cara Memohon

  • Permohonan secara atas talian (online) untuk memasuki Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) Ambilan Julai 2009 hanya boleh dibuat melalui laman web Aplikasi Perguruan Kementerian Pelajaran Malaysia atau terus sahaja ke portal KPLSPM Ambilan Julai 2009.
  • Permohonan ini hanya boleh dibuat dengan menggunakan nombor pengenalan individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh Malaysia mulai 8 Mac 2009 dengan bayaran sebanyak RM 6.00 Calon atau wakilnya hendaklah membawa bersama kad pengenalan atau salinan kad pengenalan calon untuk membeli nombor pin tersebut.
  • Calon dibenarkan mengemukakan hanya satu permohonan sahaja.

Tarikh Tutup

  • Permohonan untuk mengikuti KPLSPM ini akan ditutup pada 22 Mac 2009.

Pendaftaran

  • Calon yang berjaya yang ditawarkan tempat untuk mengikuti Kursus Persediaan bagi Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Ke Luar Negara (PPC) ini akan mendaftar di Kolej/ Institut pada bulan Jun 2009. Tarikh yang sebenar akan dimaklumkan nanti.
  • Calon-calon program lain yang ditawarkan tempat untuk mengikuti Kursus Persediaan akan mendaftar di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) pada 13 Julai 2009 (Tarikh tertakluk kepada pindaan).
  • Calon yang telah ditemu duga dan tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh satu bulan selepas tarikh pendaftaran adalah dianggap tidak berjaya. Bahagian ini tidak akan mengeluarkan maklumat secara bersurat kepada calon.

Sila rujuk laman web Permohonan Kursus Perguruan Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM) Kementerian Pelajaran Malaysia untuk maklumat yang lebih terperinci.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Subscribe / Share

Article by Azhad Nilam

ePutra cuba membantu menyampaikan maklumat yang berkaitan dengan pendidikan di Malaysia. Semua maklumat di sini boleh digunakan semula tetapi sila buat pautan atau rujukan kepada ePutra.com. Terima kasih. Azhad Nilam tagged this post with: , , , , , Read 321 articles by Azhad Nilam
227 Comments Post a Comment
  1. cheng SM says:

    helo..
    bolehkah saya tau bila boleh membuat pendaftaran untuk KPLSPM tahun 2010??
    dan bagaimana buat pendaftaran?
    ribuan terima kasih atas bantuan tuan ..
    terima kasih banyak banyak////

  2. nilam says:

    Beby,
    KPLSPM hanya dibuka kepada lepasan SPM sahaja. Lepasan Diploma boleh memohon untuk mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di IPTA. Anda juga boleh mengikuti program peringkat ijazah yang lain dan selepas tamat memohon KPLI untuk menjadi guru. Program KPLD memang tidak ada.

    Bakal Guru,
    Salam… Biasanya semua itu dalam bulan Mac dan umur mestilah tidak melebihi 20 tahun.

    E’Yam, Momey dan Cheng SM,
    Salam… Anda boleh memohon bila tawaran untuknya dibuka pada bulan Mac nanti. Permohonan boleh dibuat secara online melalui laman web yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran nanti.

  3. MOMOEY says:

    terima kasih NILAM.. :)

  4. FarAWAY says:

    saya merupakan pelajar lepasan SPM, ingin memohon menjdi seorang guru. Masalahnya, saya tidak tahu di mana perlu saya apply permohonan menjadi guru ambilan 2010. Terima kasih.

  5. azratul says:

    saya merupakan pelajar diploma tahun kedua di sebuah kolej swasta.saya pernah teuduga untuk maktab perguruan sebanyak 3 kali namun semua yer gagal.jadi, boleh tak inform tentng pengambilan pelajar maktab yang terbaru supaya saya boleh mohon lagi sekali.

  6. tieyhah says:

    sya nk thu bla tarik permohonan kmasukan ke maktab perguruan??

  7. bai says:

    bilakah tarikh permohonan KPLSPM bagi ambilan jun 2010?

  8. idarmawati says:

    Bilakah tarikh tawaran untuk KPLISPM 2010?

  9. hafiz says:

    saya dah apply maktab perguruan masa lepas spm..
    saya minat sangat nak jadi ckgu tapi xdapat..
    sekarang saya ada kat uitm n saya rasa macam tak dapat nak mengikuti kursus yang aya ikuti..bleh awak tolong cadangkan cikgu apa yang sesuai dengan keputusan spm saya ni..saya dapat..
    bm-A2
    bi-7D
    mat-4B
    mat tamb-8E
    lukisan kejuruteraan-3B
    sejarah-3B
    pendidikan seni-3B
    sains-1A
    pendidikan islam-2A..

    tolong balas..saya nak apply lain..saya minat sangat.saya lelaki berumur 19

  10. sakura_fmy88 says:

    cmnne nk thu psl syarat prmohonan..
    tenkiu2..

  11. nanai says:

    saya nak jadi cikgu…. macam mana saya nak daftar?

  12. Dmitri says:

    Need info…

    Bila tarikh buka permohonan untuk PISMP untuk lepasan SPM 2009?…
    Ape websitenye?…

    Makseh…

  13. razak says:

    salm,saya nk tnye,
    bile permohonan kplspm ambilan 2009 dibuka??
    ape laman webnye?

  14. lin says:

    sy ingin tnya skiranya seseorg itu sdh berumur 23 thn dan 20 thn laki2 dan prmpn,bagaimana ingin memasuki maktab perguruan??dengan mggunakan sijil SPM .bagaimana cara serta dimana harus kt mulakn tuk menjadi seorang guru…..harap dapat menjawabnya dengan segera………..sekian,terima kasih.kerjasama anda dihargai…….

  15. yudin bin yunus says:

    adakah seseorang pelajar yang memegang taraf pemastautin tetap lepasan SPM 2008 dapat melanjutkan pelajaran ke kursus perguruan dan layak mendapat kemudahan yang telah di sediakan oleh pihak kerajaan?

  16. yudin bin yunus says:

    Adakah seseorang pelajar yang memegang taraf pemastautin tetap lepasan SPM tahun 2008,dapat melanjutkan kursus perguruan dan layak mendapat kemudahan yang telah disediakan oleh kerajaan?

  17. nilam says:

    Momoey,
    Sama-sama.

    FarAway, Azratul, Tieyhah, Bai, Idarmawati, Nanai, Dmitri dan Razak,
    Maklumat mengenai pengambilan guru akan diumumkan di laman web Kementerian Pelajaran di bahagian Perkhidmatan Aplikasi Dalam Talian. Biasanya tawaran akan dibuka dalam bulan Mac.

    Hafiz,
    Secara amnya pengambilan guru adalah untuk mereka dari lepasan SPM dan lepasan Ijazah sahaja. Di samping itu ada juga ambilan untuk guru sandaran tetapi pengambilannya tidak pasti.
    Saya tidak pasti bidang guru apa yang sesuai untuk anda kerana saya tidak mempunyai pengalaman mengenainya. Walaupun begitu memandangkan anda telah belajar di UiTM, saya cadangkan anda teruskan pengajian dan sambung sehingga ijazah. Selepas itu cuba pula mohon kursus perguruan lepasan Ijazah.

    Sakura_fmy88 dan Lin,
    Syarat-syarat yang berkaitan boleh disemak di laman web Kementerian Pelajaran di bahagian Laluan Perguruan

    Yudin,
    Setahu saya ia hanya terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja.

  18. student says:

    dimne nk cri borang utk apply maktab perguruan..?borang ssh nk jmpe..

  19. aziz says:

    Menggunakan keputusan spm 2008, saya ada memohon untuk kursus keguruan tetapi tiada sebarang keputusan dari bpg. Saya amat berminat. Bagaimana dengan permohonan saya tersebut.
    Nor Amirul Amrie bin Aziz, KP 910328035411

  20. Gowri says:

    Saya sangat berminat utk menjadi guru.saya mendapat 4A dalam SPM namun tidak dipilih utk menjadi guru,tetapi saya tetap mencuba.Selepas STPM saya mencuba lagi.Saya pernah menjadi guru sandaran tetapi tidak ditawarkan KDC.Sekarang saya berumur 23tahun,dan belum meneruskan pelajaran.Apakah saya masih ada harapan untuk merealisasikan cita-cita saya untuk menjadi seorang guru?

  21. King says:

    bila lg pengambilan guru untuk tahun 2010..?

  22. King says:

    Saya ialah lepasan stpm..bagaimana caranya untuk memohon menjadi seorang guru..?

  23. nilam says:

    Student dan King,
    Maklumat mengenai pengambilan guru akan diumumkan di laman web Kementerian Pelajaran di bahagian Perkhidmatan Aplikasi Dalam Talian. Biasanya tawaran akan dibuka dalam bulan Mac.

    Aziz,
    Cuba hubungi Bahagian Pendidikan Guru di talian 03 8884 6000 untuk mendapatkan penjelasan.

    Gowri,
    Agak sukar kerana secara umumnya ada dua pengambilan iaitu bagi lepasan SPM dan lepasan Ijazah, di samping serapan guru sandaran.

  24. ema92 says:

    sy lpsn spm 09..n sy dh beli no pin utk msok mktb prguruan nie,..tp,xjmpe la website dye..tlg plzzz…:DD

  25. itazul says:

    salam..nak tnyer..
    cam ner nak isi online maktab perguruan..
    syer da cr tp xjmper…

    tlg bg th segara..

1 ... 3 4 5

Pengumuman

Find us on Facebook

Recommendations

Follow ePutra on Twitter

Archives



Copy Protected by Tech Tips's CopyProtect Wordpress Blogs.