Pendaftaran Peperiksaan STAM 2012

Pendaftaran calon sekolah dan calon persendirian bagi peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2012 telah dibuka semenjak 1 Februari 2012 yang lalu oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia

Peperiksaan STAM 2012

Borang Pendaftaran STAM
Calon Sekolah
  • Borang pendaftaran boleh diperolehi dan dikembalikan di sekolah masing-masing.
Calon Persendirian
  • Borang pendaftaran boleh diperolehi dan diserahkan di Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) terdekat.
Syarat Layak Menduduki STAM
  • Telah mengikuti Kurikulum Ma’ahad Bu’uth Al-Azhar yang dipersetujui antara pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dengan Al-Azhar Al-Syarif, Kaherah, Mesir DAN;
  • Pernah menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ATAU;
  • Telah mencapai umur 18 tahun pada 1 Januari tahun peperiksaan STAM semasa.
Yuran Peperiksaan STAM
  • Bayaran yuran peperiksaan STAM sebanyak RM 300.00 dikenakan ke atas calon sekolah swasta, calon persendirian dan calon bukan warganegara yang mengambil semua mata pelajaran.
  • Bayaran asas sebanyak RM 50.00 dikenakan ke atas calon yang ingin mengambil mata pelajaran tertentu dengan kadar yuran RM 25.00 bagi setiap mata pelajaran.
  • Bayaran hendaklah dibuat melalui kiriman wang atau draf bank yang dibayar atas nama Pengarah Pelajaran Negeri. Bayaran secara wang tunai atau cek persendirian tidak diterima.
Tarikh Peperiksaan STAM
Tarikh Tutup
  • Tarikh tutup pendaftaran peperiksaan STAM 2012 adalah pada 31 Mac 2012.
  • Pendaftaran yang lewat tidak akan diterima.
Maklumat
  • Semua pertanyaan tentang pendaftaran peperiksaan STAM 2012 hendaklah dirujuk kepada sekolah masing-masing atau Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri tempat calon mengambil peperiksaan.
  • Sila rujuk juga laman web Lembaga Peperiksaan Malaysia untuk mendapatkan maklumat tambahan.
  • Alamat dan nombor telefon Jabatan Pelajaran Negeri bagi setiap negeri boleh diperolehi di Senarai Jabatan dan Bahagian Kementerian Pelajaran Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.