Keputusan Peperiksaan STAM 2011

Keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2011 akan diumumkan pada hari Khamis 26 Januari 2012. Seramai 8,499 orang calon telah menduduki STAM pada tahun ini yang terdiri daripada 3,782 calon Sekolah Kerajaan, Bantuan Kerajaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, 2569 calon Sekolah Menengah Agama Negeri, 649 calon Sekolah Agama Rakyat, 1,462 calon persendirian dan 37 calon Sekolah Menengah Swasta.

Calon Sekolah

Keputusan Peperiksaan STAM

Mereka yang menduduki STAM 2011 boleh memperolehi keputusan peperiksaan di sekolah masing-masing mulai pukul 10.00 pagi pada hari tersebut.

Calon Persendirian

Calon persendirian STAM pula akan menerima keputusan mereka melalui pos. Mereka boleh juga menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) tempat pendaftaran peperiksaan dibuat dahulu bagi menyemak keputusan STAM.

Semakan Secara SMS

Di samping itu mulai tahun ini Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan perkhidmatan semakan keputusan STAM melalui mySMS 15888. Format yang ditetapkan adalah;

  • STAM <angka giliran> dan hantar sms ke 15888

Perkhidmatan semakan keputusan STAM melalui SMS hanya boleh dugunakan mulai pukul 10:00 pagi 26 Januari 2012 sehingga 12 tengahari 1 Februari 2012.

Permohonan Ke IPTA Untuk Lepasan STAM

Selepas menerima keputusan STAM mereka boleh membuat permohonan kemasukan ke IPTA. Maklumat lanjut boleh diperolehi di

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan berkaitan dengan keputusan peperiksaan STAM ini sila hubungi JPN yang terdekat atau Lembaga Peperiksaan Malaysia di talian 03 8884 3787 atau faks 03 8884 3783.

5 thoughts on “Keputusan Peperiksaan STAM 2011

  1. stam pada tahun hadapan berapa tahun dimelaka????

  2. stam tahun 2012 ini, masih memakai silibus pelajaran yg lepas ke?? kalau ada pertambahan atau sukatan pelajaran stam yg sudah di gubal, mohon di beritahu ye?

  3. […] Keputusan STAM 2011 telah diumumkan lebih awal iaitu pada 26 Januari 2012 yang lalu. Manakala  keputusan peperiksaan SPM 2011 pula akan diumumkan pada minggu ketiga bulan Mac. […]

  4. PROMOSI MENARIK KEMASUKAN PELAJAR LEPASAN SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM) DI AL MADINAH INTERNATIONAL UNIVERSITY DI MALAYSIA

    Sesiapa yang Berminat untuk mendapat surat tawaran Belajar di AL MADINAH INTERNATIONAL UNIVERSITY (MEDIU)
    diminta untuk mesej SMS NAMA PENUH, DAN ALAMAT EMAIL SERTA NAMA KURSUS yang hendak diambil,kepada EN AM TEL : 012-379 1871 atau 017-6842 836. Anda juga boleh menghubungi EN AM, TEL : 012-379 1871 atau 017-6842 836.

    Sebarang pertanyaan mengenai kemasukkan ke
    AL MADINAH INTERNATIONAL UNIVERSITY (MEDIU)
    bolehlah menghubungi EN AM, 012-379 1871 atau 017-6842 836 atau email ke [email protected] untuk perbincangan selanjutnya

    Sesiapa berminat untuk dapatkan SURAT TAWARAN AL MADINAH INTERNATIONAL UNIVERSITY (MEDIU) DIMINTA dan DIWAJIBKAN untuk mesej SMS NAMA PENUH, NOMBOR KAD PENGENALAN, ALAMAT EMAIL DAN NAMA KURSUS yang diambil, sama ada diploma atau sarjana muda atau tahun asas kepadaEN AM, 012-379 1871 atau 017-6842 836 atau email ke [email protected] untuk rujukan seterusnya bagi memudahkan urusan pinjaman pengajian. Anda juga boleh menghubungi EN AM, 012-379 1871 atau 017-6842 836 atau email ke [email protected]

    Sebarang pertanyaan mengenai kemasukkan ke AL MADINAH INTERNATIONAL UNIVERSITY (MEDIU) bolehlah menghubungi EN AM, 012-379 1871 atau 017-6842 836 atau email ke [email protected] untuk perbincangan selanjutnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>