Tarikh Keputusan SPM 2011

Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM 2011) akan diumumkan pada hari Rabu 21 Mac 2012 ini. Maklumat ini diperolehi daripada laman web rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia.

Keputusan SPM 2011

Semakan Keputusan SPM 2011

Keputusan SPM 2011 boleh diperolehi melalui;

  • Di sekolah masing-masing mulai pukul 10.00 pagi 21 Mac 2011 ini.
  • Calon persendirian akan menerimanya melalui pos atau menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri tempat mereka mendaftar dahulu.
  • Semakan Secara SMS
    • Semakan secara SMS keputusan SPM 2011 boleh dibuat bermula dari jam 10:00 pagi 21 Mac 2012 sehingga jam 12 tengahmalam 27 Mac 2012.
    • Format Semakan SMS
      • SPM [nombor MyKad] [Angka Giliran SPM] dan sms ke 15888. Contoh: SPM 900104086077 BC0001A040 sms ke 15888.

Permohonan Ke Institut Pengajian Tinggi

Selepas menerima keputusan SPM 2011 masing-masing, calon-calon boleh membuat permohonan atau mengemaskini permohonan ke IPT bersesuaian dengan kelayakan yang diperlukan. Sila rujuk maklumat dan panduan ringkas yang disediakan ini;

Bagi bertanya terus dengan pihak IPT yang berkenaan, sila kunjungi juga pameran pendidikan berikut;

Permohonan Ke Tingkatan 6 (STPM)

Para pelajar lepasan SPM 2011 dijangka akan boleh membuat semakan tawaran ke Tingkatan 6 Bawah bagi tahun 2012 pada awal bulan Mei nanti. Tawaran ke Tingkatan Enam ini diberi kepada mereka yang memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Sebagai panduan sila rujuk Semakan Tawaran Ke Tingkatan Enam 2011.

Peperiksaan SPM 2012

Sementara itu mereka yang ingin menduduki peperiksaan SPM atau SPM (Ulangan) 2012 boleh membuat pendaftaran dengan merujuk kepada Pendaftaran Peperiksaan SPM Dan SPMU 2012.

7 thoughts on “Tarikh Keputusan SPM 2011

  1. budakserius says:

    Doakan budakserius dalam keputusan SPM.InsyaAllah straight a’s.Amin

  2. tarikh permohonan maktab bile ?

  3. kalau nak semak kertas sekali, kena bayar berapa?

  4. ..klau nk check result spm BI ulangan 2011 mcm mane yewk?

  5. judith michael says:

    selamat pagi . .saya judith michael saya pernah mendapat panggilan ke UPM TAHUN 2011 tetapi tidak sempat pergi temu duga . .bagaimana ingin memohon untuk kembali ke upm

  6. hi! saya judith michael .saya ingin bertanya tentang kemasukan ke UPM.. Saya pernah mendapat borang kemasukan ke upm tahun 2011 tetapi saya gagal pergi temu duga atas sebab hal-hal tertentu . .bagaimanakah cara nak memohon untuk kemasukan kembali ke UPM sesi 2012 ini .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>