Pendaftaran calon sekolah dan calon persendirian bagi peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2013 telah dibuka semenjak 1 Februari 2013 yang lalu oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia
Borang Pendaftaran STAM
Calon Sekolah
- Borang pendaftaran boleh diperolehi dan dikembalikan di sekolah masing-masing.
Calon Persendirian
- Borang pendaftaran boleh diperolehi dan diserahkan di Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) terdekat.
Syarat Layak Menduduki STAM
- Telah mengikuti Kurikulum Ma’ahad Bu’uth Al-Azhar yang dipersetujui antara pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dengan Al-Azhar Al-Syarif, Kaherah, Mesir DAN;
- Pernah menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ATAU;
- Telah mencapai umur 18 tahun pada 1 Januari tahun peperiksaan STAM semasa.
Yuran Peperiksaan STAM
- Bayaran yuran peperiksaan STAM sebanyak RM 300.00 dikenakan ke atas calon sekolah swasta, calon persendirian dan calon bukan warganegara yang mengambil semua mata pelajaran.
- Bayaran asas sebanyak RM 50.00 dikenakan ke atas calon yang ingin mengambil mata pelajaran tertentu dengan kadar yuran RM 25.00 bagi setiap mata pelajaran.
- Bayaran hendaklah dibuat melalui kiriman wang atau draf bank yang dibayar atas nama Pengarah Pelajaran Negeri. Bayaran secara wang tunai atau cek persendirian tidak diterima.
Tarikh Tutup
- Tarikh tutup pendaftaran peperiksaan STAM 2013 adalah pada 31 Mac 2013.
- Pendaftaran yang lewat tidak akan diterima.
Maklumat
- Semua pertanyaan tentang pendaftaran peperiksaan STAM 2013 hendaklah dirujuk kepada sekolah masing-masing atau Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri tempat calon mengambil peperiksaan.
- Sila rujuk juga laman web Lembaga Peperiksaan Malaysia untuk mendapatkan maklumat tambahan.
- Alamat dan nombor telefon Jabatan Pelajaran Negeri bagi setiap negeri boleh diperolehi di Senarai Jabatan dan Bahagian Kementerian Pelajaran Malaysia.