Pengumuman Keputusan Peperiksaan SPM STAM 2008

Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2008 akan diumumkan pada 12 Mac 2009 ini.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom, dalam kenyataan hari ini berkata calon yang menduduki kedua-dua peperiksaan itu boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing bermula jam 10 pagi.

“Calon persendirian pula akan mendapat keputusan mereka melalui pos yang akan dihantar oleh Jabatan Pelajaran Negeri,” katanya.

Alimuddin berkata, pengumuman analisis keputusan SPM dan STAM 2008 akan diadakan serentak pada 12 Mac jam 9 pagi di Putrajaya.

Seramai 442,936 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM 2008 dan daripada jumlah itu 388,079 atau 87.6 peratus adalah calon sekolah Kementerian Pelajaran, 16,019 (3.6 peratus) calon sekolah kerajaan negeri dan tajaan badan-badan tertentu, 10,331 (2.3 peratus) calon sekolah swasta dan 28,507 (6.5 peratus) calon persendirian perseorangan, katanya.

Sumber : Bernama

9 thoughts on “Pengumuman Keputusan Peperiksaan SPM STAM 2008

  1. […] : Keputusan peperiksaan SPM dan STAM akan diumumkan pada 12 Mac 2009. Sila rujuk Pengumuman Keputusan Peperiksaan SPM STAM 2008 untuk berita […]

  2. Wah..can we trust this news??
    1.It is not yet holiday..
    2.12 Mac is not monday..
    3.It is only one day after PLKN finished..
    But…
    1.last year result is on that date..
    So, who can give me the correct date as i can’t wait for the result though..
    hehe…salam..

  3. You can trust it, really. I’ve got a look at a glance over the news saying that the spm result would be out on March 12th, 2009. It was a small news at the bottom of the screen on TV3 during Berita at about 8 – 8.30 p.m.

  4. Thanks CyruS,
    I also got to see a glance of it but using my ear as it is broadcasted this morning..i think they should make it a headline as it is a very big news..especially for those taking SPM on year 2008..thank you again..salam..

  5. Cyrus and Pingi,
    Salam… semoga anda akan mendapat keputusan yang cemerlang.

  6. sai_eida91 says:

    bez of luck for spm student 08…

  7. cane nak tgk keputusan spm daaaaaa…..

  8. Botak,
    Anda perlu ambil di sekolah atau tunggu melalui pos jika calon persendirian.

  9. zaim azmir says:

    macam mn i nk cek result july paper tahun 2005…
    tolong saya da x tau nk wat mcm mn…
    sy ambil dl dkat anderson ipoh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.