Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) yang mula berkuatkuasa pada 1 Julai 1997. PTPTN mula beroperasi pada 1 November 1997 di Bangunan Wisma Chase Perdana, Off Jalan Semantan, Damansara Heights, Kuala Lumpur.
Skim Pembiayaan Pendidikan PTPTN diwujudkan bertujuan untuk memberi pembiayaan pinjaman pendidikan kepada pelajar yang mengikuti pengajian di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) tempatan. Pembiayaan ini akan membolehkan pelajar membiayai sepenuh atau sebahagian yuran pengajian dan juga kos sara hidup di sepanjang tempoh pengajian mereka di IPT. Sekaligus, skim ini membuka lebih banyak peluang kepada semua golongan pelajar untuk melanjutkan pelajaran di peringkat pendidikan tinggi.
Skop penyediaan kemudahan pembiayaan pendidikan PTPTN adalah terbuka kepada pelajar-pelajar yang mengikuti program pengajian pada peringkat Diploma, Ijazah Pertama, Sarjana, Doktor Falsafah dan Kursus Profesional di IPT yang ditubuhkan di bawah Akta berikut:
- Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.
- Akta Institut Teknologi MARA 1976.
- Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996.
- Akta Pendidikan 1996.
Mulai 1 Mac 2007, pelajar-pelajar yang mengikuti pengajian secara jarak jauh atau separuh masa di Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) bagi peringkat Diploma, Ijazah Pertama, Sarjana, Doktor Falsafah dan Kursus Profesional layak mendapat pinjaman pendidikan PTPTN.
Syarat-syarat Pembiayaan Pinjaman
Pelajar layak memohon pembiayaan pendidikan sekiranya memenuhi syarat-syarat berikut:
- Pemohon adalah warganegara Malaysia;
- Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh memohon;
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) dengan sekurang-kurangnya 3 kepujian dalam mana-mana mata pelajaran;
- Lulus SPM bagi pelajar lepasan Sijil Kolej Komuniti dan Diploma Politeknik dengan syarat memperolehi CGPA 3.0 dan ke atas;
- Bagi pelajar-pelajar IPTA/IPTS/Politeknik, mereka hendaklah telah mendaftar untuk mengikuti kursus yang telah diluluskan oleh Jabatan Pengurusan IPT(IPTA/IPTS)/Jabatan Pengurusan Politeknik dan Kolej Komuniti,Kementerian Pengajian Tinggi;
- Bagi pelajar-pelajar IPTS, kursus yang diikuti mestilah telah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia(MQA) dan belum tamat tempoh sah laku semasa permohonan dikemukakan;
- Semua pelajar hendaklah mempunyai kelayakan masuk yang disyaratkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi untuk mengikuti kursus berkaitan. Bagi pelajar yang mempunyai kelayakan yang berbeza daripada yang disyaratkan, pengesahan bahawa kelayakan tersebut setaraf dengan kelayakan yang disyaratkan hendaklah diperolehi daripada jabatan atau agensi sebagaimana dinyatakan di perkara di atas;
- Baki tempoh pengajian semasa permohonan dibuat tidak kurang dari satu tahun. Pembiayaan pinjaman pendidikan PTPTN memerlukan dua(2) penjamin yang terdiri daripada ibu dan bapa kandung pemohon sahaja tanpa mengambil kira had umur dan pendapatan penjamin;
- Dasar penetapan had penabungan wajib telah dikecualikan pada masa kini, walaubagaimanapun pemohon pembiayaan pinjaman diwajibkan mempunyai akaun SSPN dengan simpanan RM20 sebelum layak memohon pembiayaan pinjaman pendidikan PTPTN). Akaun SSPN hendaklah dibuka selewat-lewatnya 2 minggu sebelum tarikh sesi permohonan di IPT;
- Tidak mempunyai penaja lain; dan
- Jumlah keseluruhan pembiayaan pinjaman yang telah diperolehi pelajar dengan mengambil kira pinjaman yang akan diluluskan hendaklah tidak melebihi RM65,000.00.
Maklumat lanjut berkenaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional boleh didapati di laman web rasmi PTPTN.
Related posts:
![Reblog this post [with Zemanta]](http://img.zemanta.com/reblog_e.png?x-id=cd790c94-e94a-4e65-a388-48252d275e67)







salam..saya telah memohon pinjaman ptptn bagi kelompok kedua 2011/2012 tetapi wang pinjaman belum masuk kerana saya ada masalah kesilapan mengisi nombor akaun. saya telah membetulkannya dengan memfakskan borang pertukaran maklumat kepada pihak ptptn, saya dimaklumkan akan diberitahu apa2 maklumat dalam masa seminggu..tetapi saya masih belum menerima maklum balas…harap dapat membantu kerana saya amat memerlukan wang untuk pengajian…
Salam..sy dah dpt tawaran pinjaman, dpt mll email awal bln jan2012 ni tp belum hantar dokumen perjanjian lg..sy x faham, ada 3 soalan, sy perlukan kepastian;
1) tiada tarikh tamat ke utk penyerahan dokumen?
2) tiada pengumuman bahawa pegawai ptptn akan datang di upm utk uruskan ptptn ni,
adakah mereka akan datang atau tidak? adakah saya boleh menghantar sendiri
dokumen tersebut di alamat damansara?
3) Saya memohon masa sem 1, tapi dpt kelulusan masa masuk sem 2, perlu ke saya
sertakan dokumen result sem 1 n surat pengesahan belajar? atau boleh pakai surat
tawaran saja?
terima kasih..
saya nk tau tentang hjrah,..boleh bgtau x serba sedikit tentang pembayaran semula pinjaman yang mengenai 1% tu….