Salinan dan Terjemahan Keputusan Peperiksaan

Panduan Mendapatkan Salinan Keputusan Peperiksaan

  1. Sijil atau pernyataan asal hanya dicetak sekali sahaja bagi semua jenis peperiksaan awam yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.  Salinan keputusan SPM / MCE dikeluarkan bagi menggantikan sijil yang hilang atau rosak. Sementara bagi peperiksaan PMR/SRP/LCE hanya salinan pernyataan keputusan sahaja yang boleh dipohon.
  2. Surat sumpah atau laporan polis yang asal perlu dikemukakan sekiranya permohonan dibuat melalui pos atau mewakilkan kepada orang lain untuk membuat permohonan.  Walaubagaimana pun surat sumpah atau laporan polis tidak diperlukan sekiranya pemohon datang sendiri.  Pemohon hanya perlu menunjukkan kad pengenalan sebagai bukti.
  3. Surat sumpah atau laporan polis hendaklah mengandungi maklumat berikut:-
    • Nama penuh yang digunakan semasa mengambil peperiksaan
    • Nombor kad pengenalan lama dan baru
    • Tarikh lahir
    • Nombor pusat mengambil peperiksaan  dan angka gilliran
    • Nama peperiksaan
    • Nama sekolah dan tahun mengambil peperiksaan
  4. Sertakan bersama salinan pernyataan atau sijil (sekiranya ada) untuk rujukan.
  5. Bayaran proses RM10.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Sahaja) dikenakan bagi setiap helaian salinan keputusan yang dipohon.  Bayaran boleh dibuat menggunakan Wang Pos (Postal Order) atau Kiriman Wang Pos (Money Order) atas nama ‘PENGARAH PEPERIKSAAN’.  Cek persendirian tidak diterima. Bayaran Tunai juga diterima di kaunter Lembaga Peperiksaan di lobi Blok E11, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.
  6. Lembaga Peperiksaan tidak akan mengeluarkan salinan keputusan jika didapati mana-mana peraturan di atas tidak dipatuhi atau butir-butir yang dikemukakan tidak benar.  Wang proses permohonan tidak akan dikembalikan.

Permohonan Terjemahan Sijil Peperiksaan

  1. Lembaga Peperiksaan Malaysia menyediakan perkhidmatan terjemahan sijil atau pernyataan ke dalam Bahasa Inggeris.
  2. Bagi permohonan terjemahan sijil atau pernyataan, sila kemukakan salinan sijil atau pernyataan atau slip keputusan (sekiranya sijil atau pernyataan belum dikeluarkan oleh LPM).  Laporan polis atau surat sumpah tidak diperlukan.
  3. Bayaran proses RM10.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Sahaja) dikenakan bagi setiap helaian terjemahan yang dipohon.  Bayaran boleh dibuat menggunakan Wang Pos (Postal Order) atau Kiriman Wang Pos (Money Order) atas nama ‘PENGARAH PEPERIKSAAN’.  Cek persendirian tidak diterima. Bayaran Tunai juga diterima di kaunter Lembaga Peperiksaan di lobi Blok E11, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.

Lain-Lain

  1. Semua permohonan, samada untuk mendapatkan salinan keputusan atau terjemahan hendaklah menggunakan borang yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.
  2. Borang permohonan boleh didapati daripada kaunter di aras bawah bangunan Lembaga Peperiksaan Malaysia, Blok E11, Parcel E Putrajaya, Jabatan Pelajaran Negeri (Unit Penilaian dan Peperiksaan) atau di laman web LPM, http://apps.emoe.gov.my/lpm
  3. Semua permohonan akan diproses dalam tempoh 4 minggu daripada tarikh penerimaan permohonan yang lengkap.  Sila sertakan sampul surat beralamat sendiri dan bersetem secukupnya untuk penghantaran resit, sekirannya permohonan dibuat melalui pos.
  4. Salinan Keputusan / terjemahan yang telah siap akan dihantar kepada pemohon menggunakan pos berdaftar.  Sila pastikan alamat tepat dan lengkap.
  5. Permohonan boleh dibuat samada melalui pos, atau datang sendiri ke bangunan Lembaga Peperiksaan Malaysia di Blok E11, Parcel E, Putrajaya.

Kaunter permohonan dibuka setiap hari bekerja.

Isnin – Khamis   :      8.15 pagi – 12.30 t.hari/ 2.00 ptg – 4.30 ptg.
Jumaat              :      8.15 pagi – 12.00 t.hari/ 2.45 ptg – 4.30 ptg.

  • Permohonan melalui pos hendaklah dihantar ke alamat berikut:

LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 5, BLOK E11,
KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA.
(U/P: UPMPD – UNIT KECIL SIJIL) – Tel: 03-88843526 / 3528

Nota

* Calon yang tidak pernah mengambil sijil asal tidak dibenarkan membuat permohonan salinan keputusan peperiksaan.
* Lembaga Peperiksaan tidak menyimpan sijil asal calon.  Sijil asal boleh didapatkan daripada sekolah di mana calon menduduki peperiksaan atau di Unit Penilaian dan Peperiksaan Jabatan Pelajaran Negeri.
Untuk maklumat lanjut sila rujuk Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Borang

Muat Turun Borang Permohonan Salinan Keputusan Peperiksaan
Muat Turun Borang Permohonan Terjemahan Keputusan Peperiksaan

Pertanyaan

Jika terdapat sebarang pertanyaan atau memerlukan maklumat lanjut sila hubungi talian 03 8884 3526 / 3528.

Related posts:

  1. Pendaftaran Peperiksaan STAM
  2. Pendaftaran Peperiksaan SPM
  3. Tarikh Keputusan SPM & STAM 2007
  4. STPM 2007
  5. SPM 2007

Subscribe / Share

Article by Azhad Nilam
ePutra cuba membantu menyampaikan maklumat yang berkaitan dengan pendidikan di Malaysia. Semua maklumat di sini boleh digunakan semula tetapi sila buat pautan atau rujukan kepada ePutra.com. Terima kasih.
Azhad Nilam tagged this post with:
, , , , , , ,
Read 483 articles by

122 Comments

  1. Sally says:

    Hi, terima kasih atas info diatas, sangat berguna! :)

    Tapi saya nak tau sangat pasal silibus penuh matrikulasi aliran Sains Hayat… saya nak download dua-dua dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris… tapi kat mana ya? Dan macam mana saya boleh terjemahkan documents tersebut – dimana, berapa nak bayar, etc. …?

    Salam sejahtera.

  2. nilam says:

    Sally,

    Sama-sama.

    Sila rujuk Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran untuk maklumat lanjut.

  3. ina says:

    salam….blh sy thu mcm mn nk dptkn borang pemohonan salinan keputusan peperiksaan????blh ker dapatkan kt jabatan kementerian negeri????sijil UPSR,PMR n SPM sy hilang…sy mahu mohon dptkn blik sijil asal

  4. nilam says:

    Ina,

    Borang boleh diperolehi di Muat Turun Borang Permohonan Salinan Keputusan Peperiksaan atau di mana-mana Jabatan Pelajaran Negeri.

    • AZIZUL_NGATIMIN says:

      borang permohonan mesti dihantar ke PUTRAJAYA ?? adakah Jabatan Pelajaran Negeri tidak mengeluarkan salinan sijil SPM ?

  5. Quinnie says:

    kalao tidak dapat sijil asal matrikulasi,boleh tak mohon untuk dapat salinan baru?
    saya sudah kunjungi bahagian matrikulasi di putrajaya dan telah isi borang untuk buat semula salinan tetapi dah setengah tahun,tak sampai-sampai lagi sijil saya

  6. nilam says:

    Quinnie,
    Sepatutnya memang boleh. Sila hubungi Bahagian Matrikulasi di talian 03-8884 4083 untuk mendapatkan penjelasan kenapa anda belum menerimanya. Hubungi juga Kolej Matrikulasi anda dahulu untuk mendapatkan bantuan.

  7. mohd irfan bin zainal says:

    kenapa tidak ada permohonan secara on line,semata mata nak pergi ke putra jaya untuk mengambil borang dan kena tunggu pula selama 4 minggu,tak ke menyusahkan pengguna.penat je belajar komputer

  8. nilam says:

    Mohd Irfan,
    Borang permohonan boleh dimuat turun di laman web Lembaga Peperiksaan Malaysia atau dipohon secara pos tanpa perlu datang sendiri. Borang yang telah lengkap diisi juga boleh dihantar secara pos.

  9. wanie says:

    saya telah mengambil SPM pada tahun 1997. Oleh kerana saya gagal subjek english maka saya telah mengambil sekali lagi pada tahun 1998 tetapi cuma subjek 1119 bahasa Inggeris sahaja dengan mendapat 7. Saya juga telah mendapat salinan keputusan. Ia menyatakan keputusan peperiksaan keseluruhan:- Tidak memenuhi syarat persijilan. Apakah yang dimaksudkan dengan Tidak memenuhi syarat persijilan dan adakah ia sama taraf dengan SPM. Perlukah saya meletakan 9 atau 7 pada bahasa inggeris ketika mengisi borang permohonan

  10. nilam says:

    Wanie,
    Saya tidak pasti mengenai maksud ‘Tidak Memenuhi Syarat Persijilan’. Diharap ada pembaca lain yang dapat membantu.
    Mengenai mengisi borang permohonan, anda patut letak 7.
    Untuk makluman, jika anda memohon melalui UPU (pengambilan Julai) adalah perlu memohon dalam kategori D.

  11. wanie says:

    terima kasih….Perlukah saya meletakan 9 atau 7 pada bahasa inggeris ketika mengisi borang permohonan kerja especially borang SPA…

  12. nilam says:

    Wanie,
    Sama-sama… letaklah 7 kerana itu keputusan terkini anda.

  13. nazirah says:

    i lost my muet slip and to replace it, it needs no giliran muet plus no pusat ujian.. pusat ujian was at n9, who i need to call for this? do they still keep the record. i took it on 2004. kindly help. i’m so confused! tq.

  14. nilam says:

    Nazirah,
    Saya rasa anda boleh cuba menghubungi pusat anda mengambil MUET dahulu atau terus kepada Majlis Peperiksaan Malaysia di talian 03-6136 9663.
    Kalau tak silap saya nombor kad pengenalan anda boleh digunakan untuk menyemak nombor giliran tersebut.

  15. roslina says:

    assalammualaikum,

    Saya telah hantar permohonan salinan sijil SPM saya ke LPM pada 16/10/2009,
    pada 16/11/2009 saya menelefon ke LPM untuk mengetahui status permohonan saya kerana setelah 4 minggu saya masih belum menerima apa apa maklumbalas. Saya dimaklumkan bahawa permohonan saya belum diterima tidak didaftar dalam sistem. Pegawai berkenaan meminta saya menghubungi beliau balik pada sebelah petang, lebih kurang 4.30 petang saya menelefon balik dan di maklumkan bahawa beliau baru terima permohonan saya itu pada hari 16/11/2009. Saya rasa amat terkilan kerana setelah sebulan permohonan saya baru diterima. saya juga dimaklumkan bahawa permohonan saya telah di chop terima bertarikh 5/11/2009.
    saya tidak tahu kenapa kelewatan ini berlaku. untuk pengetahuan pihak tuan/puan saya memerlukan salinan sijil saya selewat-lewatnya 7/12/2009. Saya amat berharap pihak tuan/puan dapat membantu saya untuk mendapatkan sijil saya selewat-lewatnya 7/12/2009. Diharap tuan / puan dapat memaklumkan kepada saya melalui e-mail saya seperti di atas. Bantuan dari pihak tuan/ puan amat saya harapkan dan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga.

    ” PENYAYANG BEKERJA BERPASUKAN DAN
    PROFESIONALISMA ADALAH BUDAYA KERJA KITA”

  16. nilam says:

    Roslina,
    Salam… Saya bersimpati dengan masalah yang anda hadapi. Jika ianya masih belum selesai saya syorkan anda datang sendiri ke Pejabat Perkhidmatan Pelanggan Lembaga Peperiksaan yang berada di ARAS 2 , BLOK E11, KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E, 62604 PUTRAJAYA. Mereka juga boleh dihubungi melalui telefon 03-8884 3787 / 3785 atau faks 03 – 8884 3783 atau emel weblpm@moe.gov.my

  17. muhd amin says:

    asskum,macam mana nak cek keputusan spm 2009 melalui ephone dan internet dan boleh tolong cek tak untuk saya keputusan spm 2009 ni nombor i/c saya 920521-14-5929

  18. rifa says:

    saya calon spm tahun 1998 dan saya tidak dapat mengambil ujian lisan bahasa Inggeris.tetapi saya hadir semasa mengambil kertas matapelajaran tersebut. apabila saya mengambil keputusan peperiksaan saya,didalam slip tertulis yang saya tidak layak persijilan. adakah jika kita tidak mengambil ujian lisan matapelajaran tersebut akan menyebabkan kita tidak layak untuk mendapat sijil spm.

  19. anna says:

    saya telah mengambil peperiksaan SPM pada tahun 2004, malangnya sijil tersebut telah hilang,kini, saya lepasan graduan ijazah sarjana muda ingin mencari kerja, boleh tak sekiranya saya ingin mengambil salinan sijil tersebut di pihak tuan dan apakah dokumen yang di perlukan untuk mengambil salinan tersebut.
    terima kasih.

  20. jiban says:

    saya telah kehilangan salinan peperiksaan SPM 2004,namun, persoalan saya, adakah saya layak untuk membuat permohonan salinan tersebut untuk kali kedua?saya benar-benar mengharapkan salinan tersebut untuk memudahkan saya menyambung pengajian saya di peringkat tinggi.
    segala kerjasama pihak puan, saya hargai dan mengucapkan ribuan terima kasih.

  21. RAJALETCHUME says:

    selamat sejatera…saya rajaletchume dari pahang.tapi sekarang belajar di pantai college of nursing and health science di subang..i terpaksa oleh family to sambung my study here. i did not got sponser to study here.nw i am self sponser student.i gt apply to study in kkm.can i get sponser from kkm?me just only semester 2.hw i apply to kkm to get the sponser? plz help me

  22. hazlami says:

    bley tak bg contoh cmna nk wat surat sumpah tu. dan untuk borang hendak mendapatkan salinan keputusan spm tu, untuk slip ke sijil? skrg masalah sy, sijil asal sy hilang, slip original ada. apa cara untuk sy dapatkan SIJIL asal, bukan slip.

  23. nilam says:

    Muhd Amin,
    Salam… keputusan SPM 2009 belum diumumkan oleh itu belum boleh disemak. Anda boleh menghubungi sekolah anda apabila keputusan telah diumumkan jika tidak dapat hadir sendiri ke sekolah.

    Rifa,
    Saya tidak pasti tetapi mungkin benar kerana ujian lisan adalah sebahagian daripada peperiksaan.

    Anna,
    Sila ikuti panduan yang telah dinyatakan di atas.

    Jiban,
    Pada pendapat saya anda masih boleh memohon salinan baru keputusan peperiksaan tersebut.

    Rajaletchume,
    Sila hubungi bahagian Hal Ehwal Pelajar kolej anda untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pembiayaan pembelajaran.

    Hazlami,
    Anda boleh mengunjungi mana-mana pesuruhjaya sumpah untuk membuat dan mendapatkan surat sumpah tersebut. Perlu diingat anda tidak perlu surat sumpah jika datang sendiri untuk membuat permohonan.
    Setahu saya sijil hanya dikeluarkan sekali sahaja dan pihak LPM hanya mengeluarkan pengakuan keputusan peperiksaan dan bukan sijil baru keputusan peperiksaan.

  24. iskandarima says:

    Salam

    Saya tidak pernah mengambil sijil asal SPM dan STPM
    saya mengambil SPM pada 2002, STPM 2004
    adakah sijil tersebut telah dihantar ke Putrajaya atau masih lagi di sekolah saya atau dibahagian PPD?

  25. nilam says:

    Iskandarima,
    Salam… Anda boleh cuba semak di sekolah anda dahulu dan jika tidak ada di sekolah sepatutnya di PPD untuk sijil SPM. Bagi sijil STPM mungkin dikembalikan di Majlis Peperiksaan Malaysia, dapat kepastian dengan sekolah anda.

  26. Sue says:

    tentang butiran butiran yang ada pada borang permohonan salinan keputusan peperiksaan,apa yang patut tulis pada 5)KEPUTUSAN pangkat/grade ?
    keputusan apa tu?
    bahasa melayu ?

  27. Sue says:

    ms.nilam,how to fill tat blank?
    wat should I fill tat field?

  28. Sue says:

    can I juz empty tat field?
    Pls reply me …

  29. Manje says:

    boleh ke borg permohonan tu kita just print out je?

  30. khair says:

    berapa masa diperlukan untuk mendapatkan salinansijil SPM sekiranya saya datang sendiri ke Lembaga peperiksaan malaysia?

  31. siti says:

    adakah keputusan spm 2002 masih boleh digunakan untuk memohon kemasukan ke universiti

  32. zam says:

    sijil Diploma Perguruan saya hilang..bagaimana cara untuk saya dapatkan semula sijil tersebut???

  33. Ibrahim Bahari says:

    Salam.

    Saya kehilangan sijil SPM & SRP dalam banjir yang melanda kampung saya. Masalahnya sekarang saya tidak ingat nombor pusat dan angka giliran semasa menduduki peperiksaan tersebut dan saya juga tidak ingat pangkat yang saya perolehi untuk SRP. Harap bantuan lanjut untuk saya menghantar borang permohonan salinan keputusan ini. Terima kasih.

    • Azhad Nilam says:

      Salam… anda boleh pergi ke sekolah di mana anda mengambil peperiksaan tersebut untuk mendapat maklumat yang diperlukan. Selepas itu bolehlah anda memohon salinan sijil dengan LPM.

  34. noni says:

    saya kehilangan slip keputusan MUET…
    bagaimana saya boleh dapatkan slip MUET saya kembali?
    adakah saya perlu ke Putrajaya untuk ambil slip saya?
    kebetulan, saya perlukan slip tu sbagai persediaan untuk isi borang upu fasa 1 tidak lama lagi…

    harap dapat membantu saya. terima kasih.

  35. noorshalida says:

    salam.klau saya pergi on the spot lembaga peperiksaan kt putrajaya tu, bleh dpt trus, means time tu juga ke slip spm yg hilang?

  36. Nursiah says:

    Bolehkah saya mewakilkan ibu atau kakak saya untuk membuat laporan polis atau surat akuan sumpah yang memaklumkan bahawa sijil SPM saya telah hilang? Salinan bukti atau dokumen sijil turut disertakan semasa laporan dibuat oleh ibu atau kakak saya.

  37. Azhad Nilam says:

    Mungkin boleh menggunakan nombor kad pengenalan, saya tidak pasti.
    Biasanya mengambil masa 4 minggu.

  38. Azhad Nilam says:

    Anda perlu menghubungi terus Jabatan Pelajaran Negeri Johor untuk mengetahui di mana sijil anda disimpan.

  39. Hana says:

    Hai. Bagaimanakah saya boleh dapat salinan keputusan upsr tahun ini?

  40. nora says:

    salam, saya nora…sijil spm saya hilang tp slip spm saya ada…..saya mgu dpn nk g interview spp pppt dh29….sijil spm da hilang cmane ni???saya x apply pon lg kt lembaga peperiksaan malaysia…adakah saya punya slip spm tu laku???setahu saya klu interview kerajaan mesti wajib nk tgk sijil spm….tolongla saya apa yg harus saya lakukan????????bole k saya mintak surat akuan dari pengetua sekolah utk sahkan saya punya slip spm….atau cmane….tolong la saya…..

  41. aidakmal says:

    mcm mane nak taw no pusat peperiksaan?dari no angka giliran boleh taw ke?

  42. Abu Bakar Bin Udin says:

    Saya kehilangan sijil peperiksaan SRP & SPM.Bagaimana untuk saya dapatkan kembali
    sijil2 saya?berapa lamakah proses?Bagaimana sekiranya tidak tahu nombor giliran dan
    nombor pusat peperiksaan?

  43. Sarah Zainal says:

    salam..kes saya sama cm nora..adakah slip spm sah untuk digunakan dalam apa-apa permohonan?

  44. norm alias says:

    saya nk mohon salinan sijil spm semula..tetapi dalam borang yg sy download ada diminta no pusat/angka giliran..saya mmg dh xingat dan slip result spm sy pun hilang..so sy mmg xder rujukan utk find out nombor tu..mcm mn ya?..perlu jugak ke diisi nombor tu?

  45. yanie says:

    bolehkah saya dapatkan keputusan PMR 1994 secara online sebelum saya maemdapatkan salinannya kerana saya ingin emohon jawatan dalam kerajaan tetapi perlukan result PMR..sedangkan salinan saya telah hilang

  46. Ameer says:

    Salam.. borang blh download kat link di atas

  47. dayang says:

    nak tnya,bagaimana nak check no angka giliran bagi calon yang mengambil muet pertengahan tahun 2009?sebab sijil muet saya dah hilang tapi nak dapatkannya semula dia nak no angka giliran dan pusat..saya dah lupa no angka giliran tahun 2009..boleh x saya dapatkannya semula?

  48. Sheera says:

    Assalamualaikum..

    Borang Permohonan Salinan Keputusan Peperiksaan yang dimuat turun tersebut berlabel LP/SIJIL/Pin 1/06. Saya ambil peperiksaan PMR pada tahun 2009, bolehkah saya membuat permohonan dengan menggunakan borang itu?

    Terima Kasih..

  49. syazwan says:

    salam…saya nak tanye sikit….ad tk list spm 2009 di internet??….

  50. Shazleen says:

    saya nak tanya…saya dah isi borang kemasukan matrikulasi tapi bila saya nak kemaskini borang tersebut…maklumat permohonan tiada…adakah selepas keputusan spm diumumkan nanti…saya tidak akan ditawarkan ke matrikulasi…sila reply dengan segera…terima kasih..

    • Kamal says:

      sepatutnya Shazleen blh menghubungi talian hotline Matrikulasi utk memastikan permohonan anda ada dalam sistem

  51. heartnet says:

    bagaimana nk mengetahui angka giliran kerana salinan spm saya dh hilang bagaimana saya mahu mengisi borang tanpa mengetahui no angka giliran spm

  52. ZARINAH SHAHARANEY says:

    SIJIL DIPLOMA PERAKAUNAN SY TELAH HILANG. SY MENGAMBIL PJJ DI UITM, JLN OTHMAN PETALING JAYA. TAMAT PADA 1994..BAGAIMANA SAYA INGIN MENDAPAT SALINANNYA?

  53. ZAKY says:

    macam mana dengan slip SPM JULAI..Di mana boleh dapatkannya?

  54. ZAKY says:

    SPM JULAI?..

  55. Mei says:

    Saya calon persendirian STPM 2010. Tetapi belum dapat slip keputusan STPM, saya sudah menelefon ke Majlis Peperiksaan Malaysia, mereka memberitahu saya bahawa slip sudah kirim ke rumah saya, tetapi hingga sekarang saya pun belum dapat. Saya nak memohon University, tapi tanpa slip itu, saya tidak dapat memohon, borang yang disertai di halaman ini juga boleh digunakan untuk memohon slip STPM? Terima Kasih,

  56. nabila.wb says:

    assalamualaikum,
    sy kehilangan slip peperiksaan spm sy,
    tp sy perlukannya kerana mggu depan
    sy kne melaporkan diri ke politeknik.
    apa yg perlu sy lakukan?

  57. Faiz says:

    Salam. Saya kehilangan sijil PMR dan hanya memiliki penyata. Saya memerlukan sijil tersebut pada awal bulan julai. soalan saya adalah, sekiranya saya mula membuat permohonan salinan sijil yang baru, bolehkah saya meminta pengakuan bertulis daripada badan pemproses salinan sijil tersebut bagi membuat permohonan kerja sementara menunggu sijil tersebut siap diproses?

  58. AIN says:

    SAYA NAK MOHON SALINAN STPM DAN MUET YG HILANG? PAKAI BORANG YANG SAMA KE?

  59. ain says:

    saya nak tanya , nak MOHON BORANG SIJIL STPM DAN MUET pakai borang yang sama ke

  60. fadhil says:

    sijil PMR saya hilang..boleh tak kita cek secara online tidak perlu pergi ke putrajaya?

  61. iza says:

    ramai rupanya yg hilang sijil…

  62. WEY YOK SAN says:

    Adik ipar saya PHANG CHUI LIN No.KPT641022-01-5706 pernah menduduki SPM pada tahun 1988 di SMK Sultan Abdul Jalil,Kluang,Johor,Malangnya sijil telah hilang semasa pindah rumah.Beliau tidak dapat apa-apa salinan simpanan.Bagaimana boleh dapat No pusat Angka Giliran?Bolehkah LPM dapat carian no.angka tersebut kadar segera,terima kasih

  63. nikza says:

    Bagaimana nak buat laporan polis? maksudnya perlu pergi kt mana2 balai polis la yer?

  64. hoay fang says:

    Salam sejahtera,
    Sijil diploma pendidikan awal saya telah hilang.Saya mengambil diploma ini di UUM. Bagaimana saya ingin mendapat semula salinannya ?
    Sekian terima kasih.

  65. Roy Edward says:

    Nak tanya… bagaimana untuk mendapatkan NO SIRI SIJIL SPM ?? sijil SPM saya dah hilang saya sudah membuat permohonan salinan yang baru tp tidak sampai2 lagi…Yang paling penting no siri tersebut diperlukan dengan kadar segera untuk tapisan keselamatan pertauliahan diraja palapes !! harap saudara/saudari dapat memberi komen tentang ini….

    • Zarul says:

      Kalau pihak sekolah tempat Roy ambil SPM tu tak dapat tolong, rasanya kena datang sendiri ke pejabat Lembaga Peperiksaan Malaysia utk membuat semakan

  66. kumar says:

    saya mengambil spm pada tahun 2000, oleh kerana saya gagal semua mata pelajaran saya tidak menerima sijil spm. saya ingin mohon utk mendapatkan sijil spm, oleh sebab saya tak ada sijil spm saya tak layak utk kerja di negara jiran. sya minta dari tuan/puan berilah cara untuk dapatkan sijil spm……?

  67. hanishah says:

    saya telah kehilangan slip pmr saya…macam mana nak minta slip pmr yg baru…

  68. Hassan says:

    macam mana saya nok dapatkan salinan peperiksaan Am Kerajan saya di seri aman yang dah hilang. tahun1990 pusat di Sri aman sarawak.

  69. dhiya says:

    salam. I lost my english language 1119 certificate. kat mana sy nak dapatkan sijil tu balik? does it follow the same procedure as replacing lost SPM cert?

  70. kumares a/l thangavelu says:

    salam sejahtera….

    saya telah hantar permohonan sijil spm saya ke LPM pada 26/7/2011 melalui poslaju. pada 27/9/2011 saya cuba menghubungi ke LPM untuk mengatahui status permohonan sijil spm saya kerana sudah 4 minggu, saya masih belum menerima apa-apa maklum balas. tapi saya tak dapat menghubungi nombor telifon tertib di atas borang permohonan sijil spm itu. operator yang menjawab panggilan saya dikata ‘nombor yang anda dail telah disekatkan’ untuk pengatahuan tuan/puan nombor yang saya dail ialah 03 88843526/28, 03 88843787/ 3785 tapi tak dapat dihubunginya.

    kepada tuan/puan tolong berikan nombor yang senang untuk di hubungi. saya amat mengharap sijil spm itu tolonglah saya tuan/puan.

    disini saya menyertakan nombor kod angka giliran saya JB062A134 so tuan/puan tolong memberi balas pasal status permohonan sijil spm saya pada email saya.

    “SALAM SATU MALAYSIA”

    • Demak says:

      salam sejahtera… kerana Lembaga Peperiksaan Malaysia adalah di bawah Kementerian Pelajaran, sila telefon Talian Khidmat Pelanggan KPM di 03 7723 7070 untuk mendapatkan bantuan

  71. nida says:

    saya hilang slip untuk menduduki peperiksaan muet. jadi bagaimana caranya untuk mencetak semula slip tu?

  72. angry bird says:

    salam. kakak saya telah mendapat gred 9 dalam subjek bhs melayu. justeru, dia tidak mendapat sijil spm yang asal. tetapi, dia memerlukannya untuk apply kerja kerani. apa yang kami perlu lakukan sekarang??? bagaimana untuk mendapatkan sijil spm???? adakah kami perlu memohon di ppd atau terus menelefon pihak mpm????

  73. roni says:

    sijil maktab perguruan saya hilang.salinan sijil masih ada.bagaimanakah untuk saya mendapatkan sijil tersebut semula ?

  74. jue says:

    adakah keputusan ujian lisan bahasa melayu dicetak di sijil spm..

  75. jue says:

    sy ambil spmv pd tahun 2001. macam mane nk tau keputusan ujian lisan bahasa melayu samada lulus atau tidak

  76. Kellin says:

    Bagaimanakah saya boleh dapat slip keputusan tingkatan 2 saya dalam peperiksaan sekolah melalui internet?

  77. syasya says:

    salam..nk tnye skit?mcm mne kter nk dptkn semula angke giliran muet 2011 ..??

  78. noryuze says:

    salam..saya ingin tahu semula no angka giliran peperiksaan spm saya pada tahun 1998

  79. Juugo says:

    Salam..nak tahu adakah salinan keputusan peperiksaan STPM masih valid seperti sijil yang asal?jika ingin mengisi borang online UPU,adakah masih boleh diterima?Terima kasih.

  80. Teresa says:

    sijil diploma perguruan saya hilang, bagaimana saya hendak mendapatkan semula sijil tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Makluman

Peta Minda
Follow ePutra on Twitter
ePutra

Archives