TERKINI :
Para lepasan Diploma dan Ijazah Bumiputera warganegara Malaysia adalah dipelawa untuk memohon tajaan MARA di bawah Skim Pelajar Cemerlang (SPC) bagi melanjutkan pengajian di Instituti Pengajian Tinggi Terkemuka (Top Universities) di luar negara.
Peringkat pengajian yang akan ditaja adalah Ijazah Pertama, Profesional, Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah. Manakala bidang pengajian pula adalah Kejuteraan, Bioteknologi, Sains Gunaan, Sains Kuantitatif, Sains Tulen, Sains Perubatan, Kewangan, Perbankan, Perakaunan dan Ekonomi. Bidang pengajian profesional pula adalah ACCA, CA, CIMA dan RIBA Part II.
Kelayakan akademik bergantung kepada peringkat ijazah dalam bidang berkaitan dengan pencapaian CGPA 3.00 ke atas untuk bidang pengajian Kejuteraan, Bioteknologi, Sains Gunaan, Sains Kuantitatif, Sains Tulen, Sains Perubatan, ACCA, CA, CIMA dan RIBA Part II. Manakala CGPA 3.5 ke atas Kewangan, Perbankan, Perakaunan dan Ekonomi.
Had umur untuk pengajian Ijazah Pertama adalah tidak melebihi 30 tahun pada 31 Disember 2009, tidak melebihi 35 tahun untuk pengajian Profesional dan Ijazah Sarjana dan tidak melebihi 40 tahun untuk pengajian Ijazah Doktor Falsafah.
Di antara syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon bantuan pinjaman pelajaran MARA ini adalah:
- Tidak pernah mengikuti kursus di peringkat pangajian yang sama di bawah pembiayaan sendiri atau dianjur oleh mana-mana badan penganjur.
- Aktif dalam ko-kurikulum semasa di kolej atau universiti.
- Mencapai kredit dalam semua mata pelajaran yang diambil di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.
- Memperolehi markah sekurang-kurangnya 5.5 ke atas bagi ujian International Language Testing System (IELTS) atau 550/65 bagi ujian Test of English as a Foreign Language (TOEFL).
- Mereka yang di dalam perkhidmatan tetap pendidikan atau perguruan atau mempunyai ikatan pekhidmatan di kalangan tenaga pengajar di IPTA dan IPTS adalah tidak layak untuk memohon.
- Tawaran adalah tertakluk kepada pemohon mendapat Tawaran Tanpa Syarat di Universiti Terkemuka sahaja
Calon-calon dikehendaki menguruskan sendiri penempatan ke Institusi Pengajian Tinggi Terkemuka Luar Negara. Maklumat lanjut mengenai universiti berkenaan boleh diperolehi daripada British Counci telefon 03 2723 7900, Malaysian British Educational Cooperation Services (MABECS) telefon 03 7956 7655, Irish Universities & Medical Schools Consortium (Ireland) telefon 03 2163 2302, International Development Programme (Education Australia) telefon 03 2162 3755 atau 03 5636 5548, German Academic Exchange Service (DAAD-KL) telefon 03 2148 0568, Canadian Education Centre telefon 03 2162 2001, Malaysian American Commission on Education Exchange (MACEE) telefon 03 2166 8873 dan Institut Usahawan Bumiputera telefon 03 2693 9121 atau 03 2692 1123.
Tempoh tajaan adalah antara 2 hingga 3 tahun bagi peringkat Ijazah Pertama, 1 hingga 2 tahun di peringkat Ijazah Sarjana dan 3 hingga 4 tahun di peringkat Ijazah Doktor Falsafah. Tawaran ini adalah untuk kemasukan sesi pengajian yang bermula di antara bulan Julai 2009 hingga Februari 2010.
Borang permohonan boleh diperolehi di Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA, Tingkat 3, Medan MARA, 21, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.
Tarikh tutup permohonan adalah pada 23 Januari 2009.
Sila rujuk iklan Tawaran Pinjaman Pelajaran MARA Bagi Mengikuti Pengajian Di Institusi Pengajian Tinggi Terkemuka Luar Negara Sesi 2009/2010 Di Bawah Skim Pelajar Cemerlang untuk maklumat lanjut.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!Related posts
Sponsors
![Reblog this post [with Zemanta]](http://img.zemanta.com/reblog_e.png?x-id=34f7c1de-fc3b-4ab9-941e-510c5e27471c)







alamak. tarikh tutup 23januari. waktu tu keputusan ielts saya baru keluar. bagaimana ya?
saya juga telah mendapat tempat bagi program ijazah sarjana di universiti cardiff, wales, uk bagi sesi sept 2009 serta melepasi syarat-syarat yang lain. cumanya itulah, surat tawaran masih ‘conditional’ kerana belum terima keputusan ielts.
agak-agak boleh memohon tak?
ps: if it were to be any sort of assurance, saya amat yakin dengan penguasaan bahasa inggeris saya. muet saya dulu dapat band 6.