Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah pun membuka tawaran permohonan biasiswa politeknik bagi tahun 2012. Para pelajar yang telah mendaftar bagi kemasukan Januari dan Jun 2012 untuk mengikuti pengajian peringkat Diploma di Politeknik adalah dipelawa untuk memohon biasiswa politeknik tajaan JPA ini.
– Terima kasih Harith yang berkongsi maklumat iniBidang
Semua bidang yang ditawarkan oleh Politeknik Sesi 2012/2013.
Syarat Permohonan
Calon yang layak memohon adalah;
- Warganegara Malaysia
- Terbuka kepada semua pelajar yang mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
- Umur tidak melebihi 19 tahun pada 20 November 2012.
- Telah mendaftar diri untuk mengikuti pengajian tahun satu di politeknik pada bulan Januari sesi 2012/2013 atau pada bulan Julai sesi 2012/2013.
- Mendapat sekurang-kurangnya gred kepujian C dalam Bahasa Melayu
- Memperolehi sekurang-kurangnya gred B dalam 6 matapelajaran lain
Calon yang tidak layak memohon:
- Pelajar yang mengikuti pengajian di peringkat sijil
- Pelajar yang berada di tahun dua dan ke atas
- Pelajar yang mengikuti kursus yang berkaitan dengan pendidikan
- Pelajar yang telah mempunyai kelayakan Diploma
- Pelajar yang sedang mengikuti Program Pendidikan Jarak Jauh/separuh masa
- Pelajar yang mempunyai Diploma Lepasan Ijazah atau Diploma anjuran sesuatu Jabatan/Agensi.
Kadar Biasiswa
Biasiswa yang ditawarkan adalah seperti berikut;
- Elaun sara hidup samada RM7,560 atau RM6,426 setahun
- Elaun buku RM400 setahun
- Elaun alat perkakas antara RM50 sehingga RM250 setahun
- Elaun kertas projek RM150 setahun
- Yuran pengajian politeknik RM400 setahun.
Di samping itu elaun tambang kapal terbang untuk perjalanan dua hala diberikan setiap tahun daripada RM100 – RM1,000 bergantung kepada lokasi.
Kontrak
Pemohon yang menerima tawaran biasiswa politeknik tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam ini dikehendaki berkhidmat dengan Kerajaan atau tuntutan gantirugi akan dikenakan. Tempoh berkhidmat dengan Kerajaan dan tuntutan gantirugi ini bergantung kepada tempoh pengajian dan jenis pengajian. Tempoh berkhidmat ini adalah di antara 3 sehingga 6 tahun dan jumlah gantirugi pula samada RM70,000 atau RM100,000.
Permohonan
- Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (on-line) di laman web Permohonan Biasiswa Politeknik JPA.
- Pemohon terlebih dahulu perlu mendaftar untuk mendapatkan katalaluan secara percuma.
- Pemohon dibenarkan mengemaskini atau meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup. Hanya permohonan yang terkini sahaja diambilkira sebagai penerimaan permohonan.
- Permohonan melalui pos tidak akan dilayan.
- Salinan sijil-sijil tidak diperlukan kecuali dinyatakan dalam “Slip Permohonan”.
- Pemohon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak “Slip Permohonan” sebagai bukti permohonan telah dibuat.
Tarikh Tutup
Tarikh tutup permohonan biasiswa politeknik JPA ini ialah pada 26 November 2012.
Pertanyaan
- Jika menghadapi sebarang masalah teknikal semasa mendaftar atau mengisi borang permohonan program tajaan ini boleh menghubungi talian 03 8885 3210, 03 8885 3227 dan 03 8885 3445.
- Jika mempunyai pertanyaan mengenai program biasiswa Politeknik ini, sila hubungi talian 03 8885 3445 atau e-mail kepada penawaranlsp@jpa.gov.my.
- Sila rujuk komen-komen di Permohonan Biasiswa JPA Politeknik 2010 dan 2011 sebagai panduan.
- Maklumat lanjut berkenaan biasiswa ini boleh juga diperolehi di laman web http://esilav2.jpa.gov.my atau http://www.jpa.gov.my.
klau mau msuk tknik nak kene byar brap ye..?
saya umur 18 taun nie..saya nak buat permohonan plitknik tpi saya gagal dlm mtpljaran BI>??
bila boleh check keputusan? kat mna nk check?
nk semak keputusan kat mano?
kptusan biasiswa poli mna ?? xkwaq lg ka ?? bpa lma mw tggu daa ….. 🙁
maaf…nak tanya..bila keputusan boleh disemak??
Saya berumur 21 tahun pada 2013 ini,saya ingin tahu adakah saya masih lagi layak untuk mendaftar biasiswa politeknik ini..kerjasama dari pihak tuan amatlah dialu-alukan
bila keputusan biasiswa ni keluar? tiada pemberitahuan yang dimaklumkan. sekian.
bila keputusan permohonan biasiswa nie akan keluar?
macam mana nak semak keputusan biasiswa ni?
Semakan keputusan Program Diploma Politeknik tahun 2012 boleh dibuat pada 11 Januari 2013 sehingga 13 Februari 2013 di link ini http://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/ekeputusan…
Assalamualaikum..saya dah cuba semak keptusan prmohonan saya. tp masih gagal. kata laluan x sah. tp saya yakin dgn kata laluan saya tu.
skrg masih x tahu lg status permohonan saya.
call pihak jpa…mereka boleh bantu buat semakan utk fatin
sedih sgt tak berjaya
bila duitnye masuk eh?
lambat lagi ke?
bila duit masuk ar..??
duit jpa dah masuk ke..?
Nak tanya la. Kemasukan duit biasiswa JPA bg peringkat diploma adalah seragam ke bg semua ipta? Nak tahu kebiasaan nya. Dah nak habis sem ni, tapi tak masuk lagi.
sabar…..
tahun depan doe…. gentellll…..
dgr brita duit jpa dah masuk..
permohonan untuk 2013 bila nak buka??
Penawaran Program Diploma Politeknik 2013 telah dikeluarkan hanya untuk pelajar yang telah memohon dan berjaya sahaja perlu masuk sistem untuk terima atau tolak tawaran tajaan pihak JPA. Sila semak di sini http://esilav2.jpa.gov.my/ atau melalui ePenawaran di sini http://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/epenawaran…. Harap maklum.