Permohonan Program Khas MARA 2013 Lepasan SPM 2012

Majlis Amanah Rakyat (MARA) menawarkan pinjaman pelajaran boleh ubah kepada pelajar cemerlang Bumiputera lepasan SPM 2012 di bawah Program Ijazah Luar & Program Ijazah Dalam Negara dan Program Diploma Cemerlang IPMa 2013

Mereka yang terpilih akan mengikuti pengajian peringkat persediaan atau diploma terlebih dahulu di pelbagai institusi dan bidang yang ditetapkan MARA.

Pinjaman Pelajaran MARA

Syarat Asas

  1. Pemohon berketurunan Melayu / Bumiputera
  2. Warganegara Malaysia
  3. Salah seorang ibu atau bapa pemohon berketurunan Melayu / Bumiputera dan warganegara Malaysia
  4. Menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2012 bagi kali pertama
  5. Pemohon tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk pengajian atau peringkat yang sama
  6. Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak mengidap penyakit-penyakit kritikal seperti Hepatitis, Aids, HIV dan sebagainya

Syarat Kelayakan Akademik

Syarat kelayakan akademik minimum untuk mengikuti pengajian yang ditawarkan dinyatakan secara khusus di setiap program yang ditawarkan;

Calon yang tidak memenuhi syarat kelayakan minimum program tidak akan dipertimbangkan.

Bidang Pengajian

Sila rujuk Senarai Kursus Program Pengajian Ijazah Luar & Dalam Negara Dan Cemerlang IPMAs untuk melihat senarai penuh kursus-kursus yang ditawarkan oleh MARA.

MARA juga menjalinkan kerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dimana terdapat kursus-kursus yang ditawarkan melalui MARA adalah di bawah penajaan JPA. Sila rujuk Senarai Program dan Syarat Program Khas Lepasan SPM 2012 Kerjasama MARA-JPA untuk tujuan rujukan, pemilihan program dan permohonan.

Permohonan

Permohonan perlu dibuat secara atas talian (online) di Portal ePermohonan MARA.

Sila rujuk Panduan Memohon untuk mendapatkan langkah-langkah yang perlu diikuti.

Tarikh Tutup

Borang permohonan yang telah dilengkapkan perlu diterima MARA sebelum atau pada 28 Mac 2013.

Temuduga

Semakan keputusan berjaya panggilan temuduga bagi pemohon yang memilih Program Ijazah Luar Negara boleh disemak mulai 11 April 2013 di laman web MARA.

Keputusan Permohonan

Semakan keputusan pemohon berjaya bagi Program Ijazah Luar Negara, Program Ijazah Dalam Negara dan Program Cemerlang IPMa boleh disemak mulai 10 Mei 2013.

Semua semakan boleh dibuat di laman web MARA.

Permohonan yang tidak mendapat maklumbalas daripada pihak MARA selepas 28 Jun 2013 adalah dianggap tidak berjaya.

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkenaan Program Khas MARA 2013 ini boleh menghubungi:

  • Pengarah
    Bahagian Penganjuran Pelajaran
    Tingkat 3, Ibu Pejabat MARA
    21 Jalan Raja Laut
    50609 Kuala Lumpur
    (u.p: Cawangan Penajaan – Unit Program Khas)
    Telefon : 03-2613 2044/ 2060/ 2120/ 2063/ 4372/ 2085/ 2110/ 2014/ 2075/ 2061
    (9.00 pagi hingga 4.30 petang)
    Email : [email protected]

8 thoughts on “Permohonan Program Khas MARA 2013 Lepasan SPM 2012

  1. jika saya ingin memohon Program Khas Lepasan SPM 2012 Kerjasama MARA-JPA, saya harus mendaftar di bawah JPA atau MARA ?

  2. bila boleh semakan keputusan program khas ni??? boleh tak bg link???

  3. tak sabar rasanya ??????bila ye keputusan nya

  4. ayadeden says:

    assalam, nak tanya, keputusan temuduga jpa-mara nak tengok di mana? di website mara juga ke?

  5. shafinaz says:

    bila tarikh sebenar keputusan program jpa-mara?

  6. shafinaz says:

    kepputusab prog khas jpa-mara boleh check dlm web esila jugak ke?

  7. Permohonan saya tidak berjaya. Adakah saya mempunyai peluang untuk membuat rayuan agar permohonan saya disemak semula?

  8. salam tuan,sy ada baca artikel di blog tuan sy nak tnya…student vokasional mcm sy ni ada puang x nak sambung belajar ke oversea selepas spm? utk spm tahun ini sy ambil subjek bahasa melayu,bahasa inggeris,matematik,pendidikan islam,sejarah,dan 2 subjek aliran vokasional iaitu aplikasi elektrik dan elektronik serta Prinsip elektrik dan elektronik…..untuk sains pula sy ambil sains gunaan @applied science….mohon bantuan tuan…..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>