Permohonan Kemasukan Ke IKBN Sesi Januari 2010

TERKINI : Permohonan Kemasukan Ke IKBN Sesi Julai 2010.

Kementerian Belia dan Sukan mempelawa calon-calon yang layak untuk memohon memasuki IKBN di seluruh negara bagi Sesi 1/2010 Kemasukan Januari 2010.

Permohonan adalah terbuka kepada semua belia Warganegara Malaysia yang berumur 18-30 tahun bagi mengikuti Latihan Kemahiran peringkat sijil (SKM) Tahap 1 hingga 3, Diploma Kemahiran Malaysia (DKM 4) dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM 5), JKKP dan Suruhanjaya Tenaga di Institut Kemahiran Belia Negara, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Bidang Pengajian

  • Teknologi Mekanikal
  • Teknologi Automotif
  • Teknologi Awam
  • Teknologi Elektrik
  • Teknologi Elektronik
  • Teknologi Perkhidmatan Personal
  • Teknologi Tekstil dan Apparel
  • Teknologi Marin
  • Teknologi Makanan
  • Teknologi Fotografi

Syarat Utama

  • Pemohon berumur 18 – 30 tahun
  • Telah tamat Tingkatan 5
  • Mempunyai tubuh badan yang sihat dan belum berkahwin

Kemudahan

  • Tiket penerbangan bagi pelajar dari dan ke Sabah dan Sarawak.
  • Elaun bulanan RM100 – RM300 sepanjang tempoh pembelajaran.
  • Penginapan, makan minum dan pakaian disediakan.

Lokasi IKBN

  • IKBN Sepang, Selangor
  • IKBN Dusun Tua, Selangor
  • IKBN Pertak, Selangor
  • IKBN Seri Iskandar, Perak
  • IKBN Bukit Mentajam, Pulau Pinang
  • IKBN Alor Gajah, Melaka
  • IKBN Miri, Sarawak
  • IKBN Kinarut, Sabah
  • IKBN Jitra, Kedah
  • IKBN Kuala Perlis, Perlis
  • IKBN Wakaf Tapai, Terengganu
  • IKBN Bachok, Kelantan
  • IKBN Chembong, Negeri Sembilan
  • IKBN Pagoh, Johor
  • IKBN Pontian, Johor
  • IKBN Temerloh, Pahang

Permohonan

Tarikh Tutup

  • Permohonan ditutup pada 25 Oktober 2009. Permohonan secara online dilanjutkan sehingga 2 November 2009.

Maklumat

  • Sila rujuk laman web interaktif Kementerian Belia dan Sukan atau laman web utama KBS untuk membuat permohonan dan mendapatkan maklumat yang lebih terperinci.
  • Senarai kursus, kelayakan dan pusat IKBN yang menawarkannya sila rujuk Jadual Kursus.
  • Di samping itu sebarang pertanyaan boleh juga dibuat dengan menghubungi talian berikut 03-8871 3668/ 3673/ 3663/ 3664/ 3680/ 3683.

Keputusan

Semakan keputusan permohonan ke IKBN sesi Januari 2010 dijangka boleh dibuat mulai 1 Disember 2009.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Subscribe / Share

Article by Azhad Nilam

ePutra cuba membantu menyampaikan maklumat yang berkaitan dengan pendidikan di Malaysia. Semua maklumat di sini boleh digunakan semula tetapi sila buat pautan atau rujukan kepada ePutra.com. Terima kasih. Azhad Nilam tagged this post with: , , Read 321 articles by Azhad Nilam
103 Comments Post a Comment
  1. wanie says:

    salam..
    ade x pndfdtaran tok sesi yg ke 2 bg kemasukan ikbn lepasan spm 2009?
    klu ade,bile trikh mula mndftr dan trkh tutop?

  2. deqma says:

    salam nilam…kalau dulu saya ad belajar kt giatmara pastu, saya nk sambung kt ikbn boleh x,,,,n saya nk trus belajar tahap 2 n 3??…boleh k mcm tu,harap mendapat balasan segera.

  3. sya91 says:

    assalamualaikum…sy ingin thu status calon simpanan 2,cmne erk? adakah sy btul2 lyak utk ke ikbn?

  4. nina carinot says:

    x boleh ke kalau sye nak mohon lagi untuk bulan januari ni??>.

  5. nilam says:

    Amy,
    Salam… Saya tidak tahu tapi sangat minima. Walaupun begitu untuk kepastian sila hubungi IKBN Peretak di talian 03-60651401 atau e-mel ikbn-peretak@kbs.gov.my

    Edy,
    Salam… Saya tidak mengetahui samada anda boleh bertukar bidang dan caranya, oleh itu sila hubungi talian 03 – 8871 3663 / 3664 / 3701 untuk mendapatkan penjelasan.

    Ekin, Sya91,
    Salam… Anda akan ada kemungkinan diterima masuk jika ada pemohon tidak datang mendaftar pada hari yang ditetapkan.

    Liza,
    Permohonan kemasukan ke IKBN bagi sesi Julai 2010 dijangka akan dibuka dalam bulan March 2010 nanti.

    Wanie,
    Salam… IKBN membuat dua pengambilan dalam setahun iaitu sesi Januari dan Julai. Lepasan SPM 2009 boleh memohon sesi Julai akan dibuka pada bulan March nanti, sila rujuk Permohonan Ke IKBN Sesi Julai 2009 sebagai panduan.

    Nina Carinot,
    Permohonan untuk sesi Januari telah ditutup, sila mohon untuk pengambilan sesi Julai pula.

  6. farhanah says:

    salam…
    saya mahu bertanya…
    adakah ikbn menawarkan kos penerbanagan..?
    dan apakah syarat2 kemasukan ke ikbn dan pengambilan kos penrbangan taersebut…
    terima kasih…………….

  7. fida says:

    salam. saya nak tau ikbn mana yg ada menawarkan kursus aircond & penyejukbekuan? sy hndk memohon bagi kemasukan 2010. samada januari atau pun julai. bila sy boleh tau keputusan nya?

  8. fida says:

    boleh tak kalau pada hari pendaftaran saya datang walaupun saya tiada borang kemasukan..? sebab saya nak masuk bagi sesi januari 2010.

  9. along87 says:

    askum,saya umur 23tahun thun depan 2010,masalahnya saya sudah bkahwin,tetapi saya minat belajar lagi,di mana tempatkah untuk saya mahu sambung belajar..?????

  10. along87 says:

    askum,umur saya tahun depan 23,saya sebenarnya berminat sambung belajar lagi,tetapi saya sudah berkahwin.so di mana tempat yg sesuai untuk macam diri saya??????plsss tolong saya……

  11. Amer says:

    bile permohonan yang akan datang di buka?

  12. along says:

    saya nak tahu bila lg pengambilan ikbn nie lg…. sebab saya nak sambung belajar tapi tak tahu bila tarikh lg untuk saya daftar secara online….

  13. bell says:

    salam , saya nak tanye ttg kursus yg di tawarkan
    semua tmpt ke ade kursus yg di tawarkan ?

    fotografi ?

  14. andy says:

    hey….tolong kasi taw sye mcmna mw daftar ikbn?
    tolong beri borang…

  15. man says:

    sy tak dapat masuk ikbn,sy tak sempat nak mohon sisi 2010 ni…
    mcm mn sy nak buat??

  16. awie says:

    saya nk tanye bila lagi kemasukan untuk jurusan fotografi,saya sngat berminat la..
    tlg reply….

    saya t’lambat mintak…

    ble buleh saye buat permohonan…??

  17. Dee5166 says:

    Assalammualaikum,
    Anak saya dah terlepas untuk kemasukan sesi Januari 2010 kerana dah tutup permohonan. Bila lagi sesi selepas Januari 2010 dan bila tarikh tutup permohonannya.

  18. paEe says:

    salam..ade program baru kat ikbn aeroangkasa x?kat ikbn mane ye..?

  19. amer_8tom says:

    ass”kum apa kbar rakyat ikbn….aq nak tnya cam mana nak aply msuk ikbn
    untuk smbung tahap 3,tolong ya plezz ok

  20. hafiz bin ramli says:

    sy bru menamatkan pljran di akedemit binaan malaysia (a.b.m)
    sy bercadang hendak menymbong pelajarn di ikbn.
    soalan sy:
    sesi paggilan ke 2 pd bulan berapa..?
    dan bila borang pggilan ke 2 akan keluar..?

  21. mohamad syafiq says:

    salam..
    nak tanye budak yang nak sambung sijil tahap 2 bila boleh apply???

  22. ida says:

    nk tnye…tarikh permohonan ikbn yg terbaru bila????????

  23. asha88 says:

    assalamualaikom..sy nak tau..kemasukan untuk sesi 2010 akan dibuka pada bulan berapa..n sekiranya sy lewat daftar untuk tahun ni..bulan berapa pula sy sepatutnya daftar untuk kemasukan tahun hadapan??tq..harap dapat jawapan secepat mungkin,sy amat memerlukannya..

  24. asha88 says:

    salam sy nak tanya untk kursus fotografi..kelayakan dan syarat2 yg perlu ada?ikbn di di chembong ada menawarkan kursus tersebut tak?

  25. noor says:

    cmne ae nk isi brng mlalui online sdgkan ssh nk cri n g stu tiap kli nk online msti dh trlps trkh ttpnya.tlg bri sy mklumat smua bleh?tq

  26. fauzi riduan says:

    assalammualaikum..sye mhd fuazi bin riduan..
    sye nk tnye ble sye leh mohon ikbn..kerana sye da lwat daftar msuk ikbn sesi 2010..
    sye harap tuan/puan beri kejer sme..
    terima kasih
    sila hubungi sye 0172151028..

  27. NUR says:

    salam. adik saya ingin sangat ke ikbn. tarikh untuk pengambilan blan januari 2010 telah tamat. jadi boleh bagi tahu tarikh pengambilan bulan julai bila?.

  28. amin..... says:

    assalamualaikum,bleh tnya ckt.ad brape sesi pgambilan msuk k ikbn?

  29. amin..... says:

    bla ek blh sya mhon msuk k ikbn?

  30. fais says:

    bila intake 2010.?

  31. Dol says:

    nak tnye sikit klu tarikh lahir belum tibe lagi waktu mermohon cam ne ea?
    skrng umo sye 17 bile bln lapan bru 18…
    sebab die kate 18-30 tahun..
    cam ne nie ea?

    sye nak taw sngt2 sye takut waktu mohon x bly nti…
    sye nak mohon bgi sesi 2/2010

  32. shaierah says:

    selamat petang

  33. nadieya says:

    salam…
    sy nk tnya permohonan ikbn untuk seisi julai 2010 bila agknya?????

  34. asap... says:

    boleh tlg x?
    sy dh dftar utk sesi julai 2010
    ble bleh semak
    nk tahu sy diterima atau x

  35. HAFiZ says:

    salam…nk tnya cm na nk mohon kemasukan ke ikbn…….

  36. fez says:

    kusus ap ya ad kat siniyh.. nape ssh nak mohon?? cm ne ea?? x tw r

  37. aizeray says:

    bila permohonan untuk sesi ke-2 bagi tahun 2010? saya mahu tahu untuk membuat permohonan.

  38. aszz says:

    salam 1 malaysia..
    untuk ikbn, dia nak pemohon yang belum berkahwin. tapi bagaimana pula sekiranya si pemohon merupakan seorang duda? berumur 20 tahun dan adakah dia layak mengisi atau memohon ikbn??

    terima kasih.

  39. aszz says:

    salam 1 malaysia..
    dinyatakan bahawa pemohon yang layak hanya mereka yang belum berkahwin. tapi bagaimana pula bagi mereka yang telah bercerai (duda/janda) adakah mereka layak mengisi atau memohon ikbn?

    terima kasih..

  40. kay says:

    Bolehkah anak saya lepasan SPM 2009 memohon kursus IKBN pengambilan sesi Julai?

  41. muaz019 says:

    saya boleh masuk lagi ker ikbn

  42. ARIF_AMIL says:

    AIIIII SUME MCM MANE NK MHON IKBM

  43. ARIF_AMIL says:

    AII SUME MCM MANE NK MHON IKBN NI

  44. ENA says:

    SALAM…saye taw pmohonan bagi sesi jan2010 tlh ditutup dan akn diadakan sesi bagi julai2010..bilakah tarikh yg sesuai untuk mohon??saya xtawlaa..

  45. Matahati says:

    Salam , sy nk apply ikbn t0x adk sy..sesi julai201o. . .bler agkny dpt isi , thx!

  46. nilam says:

    Farhanah,
    Salam… IKBN ada menawarkan kursus penyelenggaraan pesawat. Syaratnya perlu disemak apabila tawaran kemasukan untuk sesi Julai 2010 dibuka. Buat masa ini laman berkenaan tidak boleh dilayari kerana sedang dikemaskini.

    Fida,
    Salam… Sila semak apabila tawaran kemasukan untuk sesi Julai 2010 dibuka. Buat masa ini laman berkenaan tidak boleh dilayari kerana sedang dikemaskini.

    Along87,
    Salam… Anda boleh sambung belajar berdasarkan kelayakan dan pengalaman yang anda ada sekarang.

    Amer, Along, Andy, Man, Awie, Dee5166, Amer_8tom, Mohamad Syafiq, Ida, Asha88, Noor, Fauzi, Nur, Fais, Nadieya, Asap, Hafiz, Fez, Aizeray, Arif Amil, Ena dan Matahati,
    Permohonan kemasukan IKBN sesi Julai 2010 dijangka akan dibuka bila-bila masa sahaja. Biasanya bagi pengambilan sesi Julai akan dibuka dalam bulan Mac.

    Bell dan Asha88,
    Salam… Sesuatu kursus di IKBN tidak ditawarkan di kesemua cawangan IKBN. Sila semak apabila tawaran kemasukan untuk sesi Julai 2010 dibuka. Buat masa ini laman berkenaan tidak boleh dilayari kerana sedang dikemaskini.

    PaEe,
    Salam… saya tidak pasti. Sila semak apabila tawaran kemasukan untuk sesi Julai 2010 dibuka. Buat masa ini laman berkenaan tidak boleh dilayari kerana sedang dikemaskini.

    Hafiz,
    Saya tidak pasti berkenaan panggilan kedua tetapi permohonan kemasukan IKBN sesi Julai 2010 dijangka akan dibuka bila-bila masa sahaja. Biasanya bagi pengambilan sesi Julai akan dibuka dalam bulan Mac.

    Amin,
    Salam… biasanya ada dua pengambilan iaitu sesi Januari dan sesi Julai.

    Dol,
    Anda masih boleh memohon.

    Aszz,
    Anda perlu mendapat kepastian daripada IKBN apabila permohonan untuk sesi Julai 2010 dibuka nanti.

    Kay,
    Memang boleh.

  47. bismihafiz bin mohamad hasbi says:

    a’kum…. macam mana nak sambung tahap 3 di ikbn…

  48. bismihafiz bin mohamad hasbi says:

    saya nak sambung tahap 3 di ikbn…

  49. IKA AMANI92 says:

    saya sudh cuba mencari dimana borang pemohonan ke ikbn untk sesi julai 2010,tetapi tidk menjumpainye….adakh ina bermaksud yg pemohonan ke untuk sesi julai belum dibuka

  50. nilam says:

    Bismihafiz,
    Sila buat permohonan bagi sesi pengambilan Julai 2010.

    Ika Amani92,
    Permohonan ke IKBN bagi pengambilan Sesi Julai 2010 telah dibuka sila rujuk Permohonan Kemasukan Ke IKBN Sesi Julai 2010.

Pengumuman

Find us on Facebook

Recommendations

Follow ePutra on Twitter

Archives



Copy Protected by Tech Tips's CopyProtect Wordpress Blogs.