Permohonan Kemasukan Ke Matrikulasi KPM Sesi 2010

TERKINI :

Permohonan Kemasukan Ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia Sesi 2010/ 2011 bagi pelajar Tingkatan 5 Tahun 2009 sudah mula dibuka mulai 1 Julai 2009 hingga 18 10 Oktober 2009.

Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia menawarkan dua jurusan dan satu aliran iaitu :

  1. Jurusan Sains (M001)
  2. Jurusan Perakaunan (M003)
  3. Aliran Teknikal (M007)

KELAYAKAN MEMOHON

  1. Pemohon mestilah pelajar bumiputera warganegara Malaysia atau pelajar bukan bumiputera warganegara Malaysia dari sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan yang berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari 2010.
  2. Borang permohonan dihantar sebelum atau pada 10 Oktober 2009.
  3. Pelajar juga perlu mendaftar dan mengambil mata pelajaran berikut dalam Peperiksaan SPM tahun 2009.
    • Bagi mengikuti Jurusan Sains (M001)
      Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia dan Fizik atau Biologi.
    • Bagi mengikuti Jurusan Perakaunan (M003)
      Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan dan mana – mana dua mata pelajaran daripada Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Perdagangan, Pengajian Keusahawanan, Sains, Sains Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi dan Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan / Lukisan Kejuruteraan).
    • Bagi mengikuti Aliran Teknikal (M007)
      Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik, Lukisan Kejuruteraan dan mana-mana satu mata pelajaran daripada Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan.

KELAYAKAN MINIMUM AKADEMIK

Syarat kelayakan minimum bagi mengikuti Program Matrikulasi ialah seperti berikut :

1. Jurusan Sains (M001)

  • 6C Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan dan Kimia
  • 4B Matematik
  • 6C Salah satu mata pelajaran daripada Fizik atau Biologi atau Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Teknologi Kejuruteraan)

2.  Jurusan Perakaunan (M003)

  • 6C Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik
  • 7D Matematik Tambahan
  • 6C Dua mata pelajaran daripada Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Keusahawanan, Perdagangan, Sains Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi atau Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Teknologi Kejuruteraan/ Lukisan Kejuruteraan)

3. Aliran Teknikal (M007)

  • 6C Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik dan Lukisan Kejuruteraan
  • 4B Matematik
  • 6C Satu mata pelajaran daripada Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik atau 4B Teknologi Kejuruteraan

Perlu diingatkan kelayakan di atas merupakan kelayakan MINIMUM, biasanya pihak Matrikulasi akan memilih mereka yang mempunyai keputusan yang cemerlang dan memenuhi mata merit yang ditetapkan (Cuba search “mata merit matrikulasi”). Sila baca komen-komen yang terdapat di kategori Matrikulasi untuk lebih memahaminya.

PERMOHONAN

Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan dua cara permohonan iaitu :

  1. Permohonan Secara Manual (PSM)
  2. Permohonan Melalui Internet (PMI)

Pelajar dikehendaki menggunakan salah satu cara di atas kerana hanya satu permohonan sahaja yang akan diproses bagi setiap pelajar. Jika pelajar mengemukakan lebih daripada satu permohonan, Bahagian Matrikulasi mengguna pakai permohonan melalui internet sahaja.

TARIKH TUTUP

  • Tarikh tutup permohonan ialah pada 10 Oktober 2009. Sukacita dimaklumkan Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia melanjutkan tarikh tutup Permohonan Program Matrikulasi Melalui Internet (PMI) dari 10 Oktober 2009 kepada 18 Oktober 2009.
  • Permohonan calon yang tidak layak / maklumat tidak tepat / tidak lengkap dan lewat daripada tarikh tutup tidak akan diproses.

SEMAKAN PERMOHONAN

Pelajar boleh membuat semakan permohonan dengan melayari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia pada awal atau pertengahan bulan Februari 2010 untuk membuat pembetulan maklumat yang dibenarkan sekiranya perlu.

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN

Pelajar boleh membuat semakan keputusan permohonan dengan melayari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia pada awal atau pertengahan bulan April 2010 untuk mengetahui status permohonan.

SURAT TAWARAN DAN PENDAFTARAN

Surat tawaran akan dikeluarkan oleh Bahagian Matrikulasi kepada calon yang berjaya dan para pelajar akan mendaftar di kolej-kolej matrikulasi pada bulan Mei 2010. Pelajar boleh mendapat keterangan lanjut dengan menghubungi kolej yang ditetapkan.

RAYUAN

Bagi pemohon yang tidak berjaya boleh membuat rayuan yang dibuka selama dua minggu bermula dari tarikh pengumuman keputusan permohonan pada pertengahan April 2010. Pemohon yang tidak berjaya berkemungkinan ditawarkan untuk memasuki Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT).

MATA PELAJARAN

Semua pelajar matrikulasi diwajibkan mengikuti semua mata pelajaran teras, wajib dan kokurikulum yang disediakan. Walaupun begitu hanya mata pelajaran teras diambil untuk pengiraan Sistem Purata Nilai Gred Semester (PNGS) dan Sistem Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK).

Mata Pelajaran Teras

  1. Jurusan Sains
    • Sains Hayat – Biologi, Kimia dan Matematik
    • Sains Fizikal – Fizik, Kimia dan Matematik
  2. Jurusan Perakaunan
    Perakaunan, Ekonomi, Matematik dan Pengurusan Perniagaan
  3. Aliran Teknikal
    Matematik, Asas Kejuruteraan, Sains Kejuruteraan, Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Eletronik.

Mata Pelajaran Wajib (Semua jurusan dan aliran)

  • Sains Informatik, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam / Moral dan Dinamika Kemahiran.

Kokurikulum (Semua jurusan dan aliran)

  • Sukan dan Permainan, Kelab dan Persatuan, Kawad.

PERTANYAAN

Sila rujuk portal Aplikasi Permohonan Atas Talian Program Matrikulasi atau laman web Matrikulasi KPM atau hubungi Bahagian Matrikulasi di talian 03 8884 4083 atau faks 03 8884 4028 untuk maklumat lanjut.

Related posts:

  1. Permohonan Kemasukan Ke Matrikulasi KPM Sesi 2009
  2. Keputusan Kemasukan Matrikulasi 2008
  3. Semakan Permohonan Ke Matrikulasi KPM Sesi 2009
  4. Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia
  5. Permohonan Kemasukan IPTA Sesi Akademik 2009/2010 Lepasan Matrikulasi Dan Asasi

Subscribe / Share

Article by Azhad Nilam
ePutra cuba membantu menyampaikan maklumat yang berkaitan dengan pendidikan di Malaysia. Semua maklumat di sini boleh digunakan semula tetapi sila buat pautan atau rujukan kepada ePutra.com. Terima kasih.
Azhad Nilam tagged this post with:
, , ,
Read 483 articles by

356 Comments

  1. skubidu says:

    salam ..sy dpt matrik penang ..
    cme mslhnye sy xtaw nk g ke x …berbelah bagi ..
    ye la,rmai yg kte ssah ..sye tkot trsilap lgkah je …
    nk tggu upu ,sye mntk diploma je…dpd diploma sye rse better sy amek matrik ..
    help mee!!!!
    to seniors from matrik ..tlong la..cmne eh ..nk g ke x ?
    -sy yg keliru ..

  2. lala says:

    mtrix mmg susah kal0 xstruggle..ape yg pntng kne rjin lar kt sne bru bleh sk0r..

  3. rese says:

    huhu…mcm mana nk buat rayUan???

  4. anis says:

    bagaimana nak buat rayuan matrikulasi secara online?
    tak ada link atau url secara langsung ke untuk membuat rayuan tersebut?
    sy dah buat semakan di laman web kpm dgn matrikulasi tp x ada satu pun petunjuk cara nak buat rayuan tersebut.
    sila beri feedback secepat mungkin di atas soalan saya ini. sangat penting!!!!!

  5. nana says:

    kpd spe2 yg nk wt ryuan …
    sile semak dlu http://apps.emoe.gov.my/semakan_matrik/
    pas2,bce kt bwh 2 ..layk merayu untk aliran ape …
    then..tnde la nk mntk aliran ape …
    lps 2,pndai2 lh..sy pon krang taw bg yg xdpt ni ..

  6. kkkecewa_ says:

    tlong saya…camna nk wat rayuan???da yg ckp kna online dh2, da yg ckp kna 2lis surat pas2 anta jeerr,…kalu sy x lyk mna2 aliran,bleyh ke sy wat rayuan,time sy smak x dpt pown cam nana ckp kt ats.sy nk mnx aliran perakaunan,,camna ney

  7. kkkecewa_ says:

    sory2.da soklan lg.kalo dpt 4A ja bleyh dpt ke kalu wat rayuan?dh2 D plak tew tok admath,chem, n phyc..C-bio.,kalu aliran sains komferm x dpt pnya.aliran perakaunan plak bley dpt ke?tlong sy jwb soklan ney.alahai..ney la akibat men2 lam spm!

  8. ex 09/10 says:

    sbnrnya, sy msuk matrix bukannya aim sy pun.
    sbb tiada rezeki, sy msuk matrix.
    mmg la dgr msuk mtrix susah, kene lelong, n bla2..,,
    mmg cuak rasanya apabila masuk mtrik walaupun kputusan spm sy cemerlang.
    mngu orientasi, die bg buku, then sy tgk la syllbus yg akn dpljari.
    lps tgk tu,, pergh,, rs mcm nk resign terus je dr matrik,
    mne tak nye,, 31 bab physic 2 sem.
    tp lepas stat belajar, xde susah nye, biase je.
    phm, rjin buat latihan insyaALLAH korang akn berjaya.
    result semester 1 sy, alhamdulillah dapat penuh.
    dan itu mmbuktikan kpd sy, bhw matrik xde la sesusah spt yg sy dgr.
    yg kamu dgr ssh itu mungkin drp pelajar2 yg malas, dan tiada usaha.

    itu shj yg sy dpt kongsi. doakan sy mendapat empat rata sekali lagi sem 2 ini.
    aminn

  9. saLEEm says:

    nk tny sikit…

    1)kalau masok matrix, then kita dpt offer tajaan mn2 u(eg;petronas, scholar u oversea, etc), kita boleh apply keluar atau terpaksa habiskan pengajian d matrix dahulu…??

    2)saya ada dengar, kalo keluar, kena bayar balik duit biasiswa RM1K++ tu…betol ke..??

    3)apa beza program 1 tahun dan progrm 2 tahun tu….??subjek sama ka antara dua tu..??berdasarkan permintaan kita atau kita telah ditentukan??

    terima kasih kepada yg menjawab…=)

  10. CL says:

    salam 1 malaysia,

    sy ada 2 soalan kt sini,hrp dpt bantu..
    1-saya dpt tawaran matrix,masalahnyer sy dh terslh isi pndptn/gaji..
    saya dh try utk kmaskini tp,xbleh..cma bleh tkar lokasi kolej jer time tuh..
    adakah tawaran itu akan ditolak serta merta disbbkan kesilapan tersebut??

    2-bila keputusan upu akan diumumkan??
    Harap dpt tolong sy…tQ!

  11. huha says:

    hello .
    just nk ask abt rayuan kemasukan ke mattrikulasi for 2010/2011 through online , tak jumpa la link dye .

  12. lunna says:

    salam…

    saya nak tanya, ada tak senarai syllabus yg bakal kita blajar kat matrik nanti?

  13. saerah says:

    to ex,sy skong pe yg awk gtau,,sy pon slalu dgar org kte matrik ni ssah lar,pe2 lah,tp sy ttap nk msuk mtrik gak..sy nk tnjuk pd smua yg sy bleh bt n bjya mcm org len!!…sbb tu,ble org ckp kbrukn mtrik ni,sy lgsg x amik pduli..Insyaalah,awk akn bjaya t sem 2 ni..amin..sy doakan..^_^..hehe..awk amik kos sc fizikal ker???

  14. ex 09/10 says:

    to saerah..
    yupp,, sy amek fizikal

  15. sumandak says:

    nilam..saya mau tnya pasal PDT..bagaimana nak memohon ke PDT?perlu buat rayuan atau tak?adakah saya perlu tnggu hngga kptsn PDT diumumkan tanpa buat apa2???pls help..

  16. haikal_klg says:

    salam…
    selalunya pljr yg telah habis matriks dan dapat bawah 3.0 ke bawah..
    ke mana mereka ni di lelong??
    lg satu..boleh bg tau program apa yg akan matriks lelong kpd mereka yg dpt
    3.0 ke bawah??
    sy dpt matriks 2010..yahooo..tp nk tggu ipta …
    tolong eaa..terima kasih…

  17. amalina says:

    sye dpat msok matrik kat johor amik akaun,A sye bm,agame,math. A- akaun,tasawur,sej. B bi. C+ addmath. C physics. D kimia. sye x thu nak pegi ke x. percubaan sye memuaskan xde gagal dan stu je A,bgi sye bile dah bergaul dgn rakan2 yg sme level dgn kte mgkin memberikan kte semangat utk lebih struggle kat sne. tpi rmai ke yg kne tolak kat sni. nak tnye pendapat diorang nape boleh gagal. -girl keliru-

  18. FABREGAS says:

    slm.,sy dpt matrx N9..tp dgr cte klaw rsult kt mtrx x ok.,t kene tndang ea.,pas2 kte x dpt smbng degree kos yg kite amek..btol ke

  19. zac says:

    saye dapat matrik johor……kalau saye dapat aliran sains fizikal boleh tak mintak tukar ke sains hayat….saye amik bio….saye teringin nak amik medic….nilam tlong

  20. Balqis says:

    slm.sy pljr pst matrikulasi 2009/2010..blh x sy minta utk mengulang program nie?

  21. Andrew says:

    I had just received the offer letter from Kolej Matrikulasi Johor!however,I dont have the borang perjanjian pengambilan dan pembiayaan dan buku dokumen pendaftaran pelajar baru!what to do now?!please help me!urgent!

  22. mierato says:

    salam…sya dh dpt kt matrik perlis…sdangkn smase prmohonan sya telah mmohon matrik slangor,negeri 9 dan melaka..sya ingin tahu knape sya di tmptkn di matrik perlis..adakh ini disbabkn keputusan spm??

  23. mierato says:

    salam…sya dpt matrik kt perlis..sya ingin tahu knapa sya ditmptkn di perlis??..sdangkn smasa pmohonan matrik sya mmohon matrik di slangor,negeri 9 dan malaka..adakh penempatan ini disbabkn keputusan spm..jika ingin mmbuat prtukaran boleh x??just tanya dan ingin tahu je…

  24. nurul says:

    nak tnya….
    matrik mane yg paling bgus skali??

  25. myrah says:

    hyep…alhamdulilah, i pon dk lepasan spm n i dpt pluang msok mtrx londang kat melaka, i ngat i nk amik medik for my degree, so fist of ol i msti kn dpt pointer yg mang tol2 power an?..HEHEHE, act i byk dgar drpda orng2 len yg matrix ni sush, yes, myb yes n myb not..i dont know bcoz i pon tak blajar g kat sne an, tp i relly2 degree kat ape yg said ckap, yg penting kt berusaha tok dpt pe yg kt nk..then, ble kt dh dpt pe yg kt nk, dat tyme takde bnde yg paling bermakne dlm idup kita..believe me..takde bende yg senang kekawan..sume de cabaran, yang paling penting..usaha..usaha..dan usaha..hehehe, so guys, yg ne dh dpt matrx uh, jgn r kowng pk bukan2 g, grabs de chance, kt sume sti ley nye..caiyok kekewan!

  26. izzad says:

    pe kebaikan asasi unikl dri matrkulasi teknikal ha…????bley spe2 explain x…

  27. XwanedgeX says:

    saya nk tanye, smase saya dkat skolah saya x amik sub account, saya amik pure science, and tiba2 keluar je result spm, bio saya tidak memuaskan, so time tu plak saya terminat dgn sub kira2 ni which is maths add maths dgn account, result spm saya for maths dgn add maths mmg bagus. and saya nk apply matriks, boleh ke saya apply jurusan perakaunan walhal saya x amik pon sub tu time spm dulu, adakah dkat matriks nnti dia akan ajar yg basics mcm dkat skolah jgak? saya just takut nnti dpt matriks and x dpt buat sub tu sbb xde basics and nnti kena lelong. tolong saya…

  28. kamen says:

    sy nk tnya, student yg dpt wt rayuan utk matrik n then bjaya dapat mmg akan msok program PDT kew?

  29. ctnurathirah says:

    salam nilam..

    sy dapat matrikulasi selangor..
    sy dapat tau melalui sms dan cek d laman web KPM .
    tapi surat rasmi belum dapat lagi..
    kawan² ramai yang dah dapat surat .

    ape yg patut sy buat?

  30. lya says:

    sye dpt masuk matrix thn nie…. prasaan takut pulak yg muncul… coz tkut tak dpt ikut ape yg diorg aja…. tp lepas bace baca kata2 peransang kt cni,takut tu brkurangn ckit….thanx…

  31. lyssa says:

    to CTNURATHIRAH,

    kmu jgn risau,matriks selangor nyer srt twrn mmg blom smpai..
    kengkawan sy ada yg dpt kt sne,diorg pon blom dpt gak..
    s0,don’t w0rry k!

  32. arein says:

    camnr nk semk matrik??? borg??

  33. MissD says:

    Salam.

    Saya tahu masuk matrik mmg ada risk yg sgt tinggi. Brp ramai kawan saya yg xkrg hebat masa di sekolah, then masuk matrik, then tercampak ke pelbagai universiti or kolej universiti seluruh negara dengan ntah apa-apa course..finally sgt ramai yg ended jadi guru sandaran..diorng bukan xpandai masa sekolah..even ada yg dr sek asrama penuh tu..tp mungkin rezeki la kan..

    Saya dah aware dengan senario ni sbb tu dari awal saya tak pilih untuk masuk matrik. Tak isi borang langsung..dan fokus minta apa yg saya nak je..mungkin rezeki saya la..saya dapat apa yg saya nak..dan future saya tak terumbang-ambng macam ramai kawan-kawan saya kat matrik tu. Saya dah tahu apa course saya akan buat untuk degree..saya lebih relaks masa asasi dan saya finally dpt degree yg saya nak..ntah lah maybe itu rezeki..ataulebih tepat lagi perancangan kita sendiri..bukan ke Tuhan itu mengikut sangkaan hambaNya..

    Sa, pihak matrikulasi kementeri buatlah sesuatu..untuk anak bangsa kita juga kan..

    Adik saya dapat matrik..again, mungkin rezeki dia..tapi sampai hari ni xdpt surat lagi..apa cer?

    Minta bantuan k..kami masih xbuat preparation sbb surat xada. Saya dah call Kementerian yg berkenaan..tapi mereka suruh tunggu sampai minggu depan..I wish we gonna have enough time..:-)

    Thanks for listening..

  34. haikal_klg says:

    salam….
    sy dpt matrikulasi n9
    dan dpt diploma kejuruteraan awam di uitm…
    skrg pening nk pilih mane..mase dh suntuk..
    matrikulasi dpt sains satu tahun..
    yg mane satu ni??
    tolong…..tq.salam

  35. farah_oinkoink says:

    result spm saya 10 A’s…saya dpt mtrikulasi sains 1 taon n dpt asai sains hayat uia..
    tgh png nk pilih mane satu ne..
    tolong??

  36. me says:

    sesiapa yang dapat asasi saya rasa lebih baik je amik asasi tetapi kalau ingin amik matrik takpe jugak…….

  37. maisarah says:

    sapa-sapa kat sini boleh syer ngan saya pasal matrik arau,perlis…
    best tak matrik nie…
    keputusan pelajar kat sini ok ke tak…
    asrama perempuan brapa org utk1 bilik…
    apa kemudahan yang terdapat kat sana???
    plizz..harap sgt dpt membantu…

  38. hanEy.. says:

    to haikal;
    dlu, akk matric johor 1 yer, then sambung utm for civil,i think quality engineering in utm mre better than uitm… now, nak wat master..
    so, leh cut masa… pilih yang cepat habis blaja better… but u hv 2 perform…ala.. biasa je la… ok jek…

  39. haikal_klg says:

    salam..
    sy dh buat kputusan..
    sy akan ke uitm walaupun mase apply UPU..
    pilihan 1 UTM civil engineering..
    pilihan 2 UiTM civil engineering..
    n matriks tu sy tak pegi la..
    lg pun sy dh fikir panjang..
    n tahap kemampuan sy d mane..
    kpd kwn2 yg akan dftr 10 mei di matrikulasi sluruh negara..
    semoga berjaya..
    kpd yg akan ke Universiti..
    sama2 lah jumpe kat sana nnt..
    to haney..
    terima kasih akak bg pendapat..
    salam tq..

  40. sarah says:

    nilam, misalnya rayuan saya dpt so nnt mase dftar rmai ke?? atau yg rayuan ni juz gnti yg x dtg mase 10hb tu?? n nnt blaja same dgn yg dftar 10hb tu ke atau lain2?? plizz jwb…

  41. sarah says:

    nilam nk tnye,kalo dpt yg rayuan 23hb ni nnt dftar rmai2 ke?? atau rayuan ni juz gnti kekosongan yg x dtg mase dftar 10hb tu?? n nnt blaja lain2 kan dgn pelajar yg dftar mase 10hb tu???

  42. mida says:

    slm,nk tanye..klu la kite x dpt mtrik (pst),walaupun kite layak..adakah kite akan di terima tuk mengikuti program 2 tahun????

  43. nor says:

    salam..
    sy ada dengar pelajar yg sem1 lulus bersyarat yg berhenti drpd pengajian matrik
    kena bayar denda.. tp bukankah dy sudah ambil exam 4 sem 1. so, dy da selesaikn tanggujwb dy 4 sem 2.. kenapa ea???

  44. PoisoNous says:

    Sarah:
    Kalau sarah rayuan n dapat untuk 2nd intake PST, sarah akan join pelajar PST lain yang mendaftar pd 10hb 2.. kalau sarah x dapat 2nd intake PST, sarah mgkin akan dtawarkan untuk PDT (Program 2 Tahun).. kalau sarah masuk dalam PDT,sarah akan start blajar dgn s2dent PDT yang lain n bukannya bersama dengan pelajar PST..

    mida:
    mida b’mgkin akan diterima untuk program 2 tahun sekiranya mida ada membuat rayuan.. rakan saya yang layak ikut program PST dulu pun x dapat PST.. tp dia ada buat rayuan n berjaya masuk PDT..

    nor:
    ini sekadar pendapat sy sahaja… sekiranya pelajar PST 2 dapat keputusan lulus bersyarat (1.5+) dia masih layak sebenarnya untuk sambng study kat matrik untuk sem 2.. mgkin sbab 2 la kena bayar denda.. kecuali la memang dah dapat result below 1.5… yang 2 memang kena kick out n x payah bayar denda… tp lebih baik nor rujuk kat peraturan matrikulasi… coz ini sekadar pendapat sahaja..

    Gud luck 2 everyone!

  45. EYQAH says:

    skrg ni sy dlm dilema sma ada nk plih tgktn 6@ matrikulasi……..
    fmly suwo amik tgktn 6,,but membe suwo pg matrik….
    so,bley xbg pndpat mana 1 yg lbih baik utk sy..

  46. EYQAH says:

    sy skrg dlm dilema utk plh tgktn 6@matrik…
    bleh xbg pndpat mana lbih baik????

  47. atiqah says:

    salam..saya ingin kn kepastian,boleh atau tidak jika saya ingin bertukar dari kolej mara kulim ke kolej matrikkuala pilah tanpa menukar course yg say ada?

  48. sarah says:

    oOOooo..thanks ye poisonous. eh, tp dorang kan da start blaja lame da..cmne tu??saya dpt 2nd intake PST tu..kat jOhOr.

  49. sarah says:

    nk tnye m001 tu sc hyat ke fzkl????

  50. miracle says:

    haiz…..susah le masuk matrik ni…dapat 12A pun tak guna…skrg just waiting 2 go Australia…but,tis choice may be better 4 me…

  51. zatie says:

    ak pown nak p metrik gak…tp tggu tahun dpan laa….haha..agak2 ssah x????

  52. brenda says:

    how to enter a pin number for the "permohonan sesi 2010/2011"?

Makluman

Peta Minda
Follow ePutra on Twitter
ePutra

Archives