Permohonan Ke IKBN Sesi Julai 2009

TERKINI :

Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Kementerian Belia dan Sukan mempelawa calon-calon yang layak untuk memohon memasuki IKBN di seluruh negara bagi Sesi 2/2009 Kemasukan Julai 2009.

Permohonan adalah terbuka kepada semua belia Warganegara Malaysia yang berumur 18-30 tahun bagi mengikuti Latihan Kemahiran peringkat sijil (SKM) Tahap 1 hingga 3, Diploma Kemahiran Malaysia (DKM 4) dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM 5), JKKP dan Suruhanjaya Tenaga di Institut Kemahiran Belia Negara, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Permohonan untuk masuk ke Institut Kemahiran Belia Negara ini perlulah dibuat secara online.

Bidang Pengajian

  • Teknologi Kejuruteraan Mekanikal
  • Teknologi Kejuruteraan Automotif
  • Teknologi Kejuruteraan Awam
  • Teknologi Kejuruteraan Elektrik
  • Teknologi Kejuruteraan Elektronik
  • Teknologi Perkhidmatan Personal
  • Teknologi Tekstil dan Apparel
  • Teknologi Kejuruteraan Marin
  • Teknologi Makanan
  • Teknologi Fotografi
  • Teknologi Maklumat

Syarat Utama

  • Pemohon berumur 18 – 30 tahun
  • Telah tamat Tingkatan 5
  • Mempunyai tubuh badan yang sihat dan belum berkahwin

Kemudahan

  • Tiket penerbangan bagi pelajar dari dan ke Sabah dan Sarawak.
  • Elaun bulanan RM100 – RM300 sepanjang tempoh pembelajaran.
  • Penginapan, makan minum dan pakaian disediakan.

Lokasi IKBN

  • IKBN Sepang, Selangor
  • IKBN Dusun Tua, Selangor
  • IKBN Pertak
  • IKBN Seri Iskandar, Perak
  • IKBN Bukit Mentajam, Pulau Pinang
  • IKBN Alor Gajah, Melaka
  • IKBN Miri, Sarawak
  • IKBN Kinarut, Sabah
  • IKBN Jitra, Kedah
  • IKBN Kuala Perlis, Perlis
  • IKBN Wakaf Tapai, Terengganu
  • IKBN Bachok, Kelantan
  • IKBN Chembong, Negeri Sembilan
  • IKBN Pagoh, Johor
  • IKBN Pontian, Johor
  • IKBN Temerloh, Pahang

Tarikh Tutup

  • Permohonan ditutup pada 19 April 2009

Sila rujuk laman web interaktif Kementerian Belia dan Sukan untuk membuat permohonan dan mendapatkan maklumat yang lebih terperinci.

Di samping itu sebarang pertanyaan boleh juga dibuat dengan menghubungi talian berikut 03-8871 3668/ 3673/ 3663/ 3664/ 3685.

Related posts:

  1. Permohonan Ke Institut Pendidikan MARA Sesi Julai 2009
  2. Permohonan Kemasukan Ke IKM Dan KKTM Sesi Julai 2009
  3. Permohonan Ke Institut Kemahiran MARA Sesi Januari 2009
  4. Permohonan Ke Program Pra-Universiti Sekolah Sukan Malaysia Sesi 2009/2010
  5. Permohonan Ke Politeknik KPT Sesi Julai 2009

Subscribe / Share

Article by Azhad Nilam
ePutra cuba membantu menyampaikan maklumat yang berkaitan dengan pendidikan di Malaysia. Semua maklumat di sini boleh digunakan semula tetapi sila buat pautan atau rujukan kepada ePutra.com. Terima kasih.
Azhad Nilam tagged this post with:
, , , ,
Read 483 articles by

74 Comments

  1. nilam says:

    Harizkdh,
    Anda perlu tunggu pengambilan yang akan datang.

  2. naim says:

    sy ingin tukar ke ikbn temerloh,harap pihak tuan dapat tolong,
    sy pelajar dari ikbn pagoh, sekolah alatan dan acuan

  3. nilam says:

    Naim,
    Anda perlu berhubung dengan pihak pentadbiran IKBN anda sekarang untuk mengetahui cara permohonan pertukaran boleh dibuat.

  4. joseph says:

    SILA UMUMKAN PADA SAYA TENTANG PENGGAMBILAAN UNTUK SESI SETERUSNYA

  5. nilam says:

    Joseph,
    Sila kunjungi blog ini atau laman web Kementerian Belia dan Sukan dari masa ke semasa untuk mengetahui pengambilan yang akan datang.

  6. ida says:

    salam..
    erm,…
    sy berminat untuk mengikuti kursus pereka gaya rambut…
    sila maklumkan kepada sy pengambilan untuk sesi seterusnya..

  7. nilam says:

    Ida,
    Sila kunjungi blog ini atau laman web Kementerian Belia dan Sukan dari masa ke semasa untuk mengetahui pengambilan yang akan datang.

  8. NIK says:

    bila akan buka pengambilan seterusnya dalam waktu terdekat?

  9. nilam says:

    Nik,
    Pengambilan berikutnya adalah untuk sesi Januari 2010 dan permohonan biasanya akan dibuka pada bulan Ogos/ September.

  10. hazwan says:

    Baru start kursus penyedia makanan [chef] tahap 1 dan 2 di segi training centre. Nak tanya boleh sambung tahap 3 di ikbn? Sila beri maklumat, terima kasih

  11. nilam says:

    Hazwan,
    Saya tidak begitu arif mengenai program di IKBN.
    Harap ada pembaca lain yang dapat membantu atau cuba anda hubungi terus IKBN untuk maklumat lanjut.

  12. abu says:

    camne sy nk check keputusan samada dapt atau tidak ke ikbn nie..
    payah nye

  13. aina says:

    salam..sy nak tahu macam mana cara nak check sama ada saya dapat masuk ke ikbn atau tidak?di google, saya dapati tarikh nak cek adlh pada 1 Jun 2009..tlg reply secepat mungkin ya..thanks!

  14. eila says:

    salam.. mcm mane sy nk check keputusan permohonana ikbn?..dgr kta kputusan kuar 1 jun

  15. nilam says:

    Abu, Aina dan Eila,
    Keputusan boleh di semak di Keputusan Permohonan IKBN.

  16. EKEKERT says:

    MACAMNE NK TUKAR JURUSAN?????JURUSAN YANG DITERIMA TAK SESUAI DENGAN JURUSAN SAYA………..

  17. SWEETIE says:

    saya dapat masuk tapi status pemohonan hanya simpanan.so,mungkin i x dpt ke?bila tarikh pendaftaran ?thankz nilam atas jawapan anda.^^

  18. nilam says:

    Ekekert dan Sweetie,
    Maaf, saya tidak ada maklumat mengenainya. Sila hubungi IKBN di talian 03-8871 3668/ 3673/ 3663/ 3664/ 3685 untuk bantuan.

  19. cutyspark says:

    kalau calon 2 dapat calon simpanan,calon tu xdpt msk ikbn ke??. .

  20. nilam says:

    Cutyspark,
    Mungkin anda akan dipanggil jika ada yang tidak datang mendaftar. Walau bagaimanapun sila hubungi IKBN di talian 03-8871 3668/ 3673/ 3663/ 3664/ 3685 untuk kepastian.

  21. Aahmat Yatim bin Man says:

    Soalan,

    1. Adakah pembiayaan sekiranya belajar IKBN?

    2. Saya dah dapat tawaran belajar di IKBN. Adakah kursus Diploma CADD mendapat pembiayaan kerajaan?

  22. cutyspark says:

    jd ini brmkna sy ggal la utk k’mskn ikbn???. .

  23. cutyspark says:

    adkh sy tdk lyak msk ikbn krn result sy??. .result sy mmg x ssuai ke utk msk ke ikbn??. .

  24. cutyspark says:

    tlg jwb prtnyaan sy s’cpt mgkin. .sy tgh confius gle skang nie. .n ape yg m’nyebbkn sy xdpt msk ikbn??. .sy trllu mghrapkn yg sy dpt msk ikbn. .

  25. wahida says:

    adakah pemohon yang disenaraikan sebagai simpanan diterima untuk belajar di ikbn

  26. nilam says:

    Aahmat Yatim,
    Saya telah cuba mencari maklumat mengenai tetapi tidak berjaya. Sila hubungi IKBN di talian 03-8871 3668/ 3673/ 3663/ 3664/ 3685 untuk bantuan.

    Cutyspark dan Wahida,
    Berdasarkan kefahaman saya kebiasaannya bila disebut calon simpanan anda bukannya gagal masuk cuma terpaksa menunggu jika ada kekosongan atau untuk ambilan kedua.
    Keputusan peperiksaan anda memang layak untuk masuk IKBN cuma tempat yang terhad memaksa mereka memberi keutamaan kepada yang lebih memenuhi syarat yang ditetapkan.
    Walau begitu saya syorkan anda menghubungi IKBN untuk kepastian.

  27. ejan says:

    ada x kekosongan utk level 3 bg kursus kmsc?

  28. cutyspark says:

    emm. .bgtu. .sy akn d pggil jka ada k’ksongan la??. .jd pluang sy utk msk ikbn amt tpisla??. .n mcm mna sy nk tau sy dpt msk ikbn??. .ble amblan kedua??. .sorry byk tny. .

  29. roslyda bt yaakub says:

    Xde borang rayuan ikbn ke?

  30. nilam says:

    Ejan,
    Saya tidak mempunyai maklumat mengenainya.

    Cutyspark,
    Ya betul, tentang peluang itu berbeza pada setiap pengambilan. Saya tidak pasti mengenai pengambilan kedua itu. Saya syorkan anda kerap kunjungi laman web KBS atau terus hubungi mereka untuk mendapatkan maklumat terkini.

    Roslyda,
    Saya tidak pasti pula, mungkin tidak ada.

  31. casandra says:

    knapa pihak ikbn tak menyiarkan setiap pengambilan plajar di akhbar????

  32. abqori says:

    sy ingin membuat permohonan tahap 3..
    sy tidak dapat jawapan di tempat prektikal sy sy mohon..
    sebab itu sy mohon tahap 3..
    kos CNC kisar..
    apa pendapat tuan??

  33. eve says:

    hello i need to know if i can apply 4 the this coming intake at any ikbn .because i didn’t know that this intake close at April.im juz finish my cert at poly in mechanical last this may and i try to go 4 ikbn.and i hope that i hear any reply from your organization soon.tQ

  34. cutyspark says:

    elloo. .

    sy nk tny. .knp sy msh xdpt jwpn utk k’mskn ke ikbn??. .bkn kh k’mskn nya awl bln 7??. .smpai ble sy kna tgGu??. .

  35. nilam says:

    Casandra,
    Sepatutnya tentu ada kerana iklan akbar adalah salah satu cara hebahan kepada orang ramai.

    Abqori,
    Memang itu satu perancangan yang baik.

    Eve,
    Permohonan untuk pengambilan Julai sudah pun ditutup, oleh itu anda perlu memohon untuk pengambilan Januari pula.

    Cutyspark,
    Pada kebiasaannya calon simpanan akan hanya mengetahui kedudukan mereka selepas tarikh pendaftaran.

  36. nazs says:

    chek,skira nya ada,pgambilan baru.untuk kemasukan.ikbn..dalam bidang,teknologi kejuteraan elektrik..sila maklum kepada saya.ok atau coll no ni(0168624146)

  37. nilam says:

    Nazs,
    Pengambilan berikutnya adalah untuk sesi Januari 2010 dan permohonan biasanya akan dibuka pada bulan Ogos/ September.

  38. cutyspark says:

    as’kum. . .

    nk tnya, .blh bgtau x tarikh pendaftran utk ikbn sesi 2/2009 bape ari bln??. .7.7 ke tau bape ari bln??. .
    tlg jwb s’cpt mgkin ep. .

  39. mohd nordin bin kadir says:

    saya nak masuk ikbn tahun depan.nk ambil kursus pemasangan paip di wakai tapai kuala terengganu.boleh terima surat ini

  40. nilam says:

    Cutyspark,
    Salam… Buat masa ini saya tidak mempunyai maklumat tersebut. Harap ada pembaca lain boleh membantu.

    Mohd Nordin,
    Anda perlu memohon bila permohonan kemasukannya dibuka nanti.

  41. nana says:

    salam, saya nak tanya, kemasukan ke ikbn ni…setahun sekali ke? ada kemasukan kedua tak? i’m asking on behalf of my cousin. thanks.

  42. nilam says:

    Nana,
    Dua kali setahun, pengambilan berikutnya adalah untuk sesi Januari 2010 dan permohonan biasanya akan dibuka pada bulan Ogos/ September.

  43. IqA says:

    bile pengambilan yang akan datang akn d buka???

  44. nilam says:

    Iqa,
    Biasanya pada bulan Ogos/ September.

  45. kluang man says:

    cam ner nak mhon nie…pale dah blurrrrrrrr

  46. nilam says:

    Kluang Man,
    Pengambilan berikutnya adalah untuk sesi Januari 2010 dan permohonan biasanya akan dibuka pada bulan Ogos/ September. Hebahan pengambilan akan disiarkan di akhbar–akhbar utama dan menerusi iklan di laman web Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia (http://www.kbs.gov.my)

  47. Fiez! says:

    Salam..saya nak tahu permohonan kemasukan ke ikbn nie jika di buat terus melalui pejabat ikbn..agak2 boleh x?!.melalui online ni lambat sikit..

  48. nilam says:

    Fiea!,
    Salam… saya tidak pasti pula, sila berhubung terus dengan Kementerian Belia dan Sukan atau IKBN untuk penjelasan.

  49. shuhaila binti mansor says:

    salam. mcm mna ni saya hilang no pin uitm n saya belum online lgi. saya baru beli no pin tadi n bila online tarikh dah tutup. kemasukan bulan januari akan di buka semula ke?? tolong la saya. saya nak sambung belajar.

  50. nilam says:

    Shuhaila,
    Salam… anda perlu membeli yang baru jika hilang. Pengambilan Januari untuk UiTM dijangka akan dibuka pada bulan Ogos/September nanti.

  51. h4f12 says:

    kalau tidak ada spm boleh sambung belajar x?
    saya ada pmr saja.dekat mana sy boleh sambung blajar..

  52. azly says:

    saya dapt kemasukan ke ikbn tetapi surat daftar kemasukan telah dihantar lewat sehingga menyebabkn saya kelam kabut. suratnya dihantar 3ari sebelum ari pendaftaran. oleh itu, saya ingin mengetahui adakah saya boleh meminda untuk di tangguhkan sehingga tahun hadapan ????

  53. nilam says:

    H4f12,
    Boleh… anda boleh memohon mengikuti pelbagai kursus peringkat sijil dan kemahiran seperti di IKBN dan Giat MARA.

    Azly,
    Saya tidak pasti pula, sila berhubung dengan pihak IKBN untuk maklumat lanjut.

  54. olen says:

    bila lg permohonan ikbn nk buka lg..nk masuk lah..

  55. nilam says:

    Olen,
    Pengambilan berikutnya adalah untuk sesi Januari 2010 dan permohonan biasanya akan dibuka pada bulan Ogos/ September. Hebahan pengambilan akan disiarkan di akhbar–akhbar utama dan menerusi iklan di laman web Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia (http://www.kbs.gov.my).

  56. lelouch says:

    ada ke culinary art untuk level 3 di ikbn???
    klau ada tolong respon pd saya…
    kerjasama anda amat sy hargai…

  57. nilam says:

    Lelouch,
    Saya tidak pasti, cuba anda semak di Senarai Kursus IKBN atau hubungi mereka untuk maklumat lanjut.

  58. jaid91 says:

    boleh x saya tau tarikh yang specific bagi pengambilan yg seterusnya?

  59. nilam says:

    Jaid91,
    Saya tidak mempunyai maklumat mengenainya buat masa ini.

  60. zul says:

    nak tnye skt,camne nak tau pengajian diploma ape yg dtawarkan d setiap ikbn…

  61. YUMIE says:

    kursus untuk pakaian 2 tahun jugak ke??
    trima kasih

  62. YUMIE says:

    pengambilan pelajar untuk sesi januari 2010..tarikh tutup bile??
    sy x jumpe..

  63. nilam says:

    Zul,
    Sila rujuk Jadual Kursus.

    Yumie,
    Satu tahun, 25 Oktober, sila rujuk Permohonan Kemasukan Ke IKBN Sesi Januari 2010.

  64. siti says:

    a'kum sy nk tanya klu jd simpanan…dekat ikbn agk2nya blh dpt x?

  65. mohd azmi says:

    saya ingin memohon utk kemasokkan ke ikbn sesi 2011…
    tapi bagaimana……

  66. senorita says:

    sy nk msok.cmne nk dpt maklumat terperinci..plsss answer…

  67. senorita says:

    ermmmmmmmmmmm

  68. velly says:

    saya nak tanya untuk khusus mekanik ada ke tidak?? kalu ada di tempat mana ye…

Makluman

Peta Minda
Follow ePutra on Twitter
ePutra

Archives