Permohonan Kemasukan Ke IKBN Sesi Januari 2010

TERKINI : Permohonan Kemasukan Ke IKBN Sesi Julai 2010.

Kementerian Belia dan Sukan mempelawa calon-calon yang layak untuk memohon memasuki IKBN di seluruh negara bagi Sesi 1/2010 Kemasukan Januari 2010.

Permohonan adalah terbuka kepada semua belia Warganegara Malaysia yang berumur 18-30 tahun bagi mengikuti Latihan Kemahiran peringkat sijil (SKM) Tahap 1 hingga 3, Diploma Kemahiran Malaysia (DKM 4) dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM 5), JKKP dan Suruhanjaya Tenaga di Institut Kemahiran Belia Negara, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Bidang Pengajian

  • Teknologi Mekanikal
  • Teknologi Automotif
  • Teknologi Awam
  • Teknologi Elektrik
  • Teknologi Elektronik
  • Teknologi Perkhidmatan Personal
  • Teknologi Tekstil dan Apparel
  • Teknologi Marin
  • Teknologi Makanan
  • Teknologi Fotografi

Syarat Utama

  • Pemohon berumur 18 – 30 tahun
  • Telah tamat Tingkatan 5
  • Mempunyai tubuh badan yang sihat dan belum berkahwin

Kemudahan

  • Tiket penerbangan bagi pelajar dari dan ke Sabah dan Sarawak.
  • Elaun bulanan RM100 – RM300 sepanjang tempoh pembelajaran.
  • Penginapan, makan minum dan pakaian disediakan.

Lokasi IKBN

  • IKBN Sepang, Selangor
  • IKBN Dusun Tua, Selangor
  • IKBN Pertak, Selangor
  • IKBN Seri Iskandar, Perak
  • IKBN Bukit Mentajam, Pulau Pinang
  • IKBN Alor Gajah, Melaka
  • IKBN Miri, Sarawak
  • IKBN Kinarut, Sabah
  • IKBN Jitra, Kedah
  • IKBN Kuala Perlis, Perlis
  • IKBN Wakaf Tapai, Terengganu
  • IKBN Bachok, Kelantan
  • IKBN Chembong, Negeri Sembilan
  • IKBN Pagoh, Johor
  • IKBN Pontian, Johor
  • IKBN Temerloh, Pahang

Permohonan

Tarikh Tutup

  • Permohonan ditutup pada 25 Oktober 2009. Permohonan secara online dilanjutkan sehingga 2 November 2009.

Maklumat

  • Sila rujuk laman web interaktif Kementerian Belia dan Sukan atau laman web utama KBS untuk membuat permohonan dan mendapatkan maklumat yang lebih terperinci.
  • Senarai kursus, kelayakan dan pusat IKBN yang menawarkannya sila rujuk Jadual Kursus.
  • Di samping itu sebarang pertanyaan boleh juga dibuat dengan menghubungi talian berikut 03-8871 3668/ 3673/ 3663/ 3664/ 3680/ 3683.

Keputusan

Semakan keputusan permohonan ke IKBN sesi Januari 2010 dijangka boleh dibuat mulai 1 Disember 2009.

Related posts:

  1. Permohonan Ke IKBN Sesi Julai 2009
  2. Permohonan Kemasukan Ke IKM Sesi Januari 2010
  3. Permohonan Ke Institut Kemahiran MARA Sesi Januari 2009
  4. Permohonan Kemasukan Politeknik KPT Sesi Januari 2010
  5. Permohonan Ke Institut Pendidikan MARA Sesi Januari 2010

Subscribe / Share

Article by Azhad Nilam
ePutra cuba membantu menyampaikan maklumat yang berkaitan dengan pendidikan di Malaysia. Semua maklumat di sini boleh digunakan semula tetapi sila buat pautan atau rujukan kepada ePutra.com. Terima kasih.
Azhad Nilam tagged this post with:
, ,
Read 485 articles by

103 Comments

Makluman

Peta Minda
 
Recent Comments Tags
Follow ePutra on Twitter
ePutra

Archives