Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) ditubuhkan untuk menyediakan dan melaksanakan program latihan kemahiran pra-pekerjaan bagi memenuhi keperluan sektor perindustrian negara. Objektif utama ILJTM adalah untuk melahirkan tenaga manusia yang optimum melalui program latihan kemahiran perindustrian.
ILJTM terdiri daripada:
- 22 buah Institut Latihan Perindustrian (ILP) yang menawarkan program peringkat sijil dan sijil lanjutan
- 5 buah Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) yang menawarkan program peringkat Diploma dan Diploma Lanjutan
- Sebuah Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI) yang juga menawarkan program peringkat Diploma dan Diploma Lanjutan.
Pengambilan Pelajar Baru ILJTM
Pengambilan ke ILJTM dibuat 2 kali setahun iaitu pada bulan Januari dan bulan Julai setiap tahun. Iklan akan dikeluarkan pada bulan Mac dan September. Bagi sesi kemasukan Januari permohonan secara online perlu dibuat melalui laman web JTM. Manakala bagi kemasukan Julai perlu dibuat secara online di laman web JTM dan UPU, bergantung kepada kelulusan pemohon.
Syarat Asas
- Warganegara Malaysia
- Berumur 17 – 35 tahun
- Tidak buta atau buta warna atau rabun (tidak berkacamata /tidak berkanta lekap) atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.
Syarat Khas
Tertakluk kepada kursus yang dipohon dan kelulusan pemohon, sila rujuk;
Kemudahan
- Program Sijil – Yuran pengajian, penginapan, makan dan minum adalah percuma. Menerima elaun sara hidup RM100 dan RM300 sebulan semasa latihan industri.
- Program Diploma & Diploma Lanjutan – Pinjaman pelajaran daripada Perbadanan Tabung Pinjaman Kemahiran (PTPTK).
- Bagi OKU – sama seperi program sijil serta elaun sara diri RM300 sebulan.
Permohonan
- Permohonan kemasukan ke ILJTM perlu dibuat secara online sahaja.
- Tiada nombor pin atau unik ID yang diperlukan.
Tarikh Tutup
- Permohonan kemasukan ke ILJTM bagi sesi Januari 2013 ini akan ditutup pada 25 Oktober 2012.
- Mereka yang tidak mendapat sebarang jawapan dalam tempoh 3 bulan selepas tarikh tutup dianggap tidak berjaya.
Maklumat
Maklumat di atas adalah ringkasan sahaja, sila kunjungi laman web ILJTM dan baca iklan pengambilan untuk maklumat lebih terperinci.
Pertanyaan
Jika terdapat sebarang pertanyaan berkaitan permohonan ke ILJTM ini, sila berhubung terus dengan;
- Bahagian Pengurusan Latihan,
Jabatan Tenaga Manusia,
Aras 6, Blok D4, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62530 Putrajaya
Telefon: 03-8886 5555
Faks: 03-8889 2417
Email: jtm@mohr.gov.my
Menurut Iklan Pengambilan ILJTM (pautan disenaraikan bersama), tarik tutup permohonan adalah pada 25 Oktober 2012 (Khamis).
Tetapi, tarikh tutup permohonan yang ditulis di atas pula adalah pada 25 Oktober 2013.
Sila memberi pengesahan. Terima kasih.
http://www.jtm.gov.my/PermohonanILJTM/Iklan%20Pen…
Harap maaf, memang kesilapan kami dan telah dibetulkan.
Terima kasih dengan perhatian tuan.
never mine…god bless u….
assalamualaikum.saya nak tanya,kenapa saya nak buat permohonan online asyik tak boleh ye?saya nak buka laman ILJTM pun tak boleh.saya harap pihak encik dapat memberikan penjelasan mengenai masalah ini.terima kasih.
maybe lain sibuk kot…
got business study?
no. i am waiting for gov job
Saya dah isi semuanya tapi kenapa tak boleh hntar ??
yang ada tanda (*) semua dah isi tapi bila tekan 'seterusnya' ia akan balik semula pada borang yg saya isi tu..
call nombor di atas, kekadang sebab line busy
saya nak tanya kalau lepasan sijil dari IKM BOLEH MOHON TIDAK..??
Emm… macam xboleh tp cuba call utk kepastian
[…] http://eputra.com/permohonan-kemasukan-iljtm-sesi-januari-2013 […]
bila keputusan permohonan untuk intake 2013 keluar??
[…] Permohonan Kemasukan ILJTM Sesi Januari 2013 […]
saya nak tanya permohonan untuk kemasukan ILP 2013 bila ?